Campaigns

Apr 22, 2014

# Sharing # tip

Tip melancong: Murah tapi puas

Assalamualaikum semua
Bercuti di destinasi pilihan sememang­nya impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus percutian yang sudah lama dirancang.
Bercuti tidak semesti­nya mahal. Apa yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru, keakraban bersama keluarga dan menghilangkan tekanan. 
Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik. 
Cari maklumat 
Ramai antara kita pergi melancong tetapi bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di Internet atau di buku-buku pelancongan. 


Mencari maklumat menerusi Internet mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih awal sangat penting kerana anda boleh mengetahui apakah ada diskaun bermula dari tiket penerbangan atau hotel. 

Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamata di pasar tradisional dan sebagainya. 

Membawa Wang 

Kehabisan wang ketika bercuti? Perkara sebegini sememangnya sering berlaku dan memberikan pelbagai masalah. Justeru, ja­ngan sampai anda kehabisan wang saat di perjalanan. 

Sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangkan masalah dan membuat­kan anda bingung sepanjang percutian. 

Wang yang dibawa saat bercuti bukanlah untuk dibelanjakan semuanya. 

Anda harus tetap mengawasi pengeluaran dengan mencatatnya. Sekali gus menahan diri dan bertanggungjawab atas apa yang sudah dibelanjakan. 

Tiket Penerbangan 

Pastikan anda mendapat­kan maklumat percutian selengkap mungkin. Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi. 

Jika anda belum yakin dengan harga­nya, periksa lagi setiap beberapa hari. Siapa tahu ada penurunan harga. Saat harga turun, segera membuat tempahan tiket penerbangan. 

Jika tarikh percutian anda masih lama, jangan lupa buat catatan. Takut-takut terlupa, anda juga yang rugi. 

Pilih pengangkutan yang menyenangkan 

Melakukan perjalanan dengan pesawat memang lebih cepat, namun perbelanjaan yang harus dikeluarkan lebih mahal. 

Justeru, jika destinasi yang dituju boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, ia pastinya pilihan yang lebih menyenangkan dan sudah pasti lebih murah. 

Selama di perjalanan, anda boleh menikmati pemandangan sekali gus menambahkan pengetahuan mengenai destinasi yang dituju serta kawasan sekitarnya. 

Bukan Musim Cuti 

Belanja perjalanan akan lebih murah jika bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Selain itu, jika anda ­ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh kerana ramai orang, ini waktu yang tepat. 

Bercuti ketika musim cuti membuatkan tempat-tempat pelancongan dipenuhi ramai orang. Belanja ketika itu juga lebih tinggi kerana ba­nyak permintaan. 

Layanan Terbaik 

Selain mencari hotel yang bagus, lihat juga taraf biliknya. Siapa tahu ada penawaran khusus seperti penginapan dua malam akan mendapatkan satu malam percuma atau potongan harga. 

Anda juga mungkin boleh mendapatkan layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik pe­nginapan. 

Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik. 

Sewa Kereta 

Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi. 

Salah satunya adalah pengangkutannya terutama dari lapangan terbang ke hotel. 
Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluarkan belanja mahal untuk teksi. 

Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa kereta selama bercuti. Perkhidmatan sewa kereta sememangnya banyak di mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediakan promosi harga murah. 

Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu. 

Cermat Memilih 

Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal. 

Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu. 

Percutian Menarik 

Tidak perlu memaksa diri bercuti di luar negara. Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang mengagumkan dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar negara. 

Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang me­nyeronokkan. 

Oleh itu, di mana juga destinasinya, dekat atau jauh, kuncinya ha­nya satu. Percutian Menarik. Selamat bercuti.
* mood nak holiday.. ermmmmmm*


53 comments:

  1. TQ for the tips Anum.. now dah selalu baca blog2 travel.. banyak dapat tips, dulu2 langsung zero pasal travel ni, harapkan rumah percutian kompeni jer. Now kat booking.com or agoda pun boleh dapat hotel yang berpatutan kan

    ReplyDelete
  2. Milla: ye betul anum sellau guna agoda n booking

    ReplyDelete
  3. Teringin nak gi bercuti masa cuti mid sem nanti...

    ReplyDelete
  4. yeaaahhhh terbaekk
    thx info...
    agoda mmg terbaekkan

    ReplyDelete
  5. info yang baik untuk mereka yang nak pergi bercuti.. ;)
    Persiapan sebelum sangat penting agar tidak berlaku kerugian duit/masa ketika percutian tersebut.

    ReplyDelete
  6. saya pun mood nak holiday juga ni

    ReplyDelete
  7. Nor, Mujahidah,Idza,Nureen & Aizamia3: sharing2

    ReplyDelete
  8. info yang ni anum...insyallah kalo sue G travel, boleh la tgk tips2 anum ni

    ReplyDelete
  9. terus boking je,tak ada agoda2..heheh

    ReplyDelete
  10. Yeayy! Tips lagiiii.. Timekasi Anum :)

    ReplyDelete
  11. betul tu,yg penting planing, kalau tak plan mesti kurang enjoy ;)

    ReplyDelete
  12. now everyone can travel.. kalau betul caranya.. tips macam ini sangat lah penting..

    ReplyDelete
  13. Singgah pagi...
    nieyl pun tgh mencari percutian tok cuti sekolah bulan depan..huhu~:)

    ReplyDelete
  14. Al kisah, Nieyl & Ros: most welcome

    ReplyDelete
  15. kat sin :) tapi cuti yang problem jugak anum :)

    ReplyDelete
  16. Tips baik tuk percutian bajet...
    ^__^

    ReplyDelete
  17. bagus tips ni. ye..memang betul kalau bukan musim cuti kos percutian akan jadi lebih murah.

    ReplyDelete
  18. Nurul, Ayu & Siti: sharing for great holiday

    ReplyDelete
  19. tips yg sgt bagus planning utk holiday
    beznye pergi bercuti..rasa nk pg lg. tp kena kumpul duit dulu

    ReplyDelete
  20. Yumida: best kan holiday akan bermakna dengan planing yg baik

    ReplyDelete
  21. bagus tips2 ni anum
    tpi akak memang klu nak jalan
    jaga ank2 n bawak badan jelah
    malas nak pikir byk2 n uruskan byk2
    letihhhh..
    thunya nak sampai je
    ahahaha
    aci tak?!

    ReplyDelete
  22. alahhhhh bukan time cuti sekolahlah Num....

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum anum...perkongsian yg baik...:)

    ReplyDelete
  24. nak bercuti kena plan betul² kan baru seronok bercuti :)

    ReplyDelete
  25. Planning - planning, survey - survey.. paling penting..

    ReplyDelete
  26. nice sharing..

    kalau saya la susah nak happy dan berehat bila bercuti hahahha bercuti pon ada kerja...sobss..so anggap je la tu outstation...bercuti dan bekerja..akekekkee baru nak merehatkan minda ada je memanggil ittu dan ini..akekekeke

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/