Campaigns

Oct 20, 2014

Gaya Dress Muslimah Moden

Assalamualaikum semua
Selamat Petang semua
Ptg nie Anum nak up entry mengenai gaya dress muslimah
Jika anda yang berminat bleh la clik link yang Anum
sediakan, Anum memang suka shopping online
Busana Muslimah semakin mendapat perhatian sejak mutakhir ini. Mungkin perubahan ini sebenarnya disebabkan perkembangan dunia fesyen di Malaysia yang semakin aktif berkembang. Ini ternyata memberikan kesan yang cukup baik buat dunia fesyen tempatan. Sejak daripada itu saban tahun kita dapat lihat akan ada sahaja koleksi dress Muslimah yang diperkenalkan dan dipromosikan. 
Sifatnya yang begitu versatile memberikan ruang untuk si pemakai menggayakannya walau ke mana jua dan untuk apa acara sekalipun. Dress Muslimah moden juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang ternyata memberikan keselesaan buat wanita. Ini membolehkan anda memakai Muslimah dress sepanjang hari dengan selesa!
Mahu tampil cantik dan menawan dengan dress Muslimah? Mahu kelihatan anggun menggayakannya? Jom lihat beberapa tips mudah untuk menggayakan dress Muslimah!
Baju dress Muslimah berwarna merah ini akan menyerlahkan gaya anda. Jika dipadankan pula bersama sepasang kasut tumit tinggi dan hijab atau shawl yang sesuai pasti akan membuatkan anda kelihatan lebih anggun!
Jika anda lebih menyukai penampilan yang ayu cuba bermain dengan tona warna yang lebih lembut seperti Muslimah dress moden dengan warna merah jambu atau pink. Tudung terkini dengan rekaan yang ringkas dan women clutch akan menyerlahkan personaliti anda.
Elegan dan menawan, itulah gaya padanan modern Muslimah dress dengan rekaan eksklusif ini. Dipadankan pula bersama sepasang heels dan clutch untuk wanita berwarna putih akan dapat membuatkan anda kelihatan cantik bergaya!

Jadi mana satu pilihan anda? Jika anda berminat untuk dapatkan lebih banyak tips dan koleksi pakaian Muslimah seperti dress Muslimah ini semua cuba layari website ZALORA. Mereka menyediakan baju Muslimah moden dengan harga istimewa di sana!

Share:

53 comments:

  1. skrang byk dah keluar dress muslimah, tp kan kalau betul2 muslimah .. kene longgar n tak nampak bentuk badan, baru betul2 muslimah.

    sharing is caring..:D

    baru sempat singgah. lama tk singgah blogwalking anumm.. :D

    ReplyDelete
  2. Afasz: ye la kan, anum just nak promot Zalora nie, sebab selalu beli online kat sini

    ReplyDelete
  3. Fiza & Nur: cantik kan sila la terjah zalora

    ReplyDelete
  4. cantik cantiknya dress dress nih.. kak kep sekarang minat betul dress dress nih..

    salam kenal dari kak kep from doha,qatar

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum anum...cantik2..:)

    ReplyDelete
  6. cantik cantik semua tapi kalau dress muslimah should be longgar dan tak nampak bentuk badan :)

    ReplyDelete
  7. Kak, Mas & Azhafizah: thanks sudi singgah

    ReplyDelete
  8. Cantiknya baju..... Teringin memiliki salah satu atau semuanya...

    ReplyDelete
  9. Cantiknya baju..... Teringin memiliki salah satu atau semuanya...

    ReplyDelete
  10. Teringin nak pakai mcm atas skali tu.. tp kte ada pouch bag huhuhu

    ReplyDelete
  11. lawa la org tinggi lampai sesuai ni..

    ReplyDelete
  12. cantik dress dia anum. kat zalora byk yg cantik2 baju, cuma part saiz tu je sukar nak agak. pernah order beg kat zalora. mmg bez n memuaskan hati

    ReplyDelete
  13. wahhh cantik2 akak...akak pon dapat sponsored post dari zalora yer? samelh kite... :D

    ReplyDelete
  14. Yumida & Siti: hehe tue la rezeki kan

    ReplyDelete
  15. i memang pembeli setia...tapi sejak2 ni geram semua dress yang nak beli habis stok!!! eee bencikk

    ReplyDelete
  16. kalau org kurus cantik aje pakai Num....ni masalahnya gumuks mcm OKje ni susah nak cari yg sesuai hehe

    ReplyDelete
  17. ooo kat zalora ye, cuma rasa kurang sesuai letak title muslimah
    sebab masih belum menggambarkan muslimah punya pemakaian =)

    saya done follow sini
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  18. Sekarang ni orang bertudung pun dah boleh bergaya.banyak dh jual baju2 muslimah.ctk2 pulak tu....

    ReplyDelete
  19. Pakaian muslimah tu tak menggambarkan muslimah, tp boleh diperbaiki lg. Fokus dulu kpd keutamaan menutup aurat dulu. Pakaian bkn muslimah pun boleh jadi muslimah kalau pandai nak gayakan, labuhkan kain yg singkat, pakai cardigan etc. Kita ubah slow2 ke arah lebih baik, insyaAllah akan dipermudahkan.. Studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. Cantik lagi kalau tuan blog ni yang jadi model ;-)

    ReplyDelete
  21. jeles tengok dowang slim slim belaka, hahahaa...

    ReplyDelete
  22. smua dress ctk2 tp malang sha xpdn nak berfesyen mcni, gemuk dan pendek haha

    ReplyDelete
  23. cantik dan ayu kalau wanita bertudung penuh... kejelitaan lebih terserlah lagi...

    ReplyDelete
  24. Cantik patern n cutting nya tue..

    ReplyDelete
  25. Salam. Hee nampak cantik dan menarik.

    ReplyDelete
  26. cantik tapi saya tak gunakan yg ini... semoga berjaya

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum