Campaigns

Apr 10, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #83

Assalamualaikum semua
Dek kerana aura lakonan jejaka berusia 45 tahun ini, watak ‘Wolverine‘ dilihat bagaikan sudah sebati dengan dirinya. Mana taknya, sebut sahaja nama aktor kacak ini, pasti semua sudah terbayang wajahsuperhero berkuku besi itu bukan?
Terkini, kemunculannya di BBC Radio 1 untuk mempromosi filem terbaru, “X-Men: Days of Future Past”, Hugh Jackman telah menghiburkan penonton dengan sebuah lagu yang telah diubahsuai liriknya berjudul “Wolverine: The Musical”.
Dengan menggunakan rentak lagu “Who Am I?”, Hugh Jackman membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah dalam bidang nyanyian juga.
 Hugh Jackman sinonim dengan watak ‘Wolverine’
Who am I? Am I a superhero with some claws? Or just an actor searching for applause?Wolverine has all the fans, but what about me Hugh Jackman? Who Am I?
Walaupun hanya menyampaikan lagu tersebut dengan bersahaja, persembahan ringkas itu tetap mendapat tepukan gemuruh daripada penyampai radio yang mengendalikan rancangan tersebut.
Tidak mustahil suaranya yang boleh dikategorikan sebagai ‘macho’ itu mampu memikat hati peminat jika aktor itu benar-benar mengembangkan kariernya ke bidang nyanyian pula.
Tak percaya? Apakata korang semua google 
rakaman video tersebut . Enjoice!

Share:

40 comments:

  1. kalau nyanyi dah okay, boleh je jadi penyanyi pulak kan..buat ost ke :)

    ReplyDelete
  2. tak sangka wolverine boleh menyanyi

    ReplyDelete
  3. Azhafizah,Redza & Idzwa: kan bakat tue

    ReplyDelete
  4. dia tak kenal akak..

    slm pagi anum

    ReplyDelete
  5. OKje Macam tak suka jer cite ni Num...

    ReplyDelete
  6. Akak prefer dia dalam cerita Steel kot...hehehehe

    ReplyDelete
  7. Memang nampak macho je dia Anum..hehe..

    ReplyDelete
  8. wah nak tengok wayang la weekend ni, belum pernah dengar lagi who am i.

    ReplyDelete
  9. machonya..
    sllnya kalau muka macho gini
    nyanyi sure sedap..hehe

    ReplyDelete
  10. kalau nyanyi sedap apa salahnya mencuba mana tau keba bom nanti.

    ReplyDelete
  11. PERNAH TENGOK DIA MENARI JUGAK MASA DALAM RANCANGN STAR KING..HEHEH..DIA SPORTING GILER..

    ReplyDelete
  12. baru sempat BW anum arini..
    nice..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum