Campaigns

Apr 28, 2014

Tip melancong: Melancong solo tetap seronok

Assalamualaikum semua
Bulan nie Anum banyak berkongsi tips melancong atau bercuti
memandangkan bulan mei kan ada cuti sekolah.. Jom kongsi lagi
Ramai berpendapat, melancong sendirian sesuatu yang membosankan serta mengerikan. Mana tidaknya, keseronokan berkunjung ke destinasi yang diidamkan bagaikan berlalu begitu saja tanpa teman untuk berkongsi rasa.
Tidak biasa dengan lokasi yang dituju dan tanpa seorang teman, pelbagai hal boleh berlaku.
Namun, bagi sesetengah orang melancong sendiri atau solo memberi keseronokan. 
Mahukan caranya? Rujuk tip melancong minggu ini yang disenaraikan agar anda yang merancang untuk bercuti sendirian mendapat pengalaman yang menyeronokkan.

 CINTAI diri sendiri dan mengembara dengan tenang, berani dan gembira.
Cintai diri sendiri 
Melancong sendirian akan membuatkan anda semakin menyukai rakan perjalanan anda iaitu diri sendiri. Setiap saat sangat tepat untuk mengenal diri sendiri secara lebih mendalam. 


Apabila rasa cinta terhadap diri sendiri itu semakin kuat, anda pastinya punya kekuatan untuk terus me­ngembara sendirian dengan tenang, berani dan gembira. 

Masanya menjadi egois 
Ketika melancong sendiri, anda boleh memutuskan segala-galanya mengikut kemahuan anda tanpa harus berkompromi dengan orang lain. 

Tidak akan ada yang melarang anda untuk ke mana saja yang anda inginkan seperti ke muzium, galeri seni atau hanya sekadar menikmati hiburan malam. 

Ini perkara paling berharga yang akan membuatkan perjalanan anda penuh kebebasan. 

Percaya diri 
Kunci utama melancong sendirian adalah percaya kepada diri sendiri. Jika keliru arah mana mahu dituju dan ingin melihat peta serta buku panduan, cari tempat yang tidak terlalu menonjol 

Waspada terhadap bahaya 
Bahaya boleh datang di mana saja walaupun ketika di rumah. Statistik menunjukkan hanya sedikit pe­ngembara yang terkena insiden serius. Namun, sikap waspada tetap diperlukan untuk menghindari bahaya terutama ketika bercuti sendirian. 


Luangkan masa untuk makan di luar 
Idea untuk menikmati makan malam sendirian mungkin mengerikan bagi sesetengah orang. 

Namun, meluangkan masa untuk makan malam ketika melancong sendirian juga punya kebaikan kerana boleh fokus terhadap makanan yang anda sedang nikmati sambil sibuk dengan fikiran sendiri. 

Makan malam sendiri juga mung­kin boleh mempertemukan anda dengan rakan baru yang sama-sama melancong sendirian atau secara berkumpulan. 

Jangan terlalu sibuk dengan media sosial 
Kini, media sosial menjadi sebahagian daripada aktiviti seharian masyarakat. Saat melancong sendirian, tahanlah sikit keinginan untuk berkongsi segala cerita mengenai perjalanan solo anda di media sosial. 

Fokuskan perhatian pada keadaan di sekitar anda dan nikmati suasananya. Ini membolehkan lebih banyak cerita apabila pulang nanti. 


Lebih mahal dan lebih berharga 
Melancong sendirian mungkin memerlukan perbelanjaan lebih mahal. Tidak ada teman untuk berkongsi bayaran penginapan atau makanan. 

Namun, kesenangan yang diperoleh dengan memiliki masa sendiri tanpa harus berkompromi de­ngan orang lain adalah lebih berharga dibandingkan jumlah wang.


Share:

44 comments:

  1. seronok baju entry anum ni...yg penting cintai diri sendiri kan

    ReplyDelete
  2. idea bagus untuk yang masih solo :)..kalau SB gi mana-mana sorang-sorang, dalam otak sentiasa lekat ngan anak,anak,anak..pastu rasa mcm kosong je sorang2 jalan...hhrrmmm..

    ReplyDelete
  3. Syawal,Idzwa & Sue: sharing knowledge :)

    ReplyDelete
  4. haha~nieyl klu sorang2 mmg x bergerak ler...hihihi~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum anum, nice sharing tips berguna ni. hehe singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  6. Redza,Hainom, Nor nazliana, Sheila: bestnya.. nie gambar dekat mabul

    ReplyDelete
  7. bercuti mmg sgt2 best ! tak sabar tggu cuti skola ni utk trip ke tganu ;)

    ReplyDelete
  8. singgah sini..
    xpenah lg melancong sorg2..
    hihi..tq sharing anum ;)

    ReplyDelete
  9. Bestnya melancong ke sana sini..tp akak mcm tak berani je if sorang2 ;-)

    ReplyDelete
  10. anum..best jgkkan jalan sorang2..kita pon suka..singgah lama tak tgk..:)

    ReplyDelete
  11. anum rajin mengembara.. best la jadi anum

    ReplyDelete
  12. Dalila,Norma,Suraya,Eintan & Mia: tue la seronok ada masa terluang kan

    ReplyDelete
  13. Travel when u need some time for our self. Ok gak khen

    ReplyDelete
  14. gd tips, tapi KA suka g dgn kawan2 sekepala hehehe

    ReplyDelete
  15. Buat masa ni tak brani mlncong sorg..huhu

    ReplyDelete
  16. Lady Ayu, KA & Nuyui: seronok gak kan

    ReplyDelete
  17. Belom pernah lagi travel solo hehehe

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum anum...selamat becuti...;)

    ReplyDelete
  19. dulu masa i awal 20an..rajin jalan2 sendiri..tapi dalam negera jer lah..masa tu awal tahun 2000 masih tak banyak gejala macam sekarang..jadi lebih berani.. sekarang..dah kawen beranak..nak jalan sorang2 memang tak dapat dah la tu kan...huhu

    ReplyDelete
  20. setakat ni belum pernah melancong sendiri.belum ada keyakinan diri..heheh..penakut sebenarnya..

    ReplyDelete
  21. Mysha, Mas, Aty & Diana: kalau ada info dan persediaan yang baik insyaAllah ok

    ReplyDelete
  22. tak biasa keseorangan..hihi..mesti nak berteman..apepun, good tips!

    ReplyDelete
  23. Teringin nak travel solo...tapi apa kan daya......x mampu lawan ketakutan.....

    ReplyDelete
  24. setakat ni x pernah lagi melancong sengsorang. tp melancong solo ni mmg memberi pengalaman berharga buat kita

    ReplyDelete
  25. setakat ni x pernah lagi melancong sengsorang. tp melancong solo ni mmg memberi pengalaman berharga buat kita

    ReplyDelete
  26. Kalau zaza memang tak boleh melancong solo.. Mati kutu dibuatnya.. Hihihi..

    ReplyDelete
  27. Azhafizah,Syieda,Yumida & Nur: kadang2 best kan solo nie

    ReplyDelete
  28. Tak pernah melancong sorang lagi.. tp mesti best jugak ni.. ikut kepala sendiri je :)

    ReplyDelete
  29. Nice sharing anum.. tp akak tak boleh travel sorang2.. sbb nnti xleh tido.. akak nie penakut sikit..hehehe

    ReplyDelete
  30. tak pernah melancong sendirian..masa bujang dulu pon pergi grouping hehehe tapi syok dapat semua satu kepala...belum pernah dapat yg leceh2 mcm kawan2 lain share...betul kata anum kalau melancong sendirian atau dapat group satu kepala memang syok...bawa duit banyak ke bawa duit sikit ke tetap syok..tapi kalau skang ada family ni leceh skit banyak sangat kehendak nak ikut...aggagagaga

    ReplyDelete
  31. sentiasa berhati hati ye.. bila travel solo..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels