Campaigns

Feb 27, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #78

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.Banyak Dugaan dan Ujian yang Allah.S.W.T berikan pada  Anum 
dalam membina dan mencari kebahagian dunia & akhirat
Cuma kadang2 rasa down sangat sebab Anum terfikir apa la salah Anum pada dia, dah la keja satu office, anum x rapat dengan dia just kenal2 macam tue je, x pernah nak amik tau hal dia, x pernah nak borak ngan dia (sebab kaki gosip), siapa la dia nak persoalkan ketentuan Allah.S.W.T pada Anum, Sebelum ini dah macam2 umpatan yang dia buat mengenai Anum, Anum masih bersabar tapi yang terbaru sampai menyebabkan maruah Anum & family Anum dah rasa cukup utk Anum berdiam lagi.... Kesabaran manusia pun ada tahapnya.. tangan Anum masa tu gigil2 tahan sabar & my family (abg2 Anum) call sampai nak turun kl sebab nak jumpa sangat si pengumpat tue, ye la dia ingat Anum hidup kat dunia ni sebatang kara ke?.... kalau ikutkan hati dan perasaan marah memang akan jadi perkara yang buruk kan tp alhamdullilah ramai2 kawan-kawan yang memberi nasihat kepada Anum...
Sesungguhnya Anum terima dengan penuh kesabaran dan hanya mampu berdoa padanya..Amin 
Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (HR Muslim). 
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (HR Abu Daud).Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Wallahu a'lam.

Share:

50 comments:

  1. nice entry...mengumpat dah jadi amalan kan skrg ni tanpa sedar berbakul-bakul catitan dikiri..hurmmm..

    ReplyDelete
  2. Orang mengumpat kita..kita dapat pahala....:)

    ReplyDelete
  3. mg Allah kuatkan lagi kesabaran anum dalam menempuhi hari mendatang... untuk kita semua juga... selagi boleh sabar... sabar lah anum... jangan dilayan sangat... kalau dilayan org sebegitu..risau kita pon jadi 2x5 macam dia... mg Allah bg hidayah untuknya berubah dan berbaik baik semula dgn anum...
    besar dosanya buat ketupat er mengumpat ni...

    ReplyDelete
  4. Atiey: kalau mengumpat biasa x pe la.. kalau libatkan aib dan maruah keluarga anum.. anum hilang terus sabar nie...

    ReplyDelete
  5. Izan: alhamdullilah banyak pengajaran yang anum dapat.. tapi buat masa skrg nak tgk muka dia pun x bleh..

    ReplyDelete
  6. takutnya..tapi tu la ..disekeliling kita tak lepas dari mengata2 ni..bukan nak kata kat orang..kat diri sendiri pon mulut terlepas jugak..takot..

    ReplyDelete
  7. itu la lumrah manusia di muka bumi Allah nie.. ada kala nya org memang suka mengata pada org lain..sbb dieorg rasa dieorang perfect..xde cacat cela nya... xpela anum... biarkan saje org cmtuh..pahala tu tetap anum dapat.. org cmtu sampai bler2 hidup x kan tenang sbb mulut nyer.. relax k..:) Allah sentiasa bersama dengan org yg Sabar..:)

    ReplyDelete
  8. Nieyl: amin, thanks kata2 yang mambuatkan anum bersemangat kembali

    ReplyDelete
  9. Anum....Umi QI pernah rasa anum dulu...tp jgn lawan ngan pihak lawan...biar kan saje...nanti sampai suatu masa dia akan rasa dia main sorang2...hahahha sabar ye anum

    ReplyDelete
  10. Rasanya kat mana2 pun sama, mesti ada yang kaki umpat dan yang kena umpat... kalau boleh elakkan, elakkan dr masuk dalam golongan orang yang suka mengumpat ni... Biarlah, Anum... kena kuat semangat dan sentiasa bersabar, tp terkesan jgk dalam hati kan... ^__^

    ReplyDelete
  11. bahayanya kaki umpat kkdg leh timbulkan fitnah lain

    ReplyDelete
  12. Nuyui: betul tue kerana mulut badan binasa kan

    ReplyDelete
  13. sabar dear. mudah-mudahan si pengumpat dan penabur fitnah itu dibukakan hati serta diberi petunjuk dariNya. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang. bertabahlah..

    ReplyDelete
  14. Sabar yeh Num..... ada himah tu selain dapat pahala

    ReplyDelete
  15. akak doakan agar anum tabah. ntah la manusia ni kekadang tu bukan sebab dia dengki kita ke hape.. tapi dah jadi hobi kot suka ngumpat orang...

    tabah la anum. ingat dah berbakul bakul pahala anum dapat di sebalik berbakul bakul dosa yang dia perolehi.

    ReplyDelete
  16. Sabar je la. Mulut tempayan boleh tutup, mulut manusia tak boleh tutup. Apa-apa pun Kak Anum tabahkan hati dengar umpatan orang tu :)

    ReplyDelete
  17. walau sakit hati macam mana sekalipun.. bersabarlah.. kuatkan semangat dalam menghadapi orang2 yang bermasalah macam tu.

    ReplyDelete
  18. Elak dulu dengan orang yang sampaikan cerita umpat tu. Sebab orang yang mengumpat tu di belakang kita, kita tak akan dengar. Semoga Anum dilindungi selalu.

    ReplyDelete
  19. Wantie,Anis,Aizamia3 & Baby: terima kasih semua

    ReplyDelete
  20. penyakit PHD & umpat keji ni tak tau lah sampai bila nk ending, buatlah nak berhasad dengki & buat cerita2 yg x betul, kena ingat balasan Allah tu , cuma cepat atau lambat je...sabar yer Anum

    ReplyDelete
  21. Doa semoga yang berkenaan cepat2 insaf.......;-)

    ReplyDelete
  22. be strong dear.. pk +ve... sbb bile kite diumpat, automatically pahala masuk dlm akaun kite :) yg c pengumpat plak dpt dosa..

    ReplyDelete
  23. Nurul doakan Anum tabah dan sabar menghadapi keadaan ini.. org yang suka mengumpat ni ada penyakit rendah diri yg kronik sebab tu menjatuhkan org untuk meninggikan dirinya sendiri.. Be strong gurl! :D

    ReplyDelete
  24. fikir positif, orang mengumpat kita, kita yang dapat pahala..mmg sakit hati bila tahu ada orang mengumpat kita, tapi cuba berfikir positif bahawa orang tersebut mmg curious ngn kita ! hehe

    ReplyDelete
  25. Kami hanya blh suruh anum bersabar byk2..mulut org x blh tutup anum..nnt bila depa dh penat,depa akan senyap lah tu,InsyaALLAH :)

    ReplyDelete
  26. org mengumpat, kite yg dapat pahala.. ;))))

    ReplyDelete
  27. firstime jejak blog kak anum :) jangan lah endahkan diorang tu , hater gonna hate, rasanya orang yang selalu cakap belakang nih, dia sebenarnya jeles dengan kehidupan kita yang menarik dari pandangan mata dia. hee. xpa kak , akak anum akan dapat pahala diatas apa yang dia umpat akak :)

    ReplyDelete
  28. isyh manusiani tak takut dengan balasan yang dijanjikan ... sabarler num... orang macamtu kalau di lawanpun tak guna.. biarkan Allah saja menurunkan balasan...

    ReplyDelete
  29. alahai... kesiannya anum... moga org tu sedar akan kesilapannya... anum byk2 bersabar yea...

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum anum, bersabar banyak ye. semoga bertambah pahala awak bila bersabar dengan karenah rakan tu ~~~

    ReplyDelete
  31. harap anum banyak2 bersabar...dan harap jugak si pengumpat akan insaf dan berhenti dari menyebarkan benda-benda tak baik

    ReplyDelete
  32. lumrah manusia kekadang mengata, mengumpat... huhu.. tapi kalau umpatan itu sehinggakan mengaibkan kita, ikutkan hati, nak jer bagi makan kaki.. ikut rasa nak pulak campak dia ke mulut raksasa. :p.. tapi nak buat macam mana kan ikut hati mati, ikut rasa badan binasa.. T_T so, kalau slama niyh tegur dalam hati jer, tegur face to face biar dia sedar siket diri dia tuh macam mana... kalau x brubah.. hanya mampu berdoa dan terus bersabar, smoga dia berubah... *sesungguhnya manusia sentiasa bersifat baharu.. ^_^

    ReplyDelete
  33. sabar lah anum..ade balasan untuk orang camtu

    ReplyDelete
  34. sabar ye sis. orng mcm tu sbenarnya iri hati dgn kita.
    saya pon alami benda yg sama tp xda la sampai babit family.
    tapi nangis la jugak sbb jenis saya jenis marah tpi menngis .hahaa.sensitip la snagat.
    last skli kan dia yg blah mcm tu.sbb rahsia dia terbongkar.talam 2 muka. dan takut dgn byg byg sndri..

    sabar ye sis sbb Allah ada dgn kita :D

    ReplyDelete
  35. Azhafizah & Qaseh: ye la sabar je la

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum