Apr 30, 2014

Wordless Wednesday #115

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
Anak Buah lagi.....
 Saya mengantuk la Ibu
 Sebesar Tapak Tangan Ibu sahaja...
 Akhirnya.. sleeping time
 Dah Bangun dah...
 Di nak bermain la tue
 Comel x saya..?
Mak uteh rindu nak kiss Arissa Zahra nie..

Apr 29, 2014

Inilah Putera George, Buat Kemunculan Pertama Di New Zealand

Assalamualaikum semua
Pasangan Duke dan Duchess of Cambridge iaitu Putera William dan Kate Middleton yang kini dalam rangka lawatan ke New Zealand, yang merupakan salah satu daripada tanah jajahan Ratu Elizabeth kedua telah tiba di negara itu.
Mereka yang sebelum ini sering menjadi tumpuan pada setiap kemunculan mereka,  namun bagi lawatan pertama mereka bersama Putera George ini menyebabkan pasangan ini tenggelam dek perhatian diberikan kepada putera pertama pasangan diraja Britain ini.
Hari yang boleh dianggap bersejarah ini adalah penampilan kedua secara terbuka oleh waris takhta kerajaan monarki di England selepas kali pertamanya ketika dia baru sahaja sehari dilahirkan.
Setelah 30 jam perjalanan dengan pesawat komersil dan berhenti di Dubai dan Sydney, keluarga diraja ini tampil tersenyum sebaik sahaja mendarat di New Zealand.
Seperti biasa Kate yang terkenal dengan gaya  elegan dan ringkas itu menyarungkan kot labuh oleh pereka kegemaran Puteri Diana, Catherine Walker dan topi rona sedondon dilengkapi sepasang kerongsang platinum daun fern, simbol negara New Zealand.
Rombongan seramai 11 orang personel dan keluarga diraja ini telah dilaporkan memulakan perjalanan gaya mewah mereka pada Sabtu, malam dengan tiket kelas pertama dengan syarikat penerbangan Australia, Qantas yang membuat perhentian bermalam di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney dan akhir sekali Wellington.

*Hari ini Anum x sempat nak blogwalking ya
sory sangat2 x sempat nak baca entry
bz ngan thesis arghhhhhhh pening2
Doakan Anum ya*

Apr 28, 2014

Tip melancong: Melancong solo tetap seronok

Assalamualaikum semua
Bulan nie Anum banyak berkongsi tips melancong atau bercuti
memandangkan bulan mei kan ada cuti sekolah.. Jom kongsi lagi
Ramai berpendapat, melancong sendirian sesuatu yang membosankan serta mengerikan. Mana tidaknya, keseronokan berkunjung ke destinasi yang diidamkan bagaikan berlalu begitu saja tanpa teman untuk berkongsi rasa.
Tidak biasa dengan lokasi yang dituju dan tanpa seorang teman, pelbagai hal boleh berlaku.
Namun, bagi sesetengah orang melancong sendiri atau solo memberi keseronokan. 
Mahukan caranya? Rujuk tip melancong minggu ini yang disenaraikan agar anda yang merancang untuk bercuti sendirian mendapat pengalaman yang menyeronokkan.

 CINTAI diri sendiri dan mengembara dengan tenang, berani dan gembira.
Cintai diri sendiri 
Melancong sendirian akan membuatkan anda semakin menyukai rakan perjalanan anda iaitu diri sendiri. Setiap saat sangat tepat untuk mengenal diri sendiri secara lebih mendalam. 


Apabila rasa cinta terhadap diri sendiri itu semakin kuat, anda pastinya punya kekuatan untuk terus me­ngembara sendirian dengan tenang, berani dan gembira. 

Masanya menjadi egois 
Ketika melancong sendiri, anda boleh memutuskan segala-galanya mengikut kemahuan anda tanpa harus berkompromi dengan orang lain. 

Tidak akan ada yang melarang anda untuk ke mana saja yang anda inginkan seperti ke muzium, galeri seni atau hanya sekadar menikmati hiburan malam. 

Ini perkara paling berharga yang akan membuatkan perjalanan anda penuh kebebasan. 

Percaya diri 
Kunci utama melancong sendirian adalah percaya kepada diri sendiri. Jika keliru arah mana mahu dituju dan ingin melihat peta serta buku panduan, cari tempat yang tidak terlalu menonjol 

Waspada terhadap bahaya 
Bahaya boleh datang di mana saja walaupun ketika di rumah. Statistik menunjukkan hanya sedikit pe­ngembara yang terkena insiden serius. Namun, sikap waspada tetap diperlukan untuk menghindari bahaya terutama ketika bercuti sendirian. 


Luangkan masa untuk makan di luar 
Idea untuk menikmati makan malam sendirian mungkin mengerikan bagi sesetengah orang. 

Namun, meluangkan masa untuk makan malam ketika melancong sendirian juga punya kebaikan kerana boleh fokus terhadap makanan yang anda sedang nikmati sambil sibuk dengan fikiran sendiri. 

Makan malam sendiri juga mung­kin boleh mempertemukan anda dengan rakan baru yang sama-sama melancong sendirian atau secara berkumpulan. 

Jangan terlalu sibuk dengan media sosial 
Kini, media sosial menjadi sebahagian daripada aktiviti seharian masyarakat. Saat melancong sendirian, tahanlah sikit keinginan untuk berkongsi segala cerita mengenai perjalanan solo anda di media sosial. 

Fokuskan perhatian pada keadaan di sekitar anda dan nikmati suasananya. Ini membolehkan lebih banyak cerita apabila pulang nanti. 


Lebih mahal dan lebih berharga 
Melancong sendirian mungkin memerlukan perbelanjaan lebih mahal. Tidak ada teman untuk berkongsi bayaran penginapan atau makanan. 

Namun, kesenangan yang diperoleh dengan memiliki masa sendiri tanpa harus berkompromi de­ngan orang lain adalah lebih berharga dibandingkan jumlah wang.


Apr 25, 2014

Tip melancong: Tawar-menawar beli cenderahati

Membeli cenderahati atau buah tangan ketika berkunjung ke destinasi percutian memang satu kemestian. Selain menjadi kenang-kenangan untuk diri sendiri, buah tangan yang akan dibawa pulang itu juga pastinya boleh menggembirakan hati keluarga atau rakan.
Namun, kebanyakan produk buah tangan ini tidak semuanya murah. Justeru, saat ingin membeli buah ta­ngan, bijak membuat tawar-menawar pasti mengun­tung­kan anda. 
Nah, berikut adalah tip tawar-menawar yang anda boleh gunakan saat ingin membeli buah ta­ngan di mana-mana destinasi percutian anda. 


Ia mungkin sedikit sukar dan mengambil masa yang lama tetapi sangat menguntungkan. Selamat mencuba!

Pilih-pilih peniaga 


Pandai-pandailah memilih peniaga. Kedai yang ramai pembeli bukan jaminan harga yang ditawarkan murah. 

Tapi bukan juga bererti kedai yang tersorok dan kurang dikunjungi boleh ditawar serta harga barangnya murah. 

Justeru, ada baiknya anda melihat-lihat dulu barangan yang dijual di kedai-kedai yang ada sambil memperhatikan karakter penjualnya. 

Kebiasaannya peniaga lelaki ‘luluh’ dengan pembeli perempuan manakala peniaga perempuan pula lebih mudah dirayu oleh pembeli lelaki. Jadi, jangan ragu memanfaatkannya. 

Beli lebih banyak 

Lebih banyak anda membeli barang, banyak jugalah diskaun yang akan diperoleh. Itu boleh dikatakan satu kemestian. 

Tanpa meminta diskaun sekali pun, si peniaga pasti tidak kedekut memberi harga istimewa buat anda bila membeli secara borong dengannya. 

Jadi, jika mahukan harga terbaik dan diskaun yang tinggi, membeli pelbagai barang dengan jumlah yang banyak pasti tidak akan merugikan anda. 

Mula dengan separuh harga sebagai pembuka 

Jika ingin mulakan tawar-menawar, jangan bertanyakan harga dulu sebelum anda memastikan barang yang anda inginkan itu dalam keadaan baik. 

Jika anda sudah berpuas hati dengan keadaan barang yang dikehendaki dan harga sudah disebutkan peniaga, buka penawaran dengan separuh dari harga yang ditawarkan. 

Dari situ, mulalah penawaran sehingga mendapat harga muktamad dari peniaga. 

Berlakon dan sedikit mengancam 

Bukan mengancam dalam erti sesungguhnya kerana ia hanya lakonan semata-mata. Seribu satu alasan boleh anda lontarkan kenapa anda menawar. 

Anda juga berhak membandingkan harga kedai satu dan lainnya. Namun, lakonan paling ‘sempurna’ adalah ketika anda berpura-pura kalah dan melangkah keluar dari kedai dengan lesu. 

Lima langkah anda menjauh, biasanya si peniaga akan memanggil anda kembali. Saat itu, anda sudah boleh terse­nyum puas. 

Sabar 

Proses transaksi yang diselangi tawar menawar boleh mengambil masa yang lama. Anda baiknya proses itu diiringi dengan gurau senda untuk menjernihkan suasana dan kata-kata lain yang me­ngakrabkan.



Apr 24, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #85

Assalamualaikum Semua
Selamat Pagi
3 April 2014 merupakan hari pertama filem Sabotage mula ditayangkan di panggung-panggung wayang seluruh Malaysia.
Membaca judulnya sahaja, pasti anda dapat mengagak bahawa filem ini bergenre aksi thriller namun Sabotage bukanlah karya biasa kerana pengarahnya, David Ayer menampilkan adegan-adegan panas di atas ranjang yang boleh dikatakan sedikit keterlaluan.
Bukan itu sahaja, Sabotage juga tidak menapis babak-babak mengerikan sewaktu adegan tembak-menembak berlaku termasuklah ketika penonton dipertontonkan keadaan mayat yang dibunuh dengan dahsyat sekali.
Mungkin bagi penggemar filem ganas, Sabotage diibaratkan sebagai gula-gula kapas buat mereka tapi harus diingat ianya diklasifikasikan sebagai 18 dan tidak sesuai ditonton bersama anak-anak kecil.
Bagi yang tertanya-tanya tentang jalan cerita Sabotage, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan ejen Drug Enforcement Administration (DEA) yang berdepan masalah selepas wang berjumlah US$10 juta lesap secara tiba-tiba.
Diketuai Breacher (Arnold Schwarzenegger), DEA turut dianggotai oleh Grinder (Joe Manganiello), Sugar (Terrence Howard), Monster (Sam Worthington) dan isterinya, Lizzy lakonan Mireille Enos.
Seperti biasa, apa sahaja watak yang dipegang oleh Schwarzenegger amat sukar untuk ditandingi pelakon lain walaupun dikelilingi bintang-bintang berbakat di dalam filem berkenaan.
Menerusi Sabotage pula, Schwarzenegger membuatkan penonton kagum dengan karakter dominannya sebagai seorang ketua berwibawa dan juga sebagai seorang suami kematian isteri yang menyimpan dendam kesumat.
Konflik filem ini memuncak apabila setiap seorang ejen dibunuh dengan kejam secara bergilir-gilir atas sebab yang tidak diketahui hingga beberapa orang sahaja yang tinggal termasuk Breacher.
Sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab di atas kematian anak-anak buahnya, Breacher terdesak untuk mencari pembunuh itu dengan bantuan seorang detektif, Caroline Brentwood lakonan Olivia Williams.
Pelbagai suspek dikenalpasti termasuklah kartel dadah berbahaya yang pernah berurusan dengan mereka suatu ketika dahulu. Namun hingga ke penghujung tayangan, barulah penonton didedahkan dengan rahsia besar dan dalang kepada perpecahan kumpulan mereka.
Mungkin pada pertengahan tayangan, penonton sudah boleh mengagak siapakah pembunuhnya. Tapi jangan terkejut sekiranya penjahat paling kejam dalam filem ini bukanlah suspek yang anda sangkakan.
Jangan lupa menonton Sabotage untuk mengetahui dari mana datangnya wang sebanyak US$10 juta itu dan apakah kegunaannya kepada ejen-ejen DEA. Siapa pula yang mencuri wang itu tanpa pengetahuan mereka? Ikuti penyiasatan Breacher untuk mendapatkan jawapannya. Selamat menonton!

Apr 23, 2014

Wordless Wednesday #114

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
Reunion KSR Team 
 Pak Ngah Cafe menjadi pilihan
 Ni gambar masa mula-mula sampai
 Anatara otai2 KSR
Bergerak Balik 
 X lama tak berkumpul ngan geng2 KSR nie
Semoga jumpa lagi...

Apr 22, 2014

Tip melancong: Murah tapi puas

Assalamualaikum semua
Bercuti di destinasi pilihan sememang­nya impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus percutian yang sudah lama dirancang.
Bercuti tidak semesti­nya mahal. Apa yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru, keakraban bersama keluarga dan menghilangkan tekanan. 
Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik. 
Cari maklumat 
Ramai antara kita pergi melancong tetapi bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di Internet atau di buku-buku pelancongan. 


Mencari maklumat menerusi Internet mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih awal sangat penting kerana anda boleh mengetahui apakah ada diskaun bermula dari tiket penerbangan atau hotel. 

Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamata di pasar tradisional dan sebagainya. 

Membawa Wang 

Kehabisan wang ketika bercuti? Perkara sebegini sememangnya sering berlaku dan memberikan pelbagai masalah. Justeru, ja­ngan sampai anda kehabisan wang saat di perjalanan. 

Sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangkan masalah dan membuat­kan anda bingung sepanjang percutian. 

Wang yang dibawa saat bercuti bukanlah untuk dibelanjakan semuanya. 

Anda harus tetap mengawasi pengeluaran dengan mencatatnya. Sekali gus menahan diri dan bertanggungjawab atas apa yang sudah dibelanjakan. 

Tiket Penerbangan 

Pastikan anda mendapat­kan maklumat percutian selengkap mungkin. Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi. 

Jika anda belum yakin dengan harga­nya, periksa lagi setiap beberapa hari. Siapa tahu ada penurunan harga. Saat harga turun, segera membuat tempahan tiket penerbangan. 

Jika tarikh percutian anda masih lama, jangan lupa buat catatan. Takut-takut terlupa, anda juga yang rugi. 

Pilih pengangkutan yang menyenangkan 

Melakukan perjalanan dengan pesawat memang lebih cepat, namun perbelanjaan yang harus dikeluarkan lebih mahal. 

Justeru, jika destinasi yang dituju boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, ia pastinya pilihan yang lebih menyenangkan dan sudah pasti lebih murah. 

Selama di perjalanan, anda boleh menikmati pemandangan sekali gus menambahkan pengetahuan mengenai destinasi yang dituju serta kawasan sekitarnya. 

Bukan Musim Cuti 

Belanja perjalanan akan lebih murah jika bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Selain itu, jika anda ­ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh kerana ramai orang, ini waktu yang tepat. 

Bercuti ketika musim cuti membuatkan tempat-tempat pelancongan dipenuhi ramai orang. Belanja ketika itu juga lebih tinggi kerana ba­nyak permintaan. 

Layanan Terbaik 

Selain mencari hotel yang bagus, lihat juga taraf biliknya. Siapa tahu ada penawaran khusus seperti penginapan dua malam akan mendapatkan satu malam percuma atau potongan harga. 

Anda juga mungkin boleh mendapatkan layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik pe­nginapan. 

Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik. 

Sewa Kereta 

Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi. 

Salah satunya adalah pengangkutannya terutama dari lapangan terbang ke hotel. 
Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluarkan belanja mahal untuk teksi. 

Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa kereta selama bercuti. Perkhidmatan sewa kereta sememangnya banyak di mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediakan promosi harga murah. 

Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu. 

Cermat Memilih 

Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal. 

Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu. 

Percutian Menarik 

Tidak perlu memaksa diri bercuti di luar negara. Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang mengagumkan dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar negara. 

Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang me­nyeronokkan. 

Oleh itu, di mana juga destinasinya, dekat atau jauh, kuncinya ha­nya satu. Percutian Menarik. Selamat bercuti.
* mood nak holiday.. ermmmmmm*


Apr 21, 2014

8 langkah bercuti bersama rakan

Assalamualaikum
Bercuti bersama rakan cukup menyenangkan. Berjalan bersama, berkongsi segala keseronokan dan kesusahan bersama menjadi kenangan terindah buat anda.
Namun, sebelum bercuti berubah menjadi tidak menyenangkan, ada baiknya anda mempertimbangkan lapan langkah bercuti bersama rakan ini. 
Ini bagi mengelak apabila pulang nanti, hubungan persahabatan tidak terjejas hanya kerana perkara kecil saat bercuti bersama. Tiket tanggung jawab sendiri 
Selepas melakukan tempahan tiket, biarlah setiap orang bertanggungjawab atas tiket masing-masing.


Ini membuatkan kita lebih mengambil tahu terhadap keselamatan barang yang kita bawa. 

Selesaikan segala permasalahan 

Jika anda mempunyai banyak kerja yang perlu dihantar semasa bercuti, cuba selesaikan semuanya sebelum memulakan percutian. 

Ini perlu supaya anda tidak mensia-sia waktu rakan yang hanya duduk di bilik hotel sementara anda menyelesaikan tugasan yang berbaki itu. 

Jika anda turut mempunyai masalah yang belum selesai dengan rakan yang turut sama bercuti dengan ada, ada sebaiknya anda bersemuka dan berbaik-baik. 

Ini penting supaya percutian anda berjalan lebih lancar dan tidak mempunyai gangguan emosi sesama sendiri. Ia juga bagi mengelak perkara yang berlaku sebelum ini terutama perselisihan faham tidak berulang. 

Buat jadual percutian 

Ke mana pun destinasi yang anda ingin kunjungi, buat jadual perjalanan dan rancang sebaik mungkin. Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan disertakan dengan pengangkutan untuk ke sana. 

Ini adalah perkara yang harus dibuat kerana ia dapat menjimatkan waktu berbanding anda perlu memikirkannya saat sudah memulakan percutian. 

Jika rakan ingin ke tempat yang berbeza, tentukan saja tempat perjumpaan. Dengan itu, semua boleh bercuti sesuai dengan keinginan hati. 

Percutian mewah atau bajet? 

Sebaiknya, tentukan tema percutian anda. Ini membolehkan anda tahu dari awal hotel kelas apa yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi menjamu selera dan tempat berbelanja. 

Bawa penutup mata 

Ia mungkin remeh tapi penting. Ini berlaku anda sukar tidur dengan sekira­nya lampu yang tidak dipadamkan, sedangkan rakan anda sebaliknya. 

Jadi, dengan itu, anda boleh tidur nyenyak dalam apa juga keadaan. 

Tanggungjawab bersama 

Jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti mana diharapkan. Berjaya atau gagalnya percutian itu bergantung daripada persefahaman anda dan rakan-rakan. 

Justeru, sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam segala hal supaya anda sama-sama menikmati percutian yang menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah buat kalian. 

Menjaga satu sama lain 

Walaupun ada kalanya rakan anda itu terlalu menjengkelkan sepanjang bercuti, mereka adalah ‘saudara’ terdekat anda di destinasi percutian anda. Lebih-lebih lagi saat anda bercuti di luar negara. 

Justeru, sudah seharusnya kita saling menjaga satu sama lain sehingga selamat sampai di rumah. 

Elakkan gajet 

Percutian harus dinikmati. Jangan biarkan gajet merampas segala kesempatan anda untuk menikmati tempat percutian yang dikunjungi. 

Lebih baik anda berborak atau bertukar cerita bersama rakan yang ada di depan mata berbanding asyik berhubung bersama mereka yang jauh di sana. 

Secara tidak langsung, anda dapat mengenali rakan anda itu lebih rapat dan berkongsi segala rasa seronok bersama.

*Sharing is caring*

Apr 18, 2014

Pengalaman sukar dilupakan

Assalamualaikum Semua
Salam Jumaat
SETIAP kita mempunyai idea tersendiri untuk memperoleh percutian sempurna dan kebanyakannya membabitkan matahari, pasir dan bersantai.
Namun, ada pelancong sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk melakukan pengembaraan, meneroka tempat baru dan aktif.
Meluncur ke cerun lereng di Switzerland
Aktiviti ini adalah satu idea hebat jika anda suka kepada tempat yang sejuk. Ski adalah aktiviti yang sa­ngat popular terutama ketika Krismas.


Apa yang pasti, aktiviti meluncur ini sangat baik untuk anda yang ingin menguji adrenalin. Switzerland mempunyai beberapa pusat peranginan ski terbaik di dunia.

Anda berpeluang melakukan slaid ke bawah cerun sepanjang hari juga menikmati hidangan enak di kafe yang selesa, membeli-belah dan duduk di unggun api. 


Menerokai hutan

Terdapat banyak negara yang memberi peluang menerokai hutan tetapi antara yang popular ialah Thailand, Costa Rica dan Brazil.

Anda berpeluang melihat monyet berayun dari pokok ke pokok, burung Toucan yang cantik terbang di atas kepala, tumbuh-tumbuhan eksotik dan haiwan yang jarang ditemui.

Penerokaan di dalam hutan hijau pastinya cukup menyeronokkan, mendamaikan dan sangat sesuai bagi peminat hidupan liar dan jurugambar.


Pengembaraan di Safari Afrika

Jika anda sukakan haiwan dan ingin meneroka padang gurun bagi melihat hidupan luar yang terbaik, safari adalah percutian sempurna.

Safari boleh didapati di ­banyak negara Afrika seperti Uganda, Botswana dan Zambia.

Anda akan diiringi pemandu pelancong pada siang hari ­sekitar safari dan pada waktu ­malam, anda akan tidur di ­khemah mewah atau lodge de­ngan ­dilengkapi katil dan perabot selesa.

Jika ingin lebih dekat de­ngan alam semula jadi, anda boleh ­memilih tidur dalam khemah atas tanah bagi merasai kehidupan yang lebih mencabar.


Melalui trek Himalaya

Jika anda seorang yang tidak keberatan melakukan senaman berat apabila anda tahu ia akan terbayar pada akhirnya, maka mendaki ­gunung adalah sesuatu yang mungkin boleh dilakukan.

Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia adalah satu cabaran kepada pendaki walaupun mereka yang berpengalaman.

Tetapi, jika anda suka mencuba sesuatu yang sedikit lebih mudah, anda boleh mendaki salah satu gunung kecil di banjaran itu.

Anda mungkin tidak sampai di puncak tetapi berada melalui trek di Himalaya adalah sesuatu yang cukup membanggakan.


Berenang bersama ikan lumba-lumba di Florida

Jika suka kepada ikan lumba-lumba atau mahu sesuatu yang baru, berenang dengan ikan lumba-lumba adalah salah satu pengalaman dramatik.

Anda bukan saja berhubung bersama ikan lumba-lumba yang lincah itu tetapi melihat bagaimana kepintaran serta bakat sebenar hidupan laut itu. 


Terokai air terjun Iceland dan Glasier

Di Iceland, anda berpeluang melihat beberapa pemandangan luar biasa.

Anda pastinya teruja merasai percutian di pantai dengan meluangkan masa mengagumi glasier dan mandi di Blue Lagoon.

Iceland bukan saja rumah kepada beberapa glasier yang besar tetapi beberapa air terjun terbesar di Eropah termasuk Air Terjun Seljalandsfoss dan Skogafoss yang setinggi 60 meter. Ia amat popular dalam kala­ngan jurugambar.


Ekspedisi ke Kutub Utara

Jika mahu mencabar percutian musim panas yang biasa, anda boleh mencuba mengikuti ekspedisi Kutub ­Utara.

Ia mungkin tidak ramai melakukannya dalam hidup mereka dan pastinya boleh menjadi pengalaman menakjubkan.

Anda boleh tidur di bawah bintang di rumah salji igloo, merasai kehidupan sebenar igloo atau menaiki belon udara panas.

Paling menarik di Kutub Utara ialah melihat ­Aurora Borealis atau ­cahaya Utara. Ia adalah pengalaman sukar dilupakan dalam hidup.

*Bestnya kalau dapat join semua xtvt nie (in my dream)


Apr 17, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #84

Assalamualaikum Semua
Pernah tengok filem aksi berjudul Limitless lakonan Bradley Cooper sekitar tahun 2011? Kalau anda masih ingat, Limitless telah digarap menjadi sebuah filem terbaik ditambah pula dengan lakonan Bradley Cooper sebagai teraju utamanya.
Limitless mengisahkan tentang seorang penulis bernama Eddie Morra yang mengalami ketandusan idea atau dalam bahasa lainnya, writer’s block sebelum dia mengambil dadah sebagai penawar.
Bukan sekadar dadah biasa, dadah jenis NZT-48 itu adalah sebuah penemuan dimana pengguna akan menjadi lebih aktif dan bijak. Dalam kes Eddie, dia mampu menyiapkan sebuah buku dengan 90 muka surat dalam masa singkat selepas menggunakan dadah itu.
Eddie kemudiannya memerlukan lebih bekalan dadah agar dia kekal produktif tetapi malangnya pembuat dadah berkenaan mati dibunuh. Namun begitu, Eddie sempat mencuri saki-baki NZT yang dijumpainya dan meneruskan penggunaan seperti biasa.
Oleh kerana otaknya kini lebih pandai menaksir maklumat, Eddie telah menceburi bidang pelaburan dan berjaya meraih keuntungan hingga US$2 juta.
Namun konflik bermula apabila terdapat pihak yang ingin merampas bekalan dadah Eddie hingga menyebabkan dirinya dan teman wanita berada dalam keadaan bahaya.
Terbaru, sebuah filem berjudul Lucy yang dibintangi Scarlett Johansson dikatakan sebagai sambungan kepada Limitless namun di dalam versi wanita.
Tetapi hakikatnya, kru penggambaran dan penerbitan yang terbabit dalam pembikinan Lucy ternyata berbeza dengan Limitless meskipun ramai mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua filem berkenaan mempunyai jalan cerita yang hampir sama.
Diarahkan oleh Luc Beeson dan diedarkan oleh Europacorp bersama Universal Pictures, Lucy menjalani penggambaran di beberapa lokasi termasuk Taipei, Paris dan Kota New York bermula dari September 2013.
Masih menggunakan elemen penggunaan dadah, Lucy mengisahkan tentang seorang wanita yang hidup di Taiwan dikelilingi mafia, kaki pukul, penagih dadah dan penyelewengan kuasa oleh polis.
Dadah yang diimplan di dalam perutnya adalah punca Lucy berubah menjadi seorang manusia dengan kuasa luar biasa. Secara tiba-tiba Lucy mempunyai kebolehan menyerap maklumat dalam skala yang besar dan berupaya mengalihkan objek hanya menggunakan minda.
Namun berbeza dengan filem-filem superhero yang lain, Lucy menggunakan logik akal dan hukum sains dalam menggerakkan keseluruhan plot dan bukan sekadar menonjolkan imaginasi atau fantasi semata-mata.
Apa yang pasti, pemilihan Scarlett Johansson sebagai pelakon utama dilihat sangat tepat kerana aktres yang baru sahaja membintangi Captain America : The Winter Soldier ini berjaya membuatkan semua mata tertumpu kepada aksi yang dilakukannya walaupun cuma menerusi trailer sahaja.
*Macam best kan

Apr 16, 2014

Wordless Wednesday #113

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
Alhamdullilah bertambah lagi anak buah..
 Lahirnya pada 3 Apr 2014
 Name of baby is Arissa Zahra
 Selamat sudah sampai di kampung
Bulat kan mata dia
*Tahniah kepada my younger sister 
Selamat sudah.. mcm x percaya Je aok dah jadi ibu
selamat berpantang

Apr 15, 2014

Zizan Razak Lelaki Pertama Dibawa Pulang Ke Rumah

Assalamualaikum semua
Hari ni nak share dunia artis plak..
Jom kita baca..
Sejak kebelakangan ini, Zizan Razak dan Emma Maembong semakin terbuka berbicara soal cinta. Memang tak dapat dinafikan pada awalnya mereka agak keberatan untuk berkongsi namun gambar di laman sosial baru-baru ini seakan mengiyakan gosip yang bertebaran.
Emma Maembong Sebagai Duta Maixara petang semalam, pelakon cantik itu menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri dalam menyembunyikan kisah mereka.
Sebenarnya kami bukan nak sorok tapi masa tu saya baru lagi kenal Zizan. Memang kita dah berkawan lama tapi bukan rapat. Saya tak nak orang tengok di awal perkenalan nampak terlampau meriah tapi lama-kelamaan baru sedar tak serasi. Sekarang ni Alhamdulillah Emma dah selesa berkawan dengan dia dan kami dah kenal keluarga masing-masing. Barulah kami setuju untuk memberitahu public.
Dalam pada itu, Emma turut memberitahu Zizan merupakan lelaki pertama yang dibawa pulang ke rumah untuk berjumpa dengan bapanya.
Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu. Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis.
Ditanya mengenai respon sesetengah peminat yang tidak gemar melihat pasangan ini berkongsi gambar di Instagram hingga ada yang menuduh sengaja menunjuk-nunjuk, Emma menjelaskan dirinya hanyalah manusia biasa yang mahu berkongsi memori dengan kekasih hati.
Kalau di luar set, saya adalah manusia biasa. Saya sama macam perempuan lain yang nak kongsi gambar ketika keluar dengan boyfriend dan sebagainya. Saya rasa tu tak salah. Tapi saya mintak maaf kalau ada yang tak suka.
Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang berehat dari menjalani penggambaran drama kerana mahu memberikan perhatian kepada keluarga terutama bapanya. Antara drama terakhir yang dilakonkan oleh Emma ialah Projek Memikat Suami, Yes, Boss! dan Syurga Tanpa Cinta.
* sweet couple nie. Anum suka je.. ada yang x suka ke?

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Popular Posts