Campaigns

Jun 27, 2014

# Big Day # Reception Tloh

Reception Day Temerloh # 7

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat yang indah
Hari ini Anum nak sambung entry my reception
Kali ini Anum nak share gambar2 outdoor plak
Jom kita tengok 
Lokasi utk shoot outdoor Anum pilih 2 Tempat yang pertama Jambatan Gantung Kuala Semantan
 Jambatan ini menghubungkan Esplanade Temerloh dengan Dataran Patin
 Bermula la pose dari kami.. agak2 ada x yang dah muak tengok gambar2 Anum.. hehe
 Rasa penat skit bila shoot kat sini sebab nak dapatkan 
Jambatan nie kosong memang menungu je la
  Bila clear x de orang lalu cepat2 shoot
 Ok pose tue je la dari atas now turun dah
Nie idea abg cameraman Anum katanya pokok ini unit... 
memang cantik kan bila dalam gambar
Ok just nak share skit info mengenai Jambatan Gantung Kuala Semantan
Temerloh yang dikenali dengan nama "Bandar Ikan Patin" 
kini memiliki satu lagi aset yang menarik. Satu Jambatan Gantung 
yang merentasi Sungai Semantan telah dibina oleh Majlis 
Perbandaran Temerloh bagi menaikkan lagi nama Temerloh. 
Jambatan Gantung ini dinamakan 
"Jambatan Gantung Kuala Semantan"

Jambatan Gantung Kuala Semantan merupakan sebuah jambatan 
yang menghubungkan Esplanade Temerloh sebagai menara A ke Dataran Patin 
sebagai menara B. Jambatan ini telah dibina dengan ukuran 
sepanjang 86 meter dengan ketinggian dari aras laut 40.22 meter. 
Aras ini jauh melepasi paras banjir iaitu 36.00 m. 
Ketinggian menara A dari tanah ialah 7.5 meter dan 
menara B pula ialah 10.5 meter. Jambatan ini mampu dinaiki 
seramai 5 orang dalam satu masa.

Lokasi jambatan gantung ini terletak berhampiran 
dengan Pekan Sehari Temerloh yang diadakan 
setiap hujung minggu. Lokasi jambatan yang berdekatan dengan 
Pekan Sehari dijangka dapat menarik perhatian pengunjung.

Jambatan ini mula dibina pada 30 Jun 2010 
dan telah siap sepenuhnya pada 15 Feb 2011 dengan 
kos sebanyak RM 399,762.40. Ok so sesiapa yang bercuti 
ke Temerloh bleh la merasa naik ya
Stop kat sini dulu nanti kita sambung next entry ek
lokasi kedua untuk sesi outdoor 

48 comments:

  1. temerloh..bandar ikan patin..lama xpergi sana

    ReplyDelete
  2. anum dah tukar nama blogspot rupanye..patutlah saya refer bloglist tapi tak berupdate...

    ReplyDelete
  3. mmg x pernah smpi cni..
    cantik......

    ReplyDelete
  4. wah..berserinya pengantin ni..

    ReplyDelete
  5. Berseri-seri wajah pengantin barunya. Tempat shootingnya pun menarik :-)

    ReplyDelete
  6. salam singgah. best nya anum jambatan tu. memang menarik sangat untuk photoshoot ^_^

    ReplyDelete
  7. selalu lalujer tak penah singgah temerloh.. mungkin boleh dibuat utnuk singgah sana makan angin lakkan.. nampak menarikjer photo shoot kat situkan...

    ReplyDelete
  8. cantikkk..

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete
  9. Masak tempoyak ikan patin sedapnya......

    ReplyDelete
  10. nieyl penah sampai sini...tapi mase tuh x jadi blogger lagi..jadi,x amek gambor..haha~cantik la view diee..suke2..salam ramadhan anum..

    ReplyDelete
  11. wow..canteknyaaa gambar.. penganten pon berseri2

    ReplyDelete
  12. sini rupanya...dok komen blog yg berbulan tu..blog list is mising...

    ReplyDelete
  13. nice shot. saya pun tak pernah sampai sini.

    ReplyDelete
  14. singgah pagi sini..
    cantik anum..

    ReplyDelete
  15. cantik, ada kedai makan ikan patin tak?

    ReplyDelete
  16. kalu sebut temerloh kompem2 ingat gulai ikan patin masak tempoyak. adusss! kecur ailio!

    ReplyDelete
  17. hepi tengok orang baru kawen... selamat pengantin baru anum..

    tahun ni seronok la kan.. tahun pertama berpuasa dan beraya sebagai isteri...

    ReplyDelete
  18. Selamat petang... singgah sini...

    Cantiknya pengantin baru nie... :)

    ReplyDelete
  19. Gambar kat pokok tu mmg cantik...!

    ReplyDelete
  20. alolololo..comel nya korang ni... :)

    ReplyDelete
  21. oo baru tahu.
    saya pernah lalu je teemerloh ni tapi tak pernah singgah.
    cik suami pernah la singgah makan patin masa berkusus di kuantan hri tu

    ReplyDelete
  22. Qaseh: best try la singgah next time

    ReplyDelete
  23. teringin nak naik jambatan gantung..tak pernah lagi :( btw, nice view kat sini

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/