Campaigns

Sep 15, 2014

7 Cara Untuk Tingkatkan Keyakinan Diri Dengan Semulajadi & Percuma

Assalamualaikum semua
Ini cadangan kami untuk anda para gadis di luar sana yang mahu meningkatkan keyakinan diri di dalam dunia yang penuh dengan cabaran & pancaroba — juga jejaka kacak untuk ditawan.
1. Amalkan Pemakanan Sihat (Serius?)
Ya, kami serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari anda anda mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan anda lebih yakin dengan diri tanpa anda sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.
2. Jadikan Rutin Untuk Bangun Awal Pagi
Jangan panggil enteng kesan bangun awal pagi kepada diri anda. Sains menunjukkan otak kita akan mengalami fasa optimum 2 jam selepas bangun tidur, jika anda bangun lebih awal, lebih cepat untuk anda merasa lebih yakin untuk bertemu dengan rakan sepejabat atau pun di kolej.
3. Pastikan Anda Bersenam, Setiap Hari
Walaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau hey, sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri anda secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan anda hari demi hari. Cara ini paling kami sarankan.
4. Baiki Postur Badan, Gaya Jalan
Ini akan mengambil sedikit masa (seperti tips yang lain sebenarnya), jika anda fokuskan diri anda untuk mempunyai postur badan yang lebih baik dan berjalan dengan gaya peragawati di atas pentas fesyen, anda akan nampak lebih kurus dan berkeyakinan. Dari jauh pun orang lain boleh hidu, so tighten your core, stand or sit up straight.
5. Luang Masa Bantu Orang Lain
Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat anda sendiri. Jika anda luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri anda. Membantu orang lain tunjukkan diri anda yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
6. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka
Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Anda pastinya tidak mahu bertemu si dia yang diminati dengan wajah kusam ‘kan?
7. Senyum!
Mulakan hari anda dengan senyuman dan hey, jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika anda suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.
So apa lagi jom ikuti semua tips ini..hehe di jamin berkesan ya



Share:

32 comments:

  1. singgah pagi sini..
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. Salam isnin Anum....Nice sharing :D

    ReplyDelete
  3. bab postiur badan tu memg lemah. suka sangat duduk melengkung. huhu

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus.. nak ikut lah tips ni :)

    ReplyDelete
  5. Bab bangun pagi tu yang susah tuu..Pantang cuti ja..mesti bangun lewat..:)

    ReplyDelete
  6. heheheh una taq anum dekat sini.. :) http://newhusnayusof.blogspot.com/2014/09/liebster-award-kembali.html heheh jawab ye jawab

    ReplyDelete
  7. owh btw, Selamat Hari Malaysia! :)

    ReplyDelete
  8. sebahagian tips dah diamalkan.. hehe seronoknya tengok gambar kat sidebar. trip macam2 hehe

    ReplyDelete
  9. Good tips anum..nantiakak cuba try ikut satau-satu tau :)

    ReplyDelete
  10. yg no 3 n 4 tu cam susah je nk maintain. hehe

    ReplyDelete
  11. sayangnya akak tak boleh view gambar...

    ReplyDelete
  12. Nice info sharing.. tapi sayangnya gambar tak leh view la anum..kenapa ek..

    ReplyDelete
  13. Husna, Azhafizah,Ezwan,Hana,Wa,Elya,Cikgu,Afasz,Kamsiah,Mrs: thanks sudi singgah rumah anum

    ReplyDelete
  14. badan akan lebih sihat bila mengamalkan gaya hidup yang sihat.. ;)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum