Campaigns

Apr 18, 2014

Pengalaman sukar dilupakan

Assalamualaikum Semua
Salam Jumaat
SETIAP kita mempunyai idea tersendiri untuk memperoleh percutian sempurna dan kebanyakannya membabitkan matahari, pasir dan bersantai.
Namun, ada pelancong sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk melakukan pengembaraan, meneroka tempat baru dan aktif.
Meluncur ke cerun lereng di Switzerland
Aktiviti ini adalah satu idea hebat jika anda suka kepada tempat yang sejuk. Ski adalah aktiviti yang sa­ngat popular terutama ketika Krismas.


Apa yang pasti, aktiviti meluncur ini sangat baik untuk anda yang ingin menguji adrenalin. Switzerland mempunyai beberapa pusat peranginan ski terbaik di dunia.

Anda berpeluang melakukan slaid ke bawah cerun sepanjang hari juga menikmati hidangan enak di kafe yang selesa, membeli-belah dan duduk di unggun api. 


Menerokai hutan

Terdapat banyak negara yang memberi peluang menerokai hutan tetapi antara yang popular ialah Thailand, Costa Rica dan Brazil.

Anda berpeluang melihat monyet berayun dari pokok ke pokok, burung Toucan yang cantik terbang di atas kepala, tumbuh-tumbuhan eksotik dan haiwan yang jarang ditemui.

Penerokaan di dalam hutan hijau pastinya cukup menyeronokkan, mendamaikan dan sangat sesuai bagi peminat hidupan liar dan jurugambar.


Pengembaraan di Safari Afrika

Jika anda sukakan haiwan dan ingin meneroka padang gurun bagi melihat hidupan luar yang terbaik, safari adalah percutian sempurna.

Safari boleh didapati di ­banyak negara Afrika seperti Uganda, Botswana dan Zambia.

Anda akan diiringi pemandu pelancong pada siang hari ­sekitar safari dan pada waktu ­malam, anda akan tidur di ­khemah mewah atau lodge de­ngan ­dilengkapi katil dan perabot selesa.

Jika ingin lebih dekat de­ngan alam semula jadi, anda boleh ­memilih tidur dalam khemah atas tanah bagi merasai kehidupan yang lebih mencabar.


Melalui trek Himalaya

Jika anda seorang yang tidak keberatan melakukan senaman berat apabila anda tahu ia akan terbayar pada akhirnya, maka mendaki ­gunung adalah sesuatu yang mungkin boleh dilakukan.

Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia adalah satu cabaran kepada pendaki walaupun mereka yang berpengalaman.

Tetapi, jika anda suka mencuba sesuatu yang sedikit lebih mudah, anda boleh mendaki salah satu gunung kecil di banjaran itu.

Anda mungkin tidak sampai di puncak tetapi berada melalui trek di Himalaya adalah sesuatu yang cukup membanggakan.


Berenang bersama ikan lumba-lumba di Florida

Jika suka kepada ikan lumba-lumba atau mahu sesuatu yang baru, berenang dengan ikan lumba-lumba adalah salah satu pengalaman dramatik.

Anda bukan saja berhubung bersama ikan lumba-lumba yang lincah itu tetapi melihat bagaimana kepintaran serta bakat sebenar hidupan laut itu. 


Terokai air terjun Iceland dan Glasier

Di Iceland, anda berpeluang melihat beberapa pemandangan luar biasa.

Anda pastinya teruja merasai percutian di pantai dengan meluangkan masa mengagumi glasier dan mandi di Blue Lagoon.

Iceland bukan saja rumah kepada beberapa glasier yang besar tetapi beberapa air terjun terbesar di Eropah termasuk Air Terjun Seljalandsfoss dan Skogafoss yang setinggi 60 meter. Ia amat popular dalam kala­ngan jurugambar.


Ekspedisi ke Kutub Utara

Jika mahu mencabar percutian musim panas yang biasa, anda boleh mencuba mengikuti ekspedisi Kutub ­Utara.

Ia mungkin tidak ramai melakukannya dalam hidup mereka dan pastinya boleh menjadi pengalaman menakjubkan.

Anda boleh tidur di bawah bintang di rumah salji igloo, merasai kehidupan sebenar igloo atau menaiki belon udara panas.

Paling menarik di Kutub Utara ialah melihat ­Aurora Borealis atau ­cahaya Utara. Ia adalah pengalaman sukar dilupakan dalam hidup.

*Bestnya kalau dapat join semua xtvt nie (in my dream)


Share:

56 comments:

  1. menjadi impian saya juga anum..

    ReplyDelete
  2. Wah... bagus2 terus kan semangat dan impian...

    ReplyDelete
  3. safari di afrika yang paling saya suka..teringin sangat nak ke sana

    ReplyDelete
  4. nak berenang dgn dolphin tapi tak pandai berenang...acanne??

    ReplyDelete
  5. sesuai ngan jiwa u.. :) i dulu suka gak..masa waktu2 belajar memang akan buat aktiviti2 lasak macam ni..tapi tu lah.. sekarang ni..sangat terhad aktiviti nak buat macam ni semua lagi..takde geng satu hal bila masing2 dah buat hal sendiri n dah beranak pinak kan.. :) insyaa Allah one day ada rejeki nak ajak hubby buat semua ni...yang mana mampu..;p

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum anum, wahh bestnya. besar cita2 anum ni. hehe singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  7. Sheila & Atiey: sementara tengah banyak masa nie la nak merasa kan.

    ReplyDelete
  8. beznye klo dpt buat semua aktiviti tu anum
    sukan mencabar..jarang dibuat

    ReplyDelete
  9. salam jumaat anum...moga baik belaka

    ReplyDelete
  10. Teringin nak mencuba berenang bersama ikan lumba-lumba di Florida la anum.. =D

    ReplyDelete
  11. waahhhh suke btl xtvt lasak ehh anum,, ni honeymoon mane la ni nti kann hehehe :)

    ReplyDelete
  12. Mrs & Husna: hehe anum memang suka xtvt lasak nie

    ReplyDelete
  13. In shaa Allah Anum.. adalah rezekinya tu nanti :)

    ReplyDelete
  14. seronok kalau dapat buat segala aktiviti lasak ni kan

    ReplyDelete
  15. bestnya.. tapi tu lah..huhu

    apa2 pun yang paling best berenang ngan ikan lumba-lumba.hehe

    ReplyDelete
  16. bestnya.. tapi tu lah..huhu

    apa2 pun yang paling best berenang ngan ikan lumba-lumba.hehe

    ReplyDelete
  17. Kutub Utara tu menarik. Ada aurora

    ReplyDelete
  18. Nurul,Azhafizah,Mia,Hana & Aziela: best kan

    ReplyDelete
  19. Best klo dapat buat aktiviti mcm nih.

    ReplyDelete
  20. sesuatu yang KA idam2kan. duduk bawah air terjun niagara tu hehehe

    ReplyDelete
  21. sesuatu yang KA idam2kan. duduk bawah air terjun niagara tu hehehe

    ReplyDelete
  22. bestkan anum, diving/ menyelam pun best sebab malaysia ada pulau cantik2, salam jumaat dear :)

    ReplyDelete
  23. Aktiviti yang best tapi memerlukan modal yang besar. Buat masa sekarang ni, takat explore guna Google Map aje la. Huhuhu

    ReplyDelete
  24. dulu masa bujang suka la sangat. tapi sekarang ni dah mcm terkubur je impian tu..

    ReplyDelete
  25. Saya pulak tak suka benda lasak2 nie. Hihi.

    ReplyDelete
  26. salam singgah dan kenal dari http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html... saya follow sini juga, jemput singgah ke www.bubblynotes.com

    ReplyDelete
  27. Semua menarik sangat. Suka! Tapi, kadang-kadang, kekangan masa, tenaga, dan wang ringgit. Kena bersyukur jugak dengan pengalaman yang dah ada :)

    ReplyDelete
  28. Siti, Isabel,Farah,Qaseh,Siti Hajar & Pokok: kan semua best xtvt nie

    ReplyDelete
  29. SAYA PUNYA IMPIAN UNTUK MENGEMBARA... CUMA TERKADAN ADA MASALAH MASA, BUJET... SERONOKNYA MENEROKA.... JELES NGAN ANUM COZ DAH P BANYAK TEMPAT...

    ReplyDelete
  30. Dwaty & Mimi: x pe la nanti ada peluang pg ya

    ReplyDelete
  31. Anum mmg suka mengembara kan...syok yer

    ReplyDelete
  32. Nampaknya okje dak le termimpi ke sini Num...huhu

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels