Campaigns

Apr 25, 2014

# Sharing # Suka-suka

Tip melancong: Tawar-menawar beli cenderahati

Membeli cenderahati atau buah tangan ketika berkunjung ke destinasi percutian memang satu kemestian. Selain menjadi kenang-kenangan untuk diri sendiri, buah tangan yang akan dibawa pulang itu juga pastinya boleh menggembirakan hati keluarga atau rakan.
Namun, kebanyakan produk buah tangan ini tidak semuanya murah. Justeru, saat ingin membeli buah ta­ngan, bijak membuat tawar-menawar pasti mengun­tung­kan anda. 
Nah, berikut adalah tip tawar-menawar yang anda boleh gunakan saat ingin membeli buah ta­ngan di mana-mana destinasi percutian anda. 


Ia mungkin sedikit sukar dan mengambil masa yang lama tetapi sangat menguntungkan. Selamat mencuba!

Pilih-pilih peniaga 


Pandai-pandailah memilih peniaga. Kedai yang ramai pembeli bukan jaminan harga yang ditawarkan murah. 

Tapi bukan juga bererti kedai yang tersorok dan kurang dikunjungi boleh ditawar serta harga barangnya murah. 

Justeru, ada baiknya anda melihat-lihat dulu barangan yang dijual di kedai-kedai yang ada sambil memperhatikan karakter penjualnya. 

Kebiasaannya peniaga lelaki ‘luluh’ dengan pembeli perempuan manakala peniaga perempuan pula lebih mudah dirayu oleh pembeli lelaki. Jadi, jangan ragu memanfaatkannya. 

Beli lebih banyak 

Lebih banyak anda membeli barang, banyak jugalah diskaun yang akan diperoleh. Itu boleh dikatakan satu kemestian. 

Tanpa meminta diskaun sekali pun, si peniaga pasti tidak kedekut memberi harga istimewa buat anda bila membeli secara borong dengannya. 

Jadi, jika mahukan harga terbaik dan diskaun yang tinggi, membeli pelbagai barang dengan jumlah yang banyak pasti tidak akan merugikan anda. 

Mula dengan separuh harga sebagai pembuka 

Jika ingin mulakan tawar-menawar, jangan bertanyakan harga dulu sebelum anda memastikan barang yang anda inginkan itu dalam keadaan baik. 

Jika anda sudah berpuas hati dengan keadaan barang yang dikehendaki dan harga sudah disebutkan peniaga, buka penawaran dengan separuh dari harga yang ditawarkan. 

Dari situ, mulalah penawaran sehingga mendapat harga muktamad dari peniaga. 

Berlakon dan sedikit mengancam 

Bukan mengancam dalam erti sesungguhnya kerana ia hanya lakonan semata-mata. Seribu satu alasan boleh anda lontarkan kenapa anda menawar. 

Anda juga berhak membandingkan harga kedai satu dan lainnya. Namun, lakonan paling ‘sempurna’ adalah ketika anda berpura-pura kalah dan melangkah keluar dari kedai dengan lesu. 

Lima langkah anda menjauh, biasanya si peniaga akan memanggil anda kembali. Saat itu, anda sudah boleh terse­nyum puas. 

Sabar 

Proses transaksi yang diselangi tawar menawar boleh mengambil masa yang lama. Anda baiknya proses itu diiringi dengan gurau senda untuk menjernihkan suasana dan kata-kata lain yang me­ngakrabkan.



51 comments:

  1. Anum..kite pun akan wat bende yg sama..tawar slagi bole kan..tq anum sharing.. ;)

    ReplyDelete
  2. Nieyl adalah org yg x pandai nak tawar menawar nie...rugi klu bawak sye nie..:P untuk penjual tuh..

    ReplyDelete
  3. tawar menawar adalah habit kita..hahaha.. xD

    ReplyDelete
  4. nak pg petaling street...boleh tawar..lama tak pg..

    ReplyDelete
  5. wajib sebab nk jimat.. duit lebih boleh beli yang lain pulak hikhik :)

    ReplyDelete
  6. Dalila,Nieyl,Ija,Azwar,Knor & Nor:betul tue ada baiknya tawar menawar

    ReplyDelete
  7. memang berkesan tips ni anum..hehe..kita pun seronok membeli kan :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum anum, nice tips. hehe sheila suka part acah2 mengancam tu. hihii selalu buat tu. kihkihhh singgah menabung huawei sini~~~

    ReplyDelete
  9. hahaha ! baguslah tips ni, CN mmg tak berapa pandai menawar, biasanya kalau nk shoping mmg akan ajak adik sbb dia mmg pandai menawar...hehe

    ReplyDelete
  10. kdg2 berlakon jugak masa tawar-menawar, tp kdg2 je jadi, kdg2 tak dapat harga kurang pun. huhu

    ReplyDelete
  11. Nur: ye la kan tgk la kepada peniaga ek

    ReplyDelete
  12. shark mmg kureng bab tawar menawar nie.
    xdek skill langsung..
    heheh.
    kena ajak anum nk shopping ni nnti.

    ReplyDelete
  13. haaa bagus ni nak bagi asben baca.. die memang failed bab2 macam ni.....huhu

    ReplyDelete
  14. salam sejahtera anum, kadang tu buat acah acah nak pergi sampai derang panggil balik kan :)

    ReplyDelete
  15. tip menarik ni, tapi ada juga peniaga yng marah2 kalau kita wat tawar menawar ni !

    ReplyDelete
  16. salam kenal.. wah banyak tips untuk travel kat sini yerr

    ReplyDelete
  17. Saya nie pemalu sikit bab2 tawar menawar nie. Hahaha.

    ReplyDelete
  18. Kena berani tawar gile2, tengok dia nak bg sampai mana, lau rasa berbaloi beli je..

    ReplyDelete
  19. wah, bagus ni.. saya sangat x reti nak tawar menawar..hehe.. malu tapi mahu..

    ReplyDelete
  20. KA, Haryati,Hijrah,Nur,Deq, Jazz, Cik & Mama: most welcome

    ReplyDelete
  21. Yang penting, sebelum membeli kena meronda pusing keliling dulu. Tapi, kot larat tak larat je la nak pusing. Haha

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum sheila datang blogwalking daripada blog kak mia liana http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    ReplyDelete
  23. akak tak reti tawar2 ni.tambah nak belakon tu lagi susah.heheh

    ReplyDelete
  24. done follow..jom singgah di http://cikhafizahnurani.blogspot.com/
    dan tinggalkan jejak..nice entry!

    ReplyDelete
  25. Sya pun x reti tawar menawar ni..slalu amik ja..mmg kna tipu ja.huhu

    ReplyDelete
  26. Dekat Mekkah and Madinah dia punya harga tersangat murah. Bayangkan kalau jubah yang harga berpuluh2 hinggit. Dekat sana boleh dapat 5-20 riyal ( Rm 5 - RM16 ) Mai la kak anum singgah blog Taufiq :)

    ReplyDelete
  27. husband zaza kalau nak mintak tawar tu memang habis-habisan dia mintak.. Kadang2 tu nak tawar saja amik masa 7 hingga 8 minit.. sampai peniaga tu naik meluat la.. hahaha..

    ReplyDelete
  28. Wah.. Tips yg agak 'keras'. Hahaha..

    ReplyDelete
  29. Diana,Cik Hafizah,Adriana,Muhammad,Bitt, Norzaliza,Tihara & Vanessa: hehe thanks semua

    ReplyDelete
  30. anum.. tq for tips.. sgt2 membantu hehehe

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/