Campaigns

Apr 17, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #84

Assalamualaikum Semua
Pernah tengok filem aksi berjudul Limitless lakonan Bradley Cooper sekitar tahun 2011? Kalau anda masih ingat, Limitless telah digarap menjadi sebuah filem terbaik ditambah pula dengan lakonan Bradley Cooper sebagai teraju utamanya.
Limitless mengisahkan tentang seorang penulis bernama Eddie Morra yang mengalami ketandusan idea atau dalam bahasa lainnya, writer’s block sebelum dia mengambil dadah sebagai penawar.
Bukan sekadar dadah biasa, dadah jenis NZT-48 itu adalah sebuah penemuan dimana pengguna akan menjadi lebih aktif dan bijak. Dalam kes Eddie, dia mampu menyiapkan sebuah buku dengan 90 muka surat dalam masa singkat selepas menggunakan dadah itu.
Eddie kemudiannya memerlukan lebih bekalan dadah agar dia kekal produktif tetapi malangnya pembuat dadah berkenaan mati dibunuh. Namun begitu, Eddie sempat mencuri saki-baki NZT yang dijumpainya dan meneruskan penggunaan seperti biasa.
Oleh kerana otaknya kini lebih pandai menaksir maklumat, Eddie telah menceburi bidang pelaburan dan berjaya meraih keuntungan hingga US$2 juta.
Namun konflik bermula apabila terdapat pihak yang ingin merampas bekalan dadah Eddie hingga menyebabkan dirinya dan teman wanita berada dalam keadaan bahaya.
Terbaru, sebuah filem berjudul Lucy yang dibintangi Scarlett Johansson dikatakan sebagai sambungan kepada Limitless namun di dalam versi wanita.
Tetapi hakikatnya, kru penggambaran dan penerbitan yang terbabit dalam pembikinan Lucy ternyata berbeza dengan Limitless meskipun ramai mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua filem berkenaan mempunyai jalan cerita yang hampir sama.
Diarahkan oleh Luc Beeson dan diedarkan oleh Europacorp bersama Universal Pictures, Lucy menjalani penggambaran di beberapa lokasi termasuk Taipei, Paris dan Kota New York bermula dari September 2013.
Masih menggunakan elemen penggunaan dadah, Lucy mengisahkan tentang seorang wanita yang hidup di Taiwan dikelilingi mafia, kaki pukul, penagih dadah dan penyelewengan kuasa oleh polis.
Dadah yang diimplan di dalam perutnya adalah punca Lucy berubah menjadi seorang manusia dengan kuasa luar biasa. Secara tiba-tiba Lucy mempunyai kebolehan menyerap maklumat dalam skala yang besar dan berupaya mengalihkan objek hanya menggunakan minda.
Namun berbeza dengan filem-filem superhero yang lain, Lucy menggunakan logik akal dan hukum sains dalam menggerakkan keseluruhan plot dan bukan sekadar menonjolkan imaginasi atau fantasi semata-mata.
Apa yang pasti, pemilihan Scarlett Johansson sebagai pelakon utama dilihat sangat tepat kerana aktres yang baru sahaja membintangi Captain America : The Winter Soldier ini berjaya membuatkan semua mata tertumpu kepada aksi yang dilakukannya walaupun cuma menerusi trailer sahaja.
*Macam best kan

Share:

47 comments:

  1. last time tengok promo filem nih macam menarik....filem aksi..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tahu citer ni apatah lagi tengok..huhu

    ReplyDelete
  3. Syawal,Idzwa,Azhafizah & Aisya: best nie

    ReplyDelete
  4. wah mesti menarik cerita ni kan anum !!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum anum. wah tak pernah tengok cerita ni. hehe tapi heroin dia memang mantap. hehe singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  6. Sinopsis mcm tak menarik tp kadang tu cite dia best

    ReplyDelete
  7. Sinopsis mcm tak menarik tp kadang tu cite dia best

    ReplyDelete
  8. macam best je nih..suka cerita camni

    ReplyDelete
  9. akak baru dikecewakan oleh filem Non- Stop...takde la berdebar mana pun menontonnya...biasa2 ja..

    ReplyDelete
  10. Bila ni akan di tayangkan, ada kat astro first ke, kak ada tengok the journey baru-baru ni :)

    ReplyDelete
  11. Mar,Kamsiah,Siti & Baby : sempat lagi

    ReplyDelete
  12. mcm bez, suka kat scarlett. dia cantik!
    nanti nak survey kat kedai cd, mana tahu ada jual

    ReplyDelete
  13. salam singgah. baca review anum memang mendorong ja diri ni nak tengok ^_^

    ReplyDelete
  14. Macam pernah dengar tajuknya.. Tapi belum tengok lagi cita limitless ni.. Hehehe.. Hmmm.. Belum terlambat lagi kan nak ucap selamat pengantin baru Anum.. Semoga berbahagia hingga ke jannah.. Aminn...

    ReplyDelete
  15. Macam pernah dengar tajuknya.. Tapi belum tengok lagi cita limitless ni.. Hehehe.. Hmmm.. Belum terlambat lagi kan nak ucap selamat pengantin baru Anum.. Semoga berbahagia hingga ke jannah.. Aminn...

    ReplyDelete
  16. anum...selamat mennyambut ramadahn al mubarak..
    bestkan sambut berdua..tapau ke,masak ni...

    mohon maaf jika bahasa tidak bagus dan terkasar budi bicara

    ReplyDelete
  17. Knor: baiklah insyaallah kalau x penat masak

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum