Campaigns

Apr 15, 2014

# Artis # Zizan

Zizan Razak Lelaki Pertama Dibawa Pulang Ke Rumah

Assalamualaikum semua
Hari ni nak share dunia artis plak..
Jom kita baca..
Sejak kebelakangan ini, Zizan Razak dan Emma Maembong semakin terbuka berbicara soal cinta. Memang tak dapat dinafikan pada awalnya mereka agak keberatan untuk berkongsi namun gambar di laman sosial baru-baru ini seakan mengiyakan gosip yang bertebaran.
Emma Maembong Sebagai Duta Maixara petang semalam, pelakon cantik itu menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri dalam menyembunyikan kisah mereka.
Sebenarnya kami bukan nak sorok tapi masa tu saya baru lagi kenal Zizan. Memang kita dah berkawan lama tapi bukan rapat. Saya tak nak orang tengok di awal perkenalan nampak terlampau meriah tapi lama-kelamaan baru sedar tak serasi. Sekarang ni Alhamdulillah Emma dah selesa berkawan dengan dia dan kami dah kenal keluarga masing-masing. Barulah kami setuju untuk memberitahu public.
Dalam pada itu, Emma turut memberitahu Zizan merupakan lelaki pertama yang dibawa pulang ke rumah untuk berjumpa dengan bapanya.
Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu. Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis.
Ditanya mengenai respon sesetengah peminat yang tidak gemar melihat pasangan ini berkongsi gambar di Instagram hingga ada yang menuduh sengaja menunjuk-nunjuk, Emma menjelaskan dirinya hanyalah manusia biasa yang mahu berkongsi memori dengan kekasih hati.
Kalau di luar set, saya adalah manusia biasa. Saya sama macam perempuan lain yang nak kongsi gambar ketika keluar dengan boyfriend dan sebagainya. Saya rasa tu tak salah. Tapi saya mintak maaf kalau ada yang tak suka.
Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang berehat dari menjalani penggambaran drama kerana mahu memberikan perhatian kepada keluarga terutama bapanya. Antara drama terakhir yang dilakonkan oleh Emma ialah Projek Memikat Suami, Yes, Boss! dan Syurga Tanpa Cinta.
* sweet couple nie. Anum suka je.. ada yang x suka ke?

49 comments:

  1. salam anum..sue pon suke tgk dorang ni

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi kat sini...
    suke gak kadang2 ngan dieorang nie...bagus la klu dah jumpe ayah tu kan....:)

    ReplyDelete
  3. Pasangan yg cute..suka tengok lakonan emma ni...comel jak :D

    ReplyDelete
  4. diaorang tak over macam pasangan bercinta yang lain..kan..

    ReplyDelete
  5. Mia & Diana: cute kan sangat sesuai :)

    ReplyDelete
  6. suka dan berdoa agar dicepatkan jodoh meke :)

    ReplyDelete
  7. Pun suke tengok muke Emma ni.. lembut jeee

    ReplyDelete
  8. same la..suke jgk..
    sweet je dorg ni..kite doakan je yg terbaik..

    ReplyDelete
  9. Smgoga hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  10. so sweet depa ni..moga kekal lah hendaknya..:)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum anum...semoga ada jodoh mereka berdua hendaknya...:)

    ReplyDelete
  12. ha.. ngaku dah pown. moga jodoh kesampaian

    ReplyDelete
  13. semoga kekal berbahagialah hendaknyer...

    ReplyDelete
  14. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat :)

    Cepat2 la kawin, nak tgk emma maembong kawen, mesti cantik sangat.

    ReplyDelete
  15. sepadan la diorg ni
    sorang cantik sorg cool n kelakar

    ReplyDelete
  16. Moga berkekalan ;D hee. Suka tgk zizan dan emma ;)

    ReplyDelete
  17. Cho, Hajar,Yumida & Sally cute kan dia

    ReplyDelete
  18. aty suka ngan derang berdua ni..lagi2 emma..comel giler kot die ni...heheh

    ReplyDelete
  19. zizan tu saya kenal...tapi serius saya tak kenal siapa emma mak embong ni banyak org dok kata dengan sista hood derang ni tapi lom sempat nak google hehehehe

    ReplyDelete
  20. Aty & Bitt: doakan sampai ke alam perkahwinan hubungan mereka kan

    ReplyDelete
  21. smlam dorng sama sama ada masa dato ct buat show kat royal chulan.zizan kan artis udngan dato siti kiranya macam emma teman lettew.hihi

    ReplyDelete
  22. Sweet je dorang ni... nrl pun suka gak.. :)

    ReplyDelete
  23. untung zizan dapat Emma yg putih melepak ni

    ReplyDelete
  24. Moga yang baik-baik sahaja buat mereka.

    ReplyDelete
  25. Suka si emma nih dalam citer projek memikat suami.. nampak natural lakonannya

    ReplyDelete
  26. Hainom, Wana & Mila: yezaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/