Campaigns

Apr 21, 2014

8 langkah bercuti bersama rakan

Assalamualaikum
Bercuti bersama rakan cukup menyenangkan. Berjalan bersama, berkongsi segala keseronokan dan kesusahan bersama menjadi kenangan terindah buat anda.
Namun, sebelum bercuti berubah menjadi tidak menyenangkan, ada baiknya anda mempertimbangkan lapan langkah bercuti bersama rakan ini. 
Ini bagi mengelak apabila pulang nanti, hubungan persahabatan tidak terjejas hanya kerana perkara kecil saat bercuti bersama. Tiket tanggung jawab sendiri 
Selepas melakukan tempahan tiket, biarlah setiap orang bertanggungjawab atas tiket masing-masing.


Ini membuatkan kita lebih mengambil tahu terhadap keselamatan barang yang kita bawa. 

Selesaikan segala permasalahan 

Jika anda mempunyai banyak kerja yang perlu dihantar semasa bercuti, cuba selesaikan semuanya sebelum memulakan percutian. 

Ini perlu supaya anda tidak mensia-sia waktu rakan yang hanya duduk di bilik hotel sementara anda menyelesaikan tugasan yang berbaki itu. 

Jika anda turut mempunyai masalah yang belum selesai dengan rakan yang turut sama bercuti dengan ada, ada sebaiknya anda bersemuka dan berbaik-baik. 

Ini penting supaya percutian anda berjalan lebih lancar dan tidak mempunyai gangguan emosi sesama sendiri. Ia juga bagi mengelak perkara yang berlaku sebelum ini terutama perselisihan faham tidak berulang. 

Buat jadual percutian 

Ke mana pun destinasi yang anda ingin kunjungi, buat jadual perjalanan dan rancang sebaik mungkin. Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan disertakan dengan pengangkutan untuk ke sana. 

Ini adalah perkara yang harus dibuat kerana ia dapat menjimatkan waktu berbanding anda perlu memikirkannya saat sudah memulakan percutian. 

Jika rakan ingin ke tempat yang berbeza, tentukan saja tempat perjumpaan. Dengan itu, semua boleh bercuti sesuai dengan keinginan hati. 

Percutian mewah atau bajet? 

Sebaiknya, tentukan tema percutian anda. Ini membolehkan anda tahu dari awal hotel kelas apa yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi menjamu selera dan tempat berbelanja. 

Bawa penutup mata 

Ia mungkin remeh tapi penting. Ini berlaku anda sukar tidur dengan sekira­nya lampu yang tidak dipadamkan, sedangkan rakan anda sebaliknya. 

Jadi, dengan itu, anda boleh tidur nyenyak dalam apa juga keadaan. 

Tanggungjawab bersama 

Jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti mana diharapkan. Berjaya atau gagalnya percutian itu bergantung daripada persefahaman anda dan rakan-rakan. 

Justeru, sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam segala hal supaya anda sama-sama menikmati percutian yang menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah buat kalian. 

Menjaga satu sama lain 

Walaupun ada kalanya rakan anda itu terlalu menjengkelkan sepanjang bercuti, mereka adalah ‘saudara’ terdekat anda di destinasi percutian anda. Lebih-lebih lagi saat anda bercuti di luar negara. 

Justeru, sudah seharusnya kita saling menjaga satu sama lain sehingga selamat sampai di rumah. 

Elakkan gajet 

Percutian harus dinikmati. Jangan biarkan gajet merampas segala kesempatan anda untuk menikmati tempat percutian yang dikunjungi. 

Lebih baik anda berborak atau bertukar cerita bersama rakan yang ada di depan mata berbanding asyik berhubung bersama mereka yang jauh di sana. 

Secara tidak langsung, anda dapat mengenali rakan anda itu lebih rapat dan berkongsi segala rasa seronok bersama.

*Sharing is caring*

Share:

51 comments:

  1. kalau pergi ramai2 banyak cabarannyerkan so kena prepare lebih lagikan...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing ;D
    Seronok kalau dapat bercuti dengan kawan ;)

    ReplyDelete
  3. Sally: kan seronok bleh tenangkan fikiran n enjoy

    ReplyDelete
  4. NAK BERCUTI DGN SUAMI JE..ANUM..

    ReplyDelete
  5. teringin gak nak gi 4wd trip dengan kawan2 :) baru nak beli kembara heee patut anum tak online weekend ye :)

    ReplyDelete
  6. kalau dah berkeluarga,tak sesuai la ya bercuti bersama kawan2..:)
    tinggalakan anak2 dan pasangan kt rumah

    ReplyDelete
  7. jalan selamat pergi dengan mereka yang dah memang dah biasa.. tapi kalau dapat kawan baru pun best gak.. yang penting serasi.. ;)

    ReplyDelete
  8. Kamsiah, Aizamia3 & Tihara: best kan sesekali cuti ngan kawan2

    ReplyDelete
  9. bercuti dengan kawan2 memang menyeronokkan...

    ReplyDelete
  10. singgah sini..tq anum for sharing.. ;))

    ReplyDelete
  11. elakkan gajet tu yg payah tu...hhee

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum anum, bestnya. teringin nak bercuti dengan member. hehhee sejak kawin ni susah sket nak bergerak sorang. kalau ada pun tahun lepas honeymoon trip dengan rakan blogger yang dah kawin gak. hehe singgah menabung YES sini~~~

    ReplyDelete
  13. Setuju. Jalan dengan kawan2 ni memerlukan toleransi yang kuat :)

    ReplyDelete
  14. Tips percutian ni agak berbeza dari Tips percutian yg lain.. timekasi Anum :)

    ReplyDelete
  15. bercuti dengan kawan2 mmg sangat mengenjoykan ;)

    ReplyDelete
  16. Good tips...
    memang mencabar kalau organise trip ngan kawan2 terutama kalau kita yg uruskan semua, bila minta bayaran lambat ler plop hihi

    ReplyDelete
  17. Milla: la ye ke next time mtk je full payment

    ReplyDelete
  18. singgah pagi.. baru terfikir pasal ni bila lepas baca entry Anum ni. Kadang yang remeh tu yang kita terlupa kan.. hubungan sesama rakan :)

    ReplyDelete
  19. ya betul tu. kekadang mesti ada rasa tak puas ati ngan rakan sebilik. cthnya bab lampu tak mo tutup bila rg dah nak tido/ngantuk

    ReplyDelete
  20. Bagus tips ni anum...leh realisasikan bersama keluarga gak ni...erti tanggugjawab

    ReplyDelete
  21. nikmati percutian sebaiknya barulah seronok dan bermakna :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels