Campaigns

Jan 6, 2014

Apa Nasib Saya Selepas Mati Nanti?

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?
Itulah antara kenyataan Mizz Nina kepada sebuah akhbar tempatan . Umum tahu, pada penghujung bulan Oktober lepas kita telah dikejutkan dengan penampilan baru isteri kepada Noh (Hujan) ini.
Selepas pulang dari Mekah, Mizz Nina telah mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas mengakui sudah dua tahun mempertimbangkan untuk berhijab.
“Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.”
Nina dan Noh di sebuah anugerah sekitar November lepas
Nina menerusi laporan yang sama turut meminta agar tidak ada lagi pihak yang mempersoalkan tindakannya selepas ini.
“Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang Muslim.
?Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.”
Share:

46 comments:

  1. selamat pagi anum... comelkan mis nina da bertudung..

    ReplyDelete
  2. selamat pagi anum..
    alhamdulillah..
    memang terkejut masa mula2 dpt tau aritu..tp alhamdlh dia berubah bukan sebab paksaan..
    *touching plak baca statment dia*

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tak perlu pertimbangan untuk berhijab dan terang terang wajib menutup aurat kan.Apa pun bagus juga dia berfikir begitu dan berubah :)

    ReplyDelete
  4. Mia,Ayu, Dalila & Azhafizah: tue la kan comel kan dia

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..perubahan yg baik

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.... semuga hidayah ni nina tak biarkan berlalu.... tunggu cik anum pulak...hheee

    ReplyDelete
  7. Suka Mizz Nina ni..perubahannya mengejutkan..Alhamdulillah:)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum anum...alhamdullilah akhirnya berhijab juga dia...:)

    ReplyDelete
  9. berbahagialah mereka yg mendapat hidayah ALLAH...

    ReplyDelete
  10. ada follow mizznina kat IG..dia dah rajin join dan anjur program2 keagamaan skang ni..baguskan..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..cantik dia berhijab..:)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.. tgu anum plak. :)

    ReplyDelete
  13. Syukur..... cantik dia pakai tudung

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels