Campaigns

Apr 24, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #85

Assalamualaikum Semua
Selamat Pagi
3 April 2014 merupakan hari pertama filem Sabotage mula ditayangkan di panggung-panggung wayang seluruh Malaysia.
Membaca judulnya sahaja, pasti anda dapat mengagak bahawa filem ini bergenre aksi thriller namun Sabotage bukanlah karya biasa kerana pengarahnya, David Ayer menampilkan adegan-adegan panas di atas ranjang yang boleh dikatakan sedikit keterlaluan.
Bukan itu sahaja, Sabotage juga tidak menapis babak-babak mengerikan sewaktu adegan tembak-menembak berlaku termasuklah ketika penonton dipertontonkan keadaan mayat yang dibunuh dengan dahsyat sekali.
Mungkin bagi penggemar filem ganas, Sabotage diibaratkan sebagai gula-gula kapas buat mereka tapi harus diingat ianya diklasifikasikan sebagai 18 dan tidak sesuai ditonton bersama anak-anak kecil.
Bagi yang tertanya-tanya tentang jalan cerita Sabotage, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan ejen Drug Enforcement Administration (DEA) yang berdepan masalah selepas wang berjumlah US$10 juta lesap secara tiba-tiba.
Diketuai Breacher (Arnold Schwarzenegger), DEA turut dianggotai oleh Grinder (Joe Manganiello), Sugar (Terrence Howard), Monster (Sam Worthington) dan isterinya, Lizzy lakonan Mireille Enos.
Seperti biasa, apa sahaja watak yang dipegang oleh Schwarzenegger amat sukar untuk ditandingi pelakon lain walaupun dikelilingi bintang-bintang berbakat di dalam filem berkenaan.
Menerusi Sabotage pula, Schwarzenegger membuatkan penonton kagum dengan karakter dominannya sebagai seorang ketua berwibawa dan juga sebagai seorang suami kematian isteri yang menyimpan dendam kesumat.
Konflik filem ini memuncak apabila setiap seorang ejen dibunuh dengan kejam secara bergilir-gilir atas sebab yang tidak diketahui hingga beberapa orang sahaja yang tinggal termasuk Breacher.
Sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab di atas kematian anak-anak buahnya, Breacher terdesak untuk mencari pembunuh itu dengan bantuan seorang detektif, Caroline Brentwood lakonan Olivia Williams.
Pelbagai suspek dikenalpasti termasuklah kartel dadah berbahaya yang pernah berurusan dengan mereka suatu ketika dahulu. Namun hingga ke penghujung tayangan, barulah penonton didedahkan dengan rahsia besar dan dalang kepada perpecahan kumpulan mereka.
Mungkin pada pertengahan tayangan, penonton sudah boleh mengagak siapakah pembunuhnya. Tapi jangan terkejut sekiranya penjahat paling kejam dalam filem ini bukanlah suspek yang anda sangkakan.
Jangan lupa menonton Sabotage untuk mengetahui dari mana datangnya wang sebanyak US$10 juta itu dan apakah kegunaannya kepada ejen-ejen DEA. Siapa pula yang mencuri wang itu tanpa pengetahuan mereka? Ikuti penyiasatan Breacher untuk mendapatkan jawapannya. Selamat menonton!
Share:

40 comments:

  1. Singgah pagi..
    mcm best jer..

    ReplyDelete
  2. nak tengok movie ni kena ada babysitter :) Assalamualaikum Anum, have a nice day ♡

    ReplyDelete
  3. Cerita yang acik tak mau tengok..ganas

    ReplyDelete
  4. Knor, Baby & Acik: w'salam... thanks semua sudi singgah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum anum, selamat pagi. wahh arnold main dalam cerita ni. sure gempak. nak g wayang! heee singgah menabung colgate sini~~~

    ReplyDelete
  6. mesti happening cerita dia.. ;)
    ai like.. ;)

    ReplyDelete
  7. Filem-filem Arnold berlakon ni memang pada kebiasaannya penuh aksi dan agak ganas. Agaknya perlu disesuaikan dengan imej sasa beliau kot.

    ReplyDelete
  8. salam khamis dear, CN tak suka cerita ganas2 ni..hehe

    ReplyDelete
  9. Wow macam awesome ja..nanti nak try cari dvd

    ReplyDelete
  10. Salam Khamis Anum...
    nrl x biasa tgk cite ganas2... :)

    ReplyDelete
  11. huwaaaaa...best3..
    cmane nk tgk ngan ank kecik..
    *nangesss*

    ReplyDelete
  12. Cikgu, Al Kisah,Nurul, Tihara, Redza & Dalila: best nie

    ReplyDelete
  13. wahhh..review filem gitu..terbaiklah!

    ReplyDelete
  14. Bestnya. Saya suka bab2 thriller nie.

    ReplyDelete
  15. maaf, dah lama x singgah blog sis... baru ada mood sket nak BW hehehe

    xpasan plak anum keje kat matrade.. klu tau..leh kita jumpa..huhu

    ReplyDelete
  16. cerita aksi lasak kalau ada arnold mesti best kot kan

    ReplyDelete
  17. baca review anum ni rasa macam nak tengok pulak..heheh

    ReplyDelete
  18. wahhh... baca ni pun dah excited..

    thanks sudi join segmen nak url #3, senarai blog ada di http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    ReplyDelete
  19. -said,Azhafizah,Siti,Diana & Mia: thanks semua

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels