Campaigns

Nov 18, 2014

# Artis # Gosip

Koleksi Foto Anak Bienda Bak Bidadari Kayangan

Assalamualaikum semua
Hari ini x tau nak update apa, tadi duk baca gosip2 artis 
so Anum tertarik dengan entry ini
Jom kita tengok sama2
Pejam celik pejam celik, dah nak sampai hujung tahun. Kalau korang perasan, sepanjang tahun ini saja, industri hiburan tanah air diwarnai dengan dengan kehadiran bayi-bayi comel pasangan selebriti terkenal tau!
Bila buka sahaja akaun Instagram , penuh dengan foto-foto baby yang sememangnya menceriakan dan mendamaikan hari-hari yang penuh dengan cabaran ni.
Namun, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa akhir bulan lalu, penyanyi Bienda sudah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua. Dah siap buat photoshoot anak lagi.
Geram sungguh Anum lihat anak Bienda ni. Bak bidadari kayangan yang terbang bersama belon-belon hati hingga masuk ke dalam mimpi. Ewah puitis sungguh kata-kata Anum kan?
Rasanya tak melampau jika Anum katakan wajah Laxiendra Namiraz ini secantik dan jelita seperti ibunya. Berseri-seri gitew!
Kalau korang nak tahu, Bienda menggunakan khidmat jurugambar professional The Photolicious untuk merakamkan saat-saat indah si comel ini.

36 comments:

  1. Subhanallah... mmg comel sgt! Moga menjadi anak yg sihat dan cemerlang dunia akhirat... Amin...

    ReplyDelete
  2. memang comel sungguh kan
    bienda tu pun makin cantik nampaknya

    ReplyDelete
  3. yup
    pejam celik pejam celik jugak
    tingat lagi masa dia sakit jantung berlubang dulu

    ReplyDelete
  4. comel sungguh..
    moga menjadi anak yang baik dan mendengar kata.

    ReplyDelete
  5. mmg sgt comel pon.. hehe
    first time ayie tgok gmbo anak bienda..

    ReplyDelete
  6. Saya suka tengok deco yg diorang buat kat belakang baby tu.. kreatif... memberi idea pada orang lain cara untuk meninggalkan kenangan diusia baby anak masing2

    ReplyDelete
  7. comelnyaa......best klu nnti dpt baby girl plk...

    ReplyDelete
  8. comel anak bienda. sporting pulak bergambar

    ReplyDelete
  9. Asalam Zakia..hebat cantik photo mereka anak beranak tu...
    Tq datang ke blog Etuza ya..
    Etuza listkan blog ni ya..agar dapat info lanjut...

    ReplyDelete
  10. Setuju, memang comel pun pada pandangan saya.

    ReplyDelete
  11. Diana,Yumida,Ezuta,Jazz & Nuraisikin: comel kan anak dia

    ReplyDelete
  12. Mmg comey....
    Bilalah masa dia mengandung ni...hihi

    ReplyDelete
  13. untung baby2 sekarang hehehehe
    tadi baru tengok insta anak fasha..ehehe nak tunggu anak cik ta juga ehhehe

    ReplyDelete
  14. Ya Allah comey sungguh nk nak si kakak tu.bby sememangnya comel kan ._.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/