Campaigns

Jan 7, 2014

# Drama Melayu # Sharing

#PISA Kurang Menyengat, Ariana Rose Bakal Hit?


Sejak drama bersiri popular Love You Mr Arrogant yang pernah menjadi fenomena tak lama dahulu tamat siarannya, ramai yang tidak berpuas hati apabila sebuah lagi siri adaptasi novel, Playboy Itu Suami Aku(#PISA) menggantikan slot Akasia tersebut.
Daripada kebanyakan respon yang diberikan penonton, rata-ratanya tidak berpuas hati dengan pemilihan pelakon terutama sekali watak utamanya yang dikatakan kurang berbakat.
Malah sebaik sahaja PISA melabuhkan tirainya semalam, ramai pengikut drama tempatan di Twitter bersorak gembira. Walaupun respon tersebut agak mendukacitakan buat mereka yang menjayakan PISA, tapi itulah hakikat yang terpaksa mereka telan.
#PISA Kurang Menyengat, Ariana Rose Bakal Hit?
#PISA Kurang Menyengat, Ariana Rose Bakal Hit?
Bagaimanapun, sebuah drama bersiri baru berjudul Ariana Rose yang akan menggantikan PISA dikhabarkan mampu mencipta fenomena tersendiri.
Drama yang diangkat dari novel popular The Wedding Breaker ini menampilkan Nur Fathia dan Keith Foo sebagai watak utamanya di samping pelakon-pelakon berbakat yang lain seperti Nabila Huda, Tasha Shila, Hisyam Hamid dan Arja Lee.
Untuk pengetahuan anda, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ariana Rose (Nur Fathia) yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam Kamil (Keith Foo) di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita (Tasha Shila).
Tindakan Ariana yang mengaku sedang mengandungkan anak Tengku Adam menggamatkan suasana dan menyebabkan perkahwinan tersebut tidak diteruskan.
Apakah motif Ariana hingga sanggup mneghancurkan masjid yang bakal dibina oleh Tengku Adam? Dan persoalan terbesarnya, mampukah Ariana Rose membuatkan penonton tergesa-gesa pulang ke rumah dari pejabat untuk menonton drama ini?
Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan drama arahan Raja Alauddin Shah ini yang akan bersiaran pada 30 Disember 2013 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

44 comments:

  1. sy br nak start tgk ariana rose tu..xsempat nk tgk ptg2=(

    ReplyDelete
  2. mmg best! nasib dh habis cite lembap tu.mencik tgk!

    ReplyDelete
  3. tak berkesempatan nak tgk citer ni lagi. pemes dah keith foo skang. aku suker cara dia becakap... jantan abes...

    ReplyDelete
  4. ooo... cerita ni... tak tengok la... insyallah... kalau ada masa kelapangan pasti akan tengok....

    ReplyDelete
  5. cerita ni lebih menarik dari PISA

    ReplyDelete
  6. nureen semlm tgk crita rahsia pikat suami kot tajuk dia, best jugak

    ReplyDelete
  7. Rizziela, Syawal & Nureen: best kan

    ReplyDelete
  8. best gle..
    kul 7 dah tggu dpn tv..pastu nak smyg kena tggu iklan..sampai cmtu skali kan..
    hihi

    ReplyDelete
  9. sib baik tak nonton.kalau idak bengang gitu jugak kot. hahahaha

    ReplyDelete
  10. as salam....dapat info dunia muda-mudi bila singgah halaman Anum ni.

    ReplyDelete
  11. Redza,Atiey, Dalila,Wantie, & Nor: best kan suka tgk hero dia
    hahhaha

    ReplyDelete
  12. Suka jugk citer ni, Rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!

    ReplyDelete
  13. PISA memang tak best berbanding dgn novelnya. ungkin pelakon kurang mantop. Tapi AR ni memang dah terjebak. Hari2 dok tunggu citer ni. Best ☺☺

    ReplyDelete
  14. dua2 kurang menarik bg yui..haha

    p/s: anum yui ada emel psl GA. t tlg tgk ya. semua dah umum. tunggu esok pukul 12 utk setiap spnsor =)

    ReplyDelete
  15. PISA..paling bodoh...sori to say..pelakon mcm kayu...hero lemau selemau2nya...bertepuk tgn bila dah tamat..

    er..akak suka keith foo hehe..

    ReplyDelete
  16. akak mmg tak layan cite PISA tu.. tak berkenan.. Citer baru nih mcm beshhh jer hehehe

    ReplyDelete
  17. Kamsiah, Nurfaezah & mysha: best kan

    ReplyDelete
  18. kalau tengok pada pelakon2nya mesti citer nie best.. =D

    ReplyDelete
  19. Azhafizah, Mrs & Adriana: best ceta nie

    ReplyDelete
  20. Azhafizah, Mrs & Adriana: best ceta nie

    ReplyDelete
  21. kadang layan gak citer ni kalau sampai umah awal.

    ReplyDelete
  22. layan juga.
    pisa pon layan jugak. tapi gitew gitew je
    biasala bakat baru

    ReplyDelete
  23. Hidayah,Isabel, Qaseh & Hainom: best layan nie

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/