Campaigns

Sep 11, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #91

Assalamualaikum semua
Kenapa Anum letakkan dalam senarai ‘mesti tonton’? Sebabnya daripada awal Anum melihat trailernya pun sudah membuatkan Anum tertanya-tanya adakah mungkin seorang manusia dapat mencapai 100% kemampuan otaknya.Seperti yang sedia maklum, filem arahan Luc Besson ini dibintangi pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Scarlett Johansson dan Morgan Freeman.
Secara ringkasnya, cerita ini berkisarkan tentang Lucy (lakonan Scarlett Johansson) yang mendapat kuasa luar biasa dek kerana kesan dadah CPH4 yang ditanam secara paksa ke dalam perutnya.Semakin meningkat peratusan dadah tersebut di dalam badannya, Lucy akan menjadi lebih ‘berkuasa’ terhadap mindanya, malah juga kepada persekitarannya.Senang cerita, bila kuasa Lucy mencecah 100%, dia akan menjadi kata kunci yang mampu merungkai 1001 persoalan mengenai sebarang ilmu pengetahuan dan juga teknologi
Lucy meminta pertolongan daripada Professor Norman, bagi orang-orang yang ‘buta sains’ seperti Anum, ia dikira agak menakjubkan bila dadah sintetik itu mampu memberi impak yang besar terhadap kuasa minda seseorang.Mengandungi sinematografi yang tak kurang hebatnya, Anum berpendapat bahawa jalan cerita ini memang agak lain daripada yang lain.Padat dengan terma-terma saintifik yang kadang-kala membuatkan Anum sedikit pening kepala, cerita ini bagaimanapun mampu membuatkan penulis berfikir panjang mengenai keajaiban dunia yang masih belum terungkai.
Bagi para pembaca yang memang ‘otak sains’ memang sesuai sangatlah untuk tonton filem yang memakan belanja kira-kira 49 juta euro ini. Secara keseluruhannya, bertepatan dengan bajet yang besar, filem ini dilihat berjaya membawa para penonton ke satu level pemikiran yang outstanding. Ala-ala profesor gitu.
Jadi, silalah book tiket wayang awal-awal ya sebab khabarnya filem ni memang dijangka akan pecah panggung. 
Kalau nak lebih advance lagi, anda boleh drive ke panggung wayang sekarang juga. Hehe. Selamat menonton! Anum nak kasi 8/10 bintang utk movie ni..

Share:

33 comments:

  1. Dah lama x update pasal drama & movie.
    Sebab bz urus anak-anak kott..xde masa.

    ReplyDelete
  2. Apa tajuknya ni Num..... tengok kat wayang mesti best yek

    ReplyDelete
  3. Hainom,Bitt & Redza: lucy best anum suka

    ReplyDelete
  4. lame nyer la x pegi dating nengok wayang nie......

    ReplyDelete
  5. wahh..macam best plak cerita ni Anum..nak kena tgk ni..dah lama tak masuk pawagam..hehe

    ReplyDelete
  6. kawan saya pun cakap best citer ni.

    ReplyDelete
  7. Anum dah tengok ke citer ni... tgok macam boleh layan gak ni... tengok wayang laa... klau tgok TV kat umah... rasa tak best...

    ReplyDelete
  8. singgah petang.. patut alkisah buat tajuk spontaneous tadi..hehe lupa plak dah lama tak berblog..cerita lucy.. kena tgk nie.. fav actress berlakon tu..

    ReplyDelete
  9. anum lamanyer julia tak tgk movie...aummmm nak cari cd la anum...cantik yer banner gambar perkahwinan anum atas tu...cantikkkkkkkk

    ReplyDelete
  10. nak tengok!! suka sama lakona Scarlett

    ReplyDelete
  11. best gak layan cerita cam ginikan.. tapi sebab der anak2 lebih suka tengok cerita animasi...

    ReplyDelete
  12. cerita ni mmg best, tak rugi tengok ;)

    ReplyDelete
  13. Cerita ni memang best kwn Ros yang cakap. Hari tu nak pi tengok jugak. Tapi ada hal pula :(

    ReplyDelete
  14. last tgk wayang pn cerita the guardian galaxy...
    yg ni mmg dlm list untuk tgkk...tak gi tgk lagi...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels