Campaigns

Mar 21, 2014

Sabar dan Redha Ketika Menghadapi Musibah

Assalamualaikum.. Hari ini Anum just nak share
petikan dari Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

Apabila Allah uji kita dengan fitnah/ ujian kesusahan, bagaimanakah caranya kita mahu menghadapi ujian ini?

Pertama sekali ialah sabar. Sabar dalam bahasa Arab membawa maksud ‘kurung’ atau ‘penjara’. Yakni bermaksud mengurung emosi dan nafsu kita.
Sebagai contoh ada orang yang tertekan dan ingin terjun bangunan.Adaorang tidak mampu menahan tekanan rasa mahu menjerit.Adapula teori kaunseling mengatakan, menjerit dan meluahkan satu dari cara meredakan tekanan. Itu menurut teori psikologi moden.

Walhal Islam mengajarkan supaya wudhu, solat dua rokaat dan mengadu kepada Allah. Bukan menjerit.Adayang menjerit hu ha hu ha kerana tension. Adakah ini cara yang betul untuk menghilangkan tekanan?
Menurut Islam, tekanan ini diselesaikan dengan sabar. Itu sebab Allah menceritakan kelebihan-kelebihan orang yang sabar. Sebagai contoh,
“khabar gembira bagi orang yang sabar” (al-Baqarah, ayat 155).
Manakala cirri-ciri orang yang sabar ialah redha seperti dalam firman Allah,
“Yakni orang-orang yang apabila ditimpah musibah, mereka berkata inna lillahi ilaihi rojiun.” (al-Baqarah, ayat 156) 

Maksudnya dia redha dengan apa yang menimpa. Oleh sebab itu, kita harus redha dengan dugaan dan ujian yang Allah timpakan kepada kita.
Kita selalu lihat apa yang berlaku di luarsana, ada ramai orang yang diuji lebih teruk daripada kita. Jangan kita lihat hanya diri kita semata-mata.

Kemudian sejauh mana hubungan baik kita dengan Allah.
Itu yang harus kita jadikan sebagai motivasi dan muhasabah.Kita selalu meminta dari Allah, namun tidak pernah memberikan ketaatan. Kita tidak akan dibantu oleh Allah seandainya kita tidak membantu agama Allah. 

Seperti firman Allah,
“Sekiranya kamu tolong agama Allah, nescaya Allah tolong kamu” 
(Surah Muhammad, ayat 7)
Maksudnya bukan kita menolong Allah, sebaliknya menolong agama Allah. Caranya ialah dengan mentaati perintah Allah.Ini cara untuk melahirkan perasaan redha.

Orang yang faham sabar dan redha ini ialah orang yang memahami taqkir Allah. Hanya orang yang tidak beriman kepada qada dan qadar tidak mampu untuk bersabar dan tak mampu untuk redha.
Kuliah Umum – Fitnah 


Share:

39 comments:

  1. alhamdulillah...tazkirah yg murni

    ReplyDelete
  2. SInggah sini :)

    Jemput singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ikafantasi, Syawal, Knor & Muhammad: thanks sudi singgah blog anum

    ReplyDelete
  4. kesabaran tunggak keamanan...

    ReplyDelete
  5. mudah mudahan kita dikurniakan sifat sabar yang tinggi bila diuji

    ReplyDelete
  6. setiap musibah itu kifarah, insyaAllah, kalau kita redha

    ReplyDelete
  7. juga kuatkan semangat dalam menghadapi dugaanNYA..

    ReplyDelete
  8. singgah hari ni kat rumah die... sama sama kita ingat mengingati

    ReplyDelete
  9. semoga kita tergolong di dalam golongan orang orang yang redha

    ReplyDelete
  10. mudah2an,peringatan bersama

    have a beautiful day anum ;)

    ReplyDelete
  11. Memang betul kadang tak tahu bagaimana nak sabar, seeloknya, cepat tarik nafas baca auzubilahiminasyaitonirajim, tapi anum dah share innalila..pun bagus. Lepas tumpu pada hikmahnya. Lepas nafas, redha tu tak ungkit atau tertanya lagi, terima kan. InshaAllah masih kena train nak sabar dan keep calm ni :))

    ReplyDelete
  12. Selalunya lepas ujian dan dugaan, akan datang pelbagai rezeki dan kebahagiaan..asal kita redha kan Anum :)

    ReplyDelete
  13. tazkirah pagi sabtu utk sy, terima kasih anum :) manis senyuman.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum anum. nice sharing. in shaa Allah, kuatkan hati menghadapi dugaan dan redha sentiasa ~~~

    ReplyDelete
  15. nice sharing kak anum, memang sekarang byk masalah, tapi alhamdulillah saya xkeseorangan :)

    ReplyDelete
  16. Baby,Zalin,Nahmy,Mr,Sheila,Shasha & Ros: terima kasih semua sebab sudi singgah blog anum, anum share apa2 yang baik utk semua

    ReplyDelete
  17. Besar pahala kalau redho kan Num

    ReplyDelete
  18. Mekasih atas perkongsian anum. Sabar itu memang mudah. Tapi nak redha tu amatlah payah.

    ReplyDelete
  19. perkongsian menarik...sama2 kita bersabar ea :)

    oshin tag anum : http://gurlgemini.blogspot.com/2014/03/giveaway-abang-stalker-2014.html

    ReplyDelete
  20. Oshin: thanks kalau sempat anum join

    ReplyDelete
  21. sabar... bukan satu yang mudah... namun habuan bagi mereka yang sabar adalah hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum