Campaigns

Oct 20, 2014

Travel @ Melaka Part 11

Assalamualaikum semua
Selamat hari Isnin
Hari ini Anum nak update last entry mengenai Melaka
Jom kita tengok apa lagi yang menarik
 Selepas minum coconut shake kita jalan-jalan tepi pantai plak
 Ada sebab kenapa kami ambil gambar dekat bus nie, nak tahu kenapa baca seterusnya ok
 Tengok la aksi si hubby nie, hahaha
 Cantik kan pantai kelebang nie, geram rasa nak main air
 Pemandangan yang sangat cantik dan penuh ketenangan
 Pantai Klebang melaka... aktiviti yang santai2 buat family
Apa itu BUSTEL?
Bustel adalah gabungan dari perkataan BUS dan HOTEL. Idea yang datang dari Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam telah direalisasikan oleh anak muda yang gigih membangunkan projek ini.
BUSTEL merupakan Produk Pelancongan terbaru di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang. Ini kerana lokasi yang pertama di negara menempatkan sebanyak 44 buah bas yang telah diubah suai menjadi chalet, restoran dan kedai jualan cenderamata.

Ianya juga mengekalkan nama-nama asal bas itu bagi mengekalkan nostalgia perkhidmatan bas pada suatu ketika dahulu.  
Bas-bas yang telah diubahsuai ini diletakkan di atas konkrit dan ianya cukup kukuh untuk menampung mereka di dalam bas. Selain diubahsuai untuk menjadi ‘hotel bajet’ yang ada dalam bas, kesemua bas ini juga adalah “soundproof”. 16 buah bas telah diubahsuai untuk menjadi chalet atau Bustel ini. Harganya pun turut berpatutan iaitu di antara RM80 sehingga RM120 sahaja yang sudah pasti membuatkan ia sentiasa fullhouse.
Nak cari makanan yang sedap di Pantai Klebang ini?
Bustel juga menyediakan kafe yang juga beroperasi di dalam bas.
Rugi jika tidak singgah di Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang ini untuk menikmati suasana yang cukup menarik. Bagi kami memang x sempat nak check in sebab nak balik da hari ini, tp x pe kita akan datang lagi tapi kali ini kita tido di sini ok. Dengan ini berakhir la entry melaka... 

Share:

20 comments:

  1. mula2 terfikir apa tu Bustel...
    sesuai utk pasangan,kan...

    ReplyDelete
  2. ramai yg post pasal bustel ni. Teringin plak nak pegi hehe. Pegi klebang sbb nak makan coconut shake je kak anum. hehehe. Lpasni boleh try tido bustel

    ReplyDelete
  3. Cik: tue la next time try chek in bustel

    ReplyDelete
  4. masa first time lalu ingatkan cafe'..hehe.

    ReplyDelete
  5. kena try duduk nii...pengalamn lain macuumm

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa... Nti nak pegi jugak Klebang ni :)

    ReplyDelete
  7. menarik juga ni..tak pernha tahu pun pasal bustel ni..ingat memang banyak bas kat situ..huhu

    ReplyDelete
  8. Uniknya.....dalam bas aada katil wahhhh best tu

    ReplyDelete
  9. lame jugak x dtg melaka ni..haaa bole buat next destination la..heheh

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels