Jun 30, 2014

Reception Day Temerloh # 8

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah hari ini masuk hari kedua kita semua
menjalani ibadah puasa, Macam mana Puasa tahun nie?
Bagi Anum sesuatu yang baru sebab puasa tahun ini
dah ada suami, so x leh lagi malas bangun sahur, hehe
Ok hari ini nak buat entry mengenai pose outdoor
Lokasi Kedua, Jom kita layan ya... 
Lokasi kedua outdoor dekat stesen keretapi Mentakab.. 
  huhu rasenya majoriti orang kahwin kat Temerloh & Mentakab buat outdoor kat sini
 Semasa kami membuat sesi fotografi terdapat 
2-3 lagi pasangan pengantin 
sedang melakukan sesi outdoor.  
 Kitorang sampai agak lewat selepas solat asar. Rasanya dah dekat 6:30 petang masa tu. 

Sekejap je dah gelap. Memang tak puaslah nak shoot kat situ
 So apa lagi macam2 pose kami buat 
tapi nie pun nak kena tunggu turn
sebab ada 2-3 pasangan lain, so macam amik no. haha

Ok nanti kita sambung lagi ek

Jun 27, 2014

Reception Day Temerloh # 7

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat yang indah
Hari ini Anum nak sambung entry my reception
Kali ini Anum nak share gambar2 outdoor plak
Jom kita tengok 
Lokasi utk shoot outdoor Anum pilih 2 Tempat yang pertama Jambatan Gantung Kuala Semantan
 Jambatan ini menghubungkan Esplanade Temerloh dengan Dataran Patin
 Bermula la pose dari kami.. agak2 ada x yang dah muak tengok gambar2 Anum.. hehe
 Rasa penat skit bila shoot kat sini sebab nak dapatkan 
Jambatan nie kosong memang menungu je la
  Bila clear x de orang lalu cepat2 shoot
 Ok pose tue je la dari atas now turun dah
Nie idea abg cameraman Anum katanya pokok ini unit... 
memang cantik kan bila dalam gambar
Ok just nak share skit info mengenai Jambatan Gantung Kuala Semantan
Temerloh yang dikenali dengan nama "Bandar Ikan Patin" 
kini memiliki satu lagi aset yang menarik. Satu Jambatan Gantung 
yang merentasi Sungai Semantan telah dibina oleh Majlis 
Perbandaran Temerloh bagi menaikkan lagi nama Temerloh. 
Jambatan Gantung ini dinamakan 
"Jambatan Gantung Kuala Semantan"

Jambatan Gantung Kuala Semantan merupakan sebuah jambatan 
yang menghubungkan Esplanade Temerloh sebagai menara A ke Dataran Patin 
sebagai menara B. Jambatan ini telah dibina dengan ukuran 
sepanjang 86 meter dengan ketinggian dari aras laut 40.22 meter. 
Aras ini jauh melepasi paras banjir iaitu 36.00 m. 
Ketinggian menara A dari tanah ialah 7.5 meter dan 
menara B pula ialah 10.5 meter. Jambatan ini mampu dinaiki 
seramai 5 orang dalam satu masa.

Lokasi jambatan gantung ini terletak berhampiran 
dengan Pekan Sehari Temerloh yang diadakan 
setiap hujung minggu. Lokasi jambatan yang berdekatan dengan 
Pekan Sehari dijangka dapat menarik perhatian pengunjung.

Jambatan ini mula dibina pada 30 Jun 2010 
dan telah siap sepenuhnya pada 15 Feb 2011 dengan 
kos sebanyak RM 399,762.40. Ok so sesiapa yang bercuti 
ke Temerloh bleh la merasa naik ya
Stop kat sini dulu nanti kita sambung next entry ek
lokasi kedua untuk sesi outdoor 

Jun 26, 2014

Reception Day Temerloh # 6

Assalamualaikum buat teman2...
moga hari ini bertambah rezeki kita..insyaallah
Hari ini dah hari khamis, tinggal 3 hari lagi kita 
semua akan berpuasa x sabarnya rasa.. InsyaAllah
Ok sambung lagi entry reception Anum ya
Hari ini nak share gambar pose dekat pelamin 
Jom kita layan :)



  












Ok stop kat dulu, next entry Outdoor pose plak ek..Jom sambung buat keja

Jun 25, 2014

Reception Day Temerloh # 5

Assalamualaikum semua
Hari ini seperti yang di janji Anum akan update special skit mengenai
Team KSR (Kawasaki Small Rider), ini memang entry khas untuk
Team KSR . Sebab apa specail meh nak stiry..:)
  Memula mereka sampai ke halaman rumah Anum, sebenarnya mereka semua ini
kawan En Hubby geng2 motor KSR dia, Anum baru jugak la lepak ngan mereka
apa yang buat Anum & Hubby terharu sebab mereka sanggup konvoi dari Kuala Lumpur + Selangor sebab nak memeriahkan majlis Anum & Hubby (Terharu gilerrrr)
 Masa mereka sampai ngam2 kami tengah bersanding, so lepas je bersanding apa lagi abg
cameraman pun ajak shoot pose2 menarik la kan 

Sempat lagi pinjam motor salah seorang rakan (ROCK) untuk shoot pose kami
 So bermula la pose2 yang sangat menarik daripada mereka semua, Bebudak nie semua
sangat la sporting habis, mana x nya macam2 pose mereka buat

Yang bestnya mereka semua x kenal erti penat , padahal baru je sampai kan, faham2 la
kalau ride nie comfirm penat kan..
 Terpaksa la pinjam motor En Kamal nie sebab nak pose ngan motor
Motor Anum & Hubby memang x bawak balik..
Pose single daripada Mr Hubby, senyum saje dia ek...
Apa yang buat kami lagi terharu Mr Azuan loo ( merangkap ketua) 
siap printkan baju khas untuk konvoi ke majlis kami, 
Ya Allah serius Anum & Hubby
sangat2 terharu, Terima kasih banyak2 korang.. 
bukan itu sahaja siap kasi baju free lagi buat Anum & Hubby.. 
(Baju tunggu masa nak frame je)
Bukan senang kan nak dapat baju khas yang di buat utk my reception nie..
 Lepas mereka semua dah makan, so pose atas pelamin la plak.. Jom tgk gelagat masing2

Nak lagi best di tambah dengan pasangan Suami Isteri Puan Husna ni sangat la kelakar
dan sangat2 sporting, mereka pun pengantin baru gak tau, serius Anum rasa bertuah dapat kenal awk Husna, harap2 persahabatan kita sampai bila2
 Gambar pun dah settle, so mereka nak bergerak pulang ke KL & Selangor, 
Last pose dari mereka sebelum bertolak..
 Ini salah seorang BFF Mr Hubby nie,, Mr Kamal, 
Anum & Hubby mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua rakan-rakank KSR Team yang telah sudi hadir ke majlis perkahwinan yang diadakan meski pun mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan mengorbankan wang, masa dan tenaga mereka sanggup juga datang. Terimakasih juga kerana telah menghadiahkan kami T-Shirt yang sangat special. Semoga pengorbanan dan jasa kalian akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah. Amin.

Jun 24, 2014

Reception Day Temerloh # 4

Assalamualaikum semua
Wahahaa tak habis-habis lagi entry pasal wedding Anum ni kan… 
Haruslah tak habis-habis lagi, gambor punye lah banyok ni haaa! 
Lepas habis buat entry semua baru Anum ingat nak 
upload gambar-gambar Honeymoon plak. 
So korang ramai-ramai jangan muak atau bosan ek..! 
Kekekee…Ok hari ini gambar bersama keluarga , 
kawan2 yang sudi hadir ke majlis Anum..
 Ok dimulakan dengan gambar bersama rombongan 
pengantin lelaki yang datang dari Kuala Selangor
 Ini la family my hubby yang terdiri daripada 5 orang adik beradik, my hubby anak kedua.
 Yang nie buat my hubby terharu sebab semua nie staff unit dia... 
yang sanggup datang ke Temerloh
 Ini sangat la special KSR TEAM (nanti Anum akan buat entry khas mengenai mereka)
 My big Family, Anum punyai 10 orang adik beradik dan 
Anum anak ke lapan.. Besar kan family Anum
 Aksi pose dari abg cameraman la nie, macam2 style dia suruh buat..hahahaa
 Ini antara saudara mara + sibling
 My mom & Mak saudara yang sangat rapat dengan Anum
Officemate dari KL nie, x sangka mereka datang tau.. Thanks sangat2
 Siape kenal nie, ini la dia Blogger Husna bersama hubbynya, pasangan yang sangat best
 Kawan satu sekolah nie
Family sepupu Anum.. Sebenarnya ada banyak gambar lagi, tapi Anum pilih secara rawak je la ek, kang ada yang x muat masuk blog kang.. hehe ok kita jumpa next entry plak ek. (Special Entry utk KSR TEAM)

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Popular Posts