Assalamualaikum....
Seperti yang dijanjikan..ni dia sambungan entry untuk
hari ke-2 di Korea. Ada sebab Anum buat entry pendek (pendek x pendek la kan) di part 1, sebab takut
terlalu panjang kalau disekalikan. Kang ada yang jemu nak scroll ke bawah sebab
banyak sangat photo…hehehe. Selepas
selesai breakfast kami bergerak menuju ke tempat yang dituju oleh kami berdua adalah
Changdeokgung atau Changdeok Palace. Tau x apa tempat nie.. hehe meh Anum cerita skit ek.. Changdeokgung (Istana Changdeok) adalah kompleks istana
Dinasti Joseon di Seoul, Korea Selatan. Istana Changdeok adalah salah satu dari
Lima Istana Besar yang dibangun sebagai tempat tinggal keluarga kerajaan.
Istana Changdeok terletak di sebelah timur Gyeongbokgung sehingga sering
disebut dengan Donggung atau Istana Timur. Makna dari Changdeokgung (昌德宮) adalah Istana Kemakmuran
Changdeokgung pernah didiami banyak raja Dinasti Joseon
dan mewarisi elemen-elemen dari masa Tiga Kerajaan yang tidak dimasukkan dalam
pembangunan arsitektur Gyeongbokgung. Salah satu elemen tersebut adalah
menyatunya Istana Changdeok dengan topografi alam sehingga terlihat sangat
harmonis. ok dah tau kan skit2.. so jom layan gambar2 kami semasa di sana.. lupa nak bg tau malam semalam salji dah mula turun so pagi nie cuaca tersangat sejuk tap gigihkan diri utk menuju tempat yang di rancang...
Sampai sudah di istana, bergambar di pintu masuk istana
Sangat sejuk sebab baru lepas turun salji semalam,
menurut guard kami seoul jarang turun salji..
tp rezeki kami dapat merasa suasana salji
Tengok pada gambar macam x sejuk kan, serius memang sejuk tangan kaki semua kebas.
Pemandangan sekitar kawasan Istana, x berapa nampak sebab di penuhi dengan salji.. untuk makluman korang banyak drama2 korea yang shoot kat sini.
Syukur sangat dapat merasa sendiri pengang salji .. sangat2 seronok
Pemandangan sekitar Istana, untuk makluman semua kawasan
Istana nie sangat luas, kalau x di sebabkan winter comfirm Anum dah round
semua,
tp x tahan sejuk..
Nampak x apa anum baling.. bola salji,, hehe
Ini la guard kami untuk hari ini,
namanya adik Solehah berumur 21 tahun, amik course engineering nie.. untung kan
pelajar2 tajaan JPA nie.
Last picture dari Istana... so next kita sambung next week ya
Integrated Ticket of Palaces
Termasuk Empat Istana (Changdeokgung Palace (termasuk Huwon, Secret
Garden),Changgyeonggung Palace, Deoksugung Palace, Istana
Gyeongbokgung) dan Jongmyo Shrine. Tiket berharga 10,000 KRW, dlm RM30 dan boleh digunakan dalam tempoh
sebulan selepas pembelian.
Pelawat tidak boleh menerima apa-apa bayaran
balik selepas melawat sekurang-kurangnya satu tempat
