Campaigns

Mar 6, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #79

Assalamualaikum
Hari ini Anum nak share beberapa doa
Jom amalkan semua

1.       Doa Bersin
"Apabila seseorang bersin hendaklah dia berkata:
Terjemahan: 
"Segala puji bagi Allah."
Saudara atau temannya hendaklah menjawab:
Terjemahan: "Semoga Allah memberi rahmat kepadamu."
Apabila saudaranya berkata demikian, hendaklah dia menjawab:
 
Terjemahan: "Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki urusanmu."
{Hadith Riwayat Bukhari}

2.       Doa Elak Malas.
Terjemahan:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
{Hadis Riwayat Bukhari 7/158}

3.       Doa Ketika Sedih
Terjemahan:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
{Hadith Riwayat Ahmad}

4.       Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Terjemahan:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
Sahih Ibnu Hibban No.2427

5.       Doa kepada kedua ibu bapa.
 
Terjemahan:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

{Surah Al-Isra': Ayat 24}


Share:

43 comments:

  1. gud for sharing.... bagus kan.. tq anum...

    ReplyDelete
  2. tq atas ingatan anum.. !!

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Sama2 kita beringat and muhasabah diri kan

    jom join UMMIJOURNAL.BLOGSPOT GIVEAWAY

    http://ummijournal.blogspot.com/2014/03/giveaway-giveaway-giveawaypandora.html

    ReplyDelete
  4. Salam sis Anum...
    TQ sharing doa ni..InsyaAllah boleh diamalkan..:)

    ReplyDelete
  5. amin amin..thanks for sharing anum. have a nice day :)

    ReplyDelete
  6. Tq sharing..Insya'Allah..blh di amalkan nant...:)

    ReplyDelete
  7. Khairunnisa,Atiey,Sue & Nieyl: most welcome

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum anum, selamat pagi. nice sharing doa berguna ni. thanks anum~~~

    ReplyDelete
  9. tq sharing anum, in shaa allah akan diamalkan !

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  11. baca,lihat ke dlm diri..dan ikut.

    ReplyDelete
  12. nice sharing kak anum :) erm kak anum tau tak di mana ada jual baju mom to be yang ada kat blog saya? :)

    ReplyDelete
  13. KA,Sunah, Diana, Mrs,Knor, Shasha: most welcome semua, sama2 ya kita saling mengingati

    ReplyDelete
  14. dulu masa sekolah doa emak bapaktu hari2ler baca.. lani kalau ingat tu bacalah.. terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  15. terbaik :)

    fae dah bookmark entri ne.

    ReplyDelete
  16. bersama-sama kita amalkan.. ;)

    ReplyDelete
  17. bersama-sama kita amalkan.. ;)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum