Aug 30, 2013

Juliana Evans Kena Culik?

Melihat tajuk di atas pasti ramai peminat terkejut dan tertanya-tanya betul ke berita tersebut kan?
Sabar dulu, harapnya peminat Juliana Evans tidak mudah melatah atau salah faham, ini hanya sekadar gimik sahaja.
Sebenarnya pada 21 Ogos lalu, pelakon filem Mael Lambong tersebut dilihat sedang berkongsi sekeping foto dilaman Instagramnya dengan caption berbunyi :
Reaksi Juliana sebagai mangsa culik
Menerusi foto yang dipaparkan itu, Juliana dilihat seolah-olah sedang menjadi mangsa culik seorang lelaki tua dan pada masa yang sama, lelaki tersebut turut mengacukan sebilah pisau dileher pelakon wanita tersebut.
Melihat sahaja reaksi comel dan nakal Juliana, ramai peminat memberi respon positif sehingga ada yang sanggup menawarkan diri untuk tolong menyelamatkannya jika perkara tersebut benar-benar berlaku.
Juliana
Untuk makluman, pada ketika ini Juliana sedang sibuk menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perfileman, video dan media di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat.
Bagaimanpun, untuk semua peminat Juliana Evans, jom layan beberapa foto menarik pelakon tersebut sewaktu mengikuti aktiviti perkemahan bersama teman-temannya di North Michigan baru-baru ini.

Aug 29, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #58

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Teman Pengganti, Black atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah, akhirnya mengesahkan bahawa dia dan pasangan, Cira Khairi atau nama sebenarnya, Naquira Yasira binti Mohd Khairi, 28, bakal bernikah pada 13 September ini, bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Menurut Black, dia memilih tanggal 13 September sebagai tarikh bersejarah dalam hidupnya kerana ingin mendapatkan keberkatan pada hari Jumaat dan dalam masa yang sama, penyanyi tersebut merasakan lebih afdal untuk majlis itu diadakan sebelum masuknya solat Asar pada hari berkenaan.
Sebenarnya saya pilih tarikh tersebut sebab ianya jatuh pada hari Jumaat dan bukannya disebabkan tarikh tersebut mempunyai sebarang makna apa-apa.
Majlis akad nikah juga akan diadakan sebelum solat Jumaat, sebab saya nak dapatkan keberkatan hari tersebut.
Black di samping ibu bapa tercinta, Muslamah Othman & Md Hanafiah
Mengulas lebih lanjut mengenai perkenalan yang terlalu singkat dengan tunangnya itu, penyanyi ini menyifatkan bahawa perkara tersebut bukanlah suatu penghalang untuk dia memikirkan soal jodoh, tambahan pula sebagai seorang lelaki, dia sememangnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sekarang ini saya dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, jadi debaran untuk melangkah ke alam rumah tangga itu tak terasa sangat.
Saya anggap ini adalah jodoh. Sebelum ini saya memang kenal dengan ramai orang, tapi semuanya tak menepati ciri-ciri yang saya inginkan.
Alhamdulillah, bila kenal dengan dia, saya dapat rasakan dia adalah wanita yang saya idamkan. Di mata saya, dia seorang yang tidak memilih dan masa mula-mula kenal pun dia tak tahu saya ini seorang penyanyi sebab masa itu dia baru sahaja menamatkan pelajarannya di Melbourne, Australia.
Memandangkan sebelum ini Black pernah ditipu oleh perancang perkahwinan, oleh itu penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menyerahkan segala hal berkaitan majlis perkahwinannya kepada syarikat rakaman yang dinaunginya iaitu The 8 Unit dan Monkey Bone. 
Untuk makluman, majlis pernikahan dan resepsi penyanyi ini akan berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada 13 & 14 September 2013, manakala majlis keramaian untuk para peminatnya pula akan diadakan di padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, pada 15 September 2013.

Aug 28, 2013

Hadiah Menanti Follower Yang Ke 500

Salam semua.. Anum ada good news! (^_^)
Anum tengah menanti follower yg ke 500!!!
Disini Anum ingin memberi reward pada 

Sesiapa yang menjadi follower yg ke 500.
Bukan apa, cuma untuk menghargai 
kalian semua dalam dunia blog ni.
Tapi hadiah tue tak seberapa sangatlah. Nak tak???
Kalau nak cepat2 la follow… (poyo tak..??haha)
Hadiahnya bukanlah sebuah kereta atau 
komputer tapi hanya untuk kenangan dari Anum.


Pada semua followers yg sedia ada, 
terima kasih banyak-banyak sebab sudi follow blog ni..
Anum sangat-sangat  hargai..

InsyaAllah Anum akan terus update blog ni yer..
 Good Luck

Wordless Wednesday #86

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 GPP luch
 After presentation
Last class for short sem
Happy always...

Aug 27, 2013

Ustaz Azhar Idrus kemalangan, selamat dan tidak cedera

 Penceramah PAS, Ustaz Azhar Idrus telah terbabit dalam kemalangan apabila Volkswagen Golf GTi miliknya bertembung dengan sebuah kereta di simpang lampu isyarat di Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku jam 7.45 pagi apabila beliau bersama dalam perjalanan ke Bukit Payung, Marang. Kedua-duanya selamat namun kereta yang dilanggar ustaz mengalami kecederaan di dada manakala anak saudara kepada pemandu kereta yang dilanggar bengkak di kepala dan luka di tangan.

 Teruk jugak keadaan kereta 
 dengar2 memang salah Ustaz..
 Rempuhan yang kuat
 Hancur kan
 Dugaan kan

Aug 26, 2013

Elfira Loy Dan Nabila Huda Berseronok Di Eropah

Kalau anda pengikut kedua-dua selebriti ini di laman Instagam, mesti anda terpikat dengan gambar-gambar menarik yang dikongsikan oleh mereka sepanjang berada di Eropah.
Bagi yang tidak tahu, Elfira dan Nabila turut bersama pelakon-pelakon lain seperti Betty Rahmad, Bella Daly, Baim Wong, Amar Baharin dan Nazim Othman untuk menjalani penggambaran yang dipercayai di bawah produksi Erma Fatima.
 01
 
 02
 03
 04
 05
 06

Aug 23, 2013

Open House 2013

ASSALAMUALAIKUM TUAN/ PUAN,
SAYA DAN KELUARGA INGIN MENJEMPUT TUAN/ PUAN SEKELUARGA KE RUMAH TERBUKA KAMI SEPERTI DI BAWAH:

TARIKH:    24 OGOS 2013
HARI:     SABTU
MASA:     2PM-8PM
ALAMAT:   NO.6, JALAN 4/38G
      TAMAN SRI SINAR
      51200 SEGAMBUT
      KUALA LUMPUR

RUMAH BERDEKATAN DENGAN KFC, BALAI POLIS SRI SINAR,
KOMUTER SEGAMBUT, MASJID WILAYAH, KEPONG BARU
(KALAU SESAT TUE CALL JE LA EK)

NO YG PERLU DIHUBUNGI: 012-6574448 (ANUM), 019-3910702 (ZAI) & 017-9656293 (YUSRI)

DIJEMPUT SEMUA BAGI MEMERIAHKAN OPEN HOUSE KAMI
TERIMA KASIH

Amar Asyraf Berbulan Madu Selepas Raya

 Umum tahu mengenai pernikahan pelakon Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf yang telah berlangsung pada 7 Jun yang lalu. Namun sehingga kini pasangan pengantin baru ini masih belum berpeluang menikmati bulan madu mereka.
Amar yang ditemui sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 baru-baru ini mengakui yang kesibukan adalah punca mereka menangguhkan niat untuk bercuti.
Bagaimanapun, Amar telah merancang untuk membawa isterinya itu ke Selatan Thai sebaik sahaja selesai majlis resepsi sebelah lelaki pada 17 Ogos 2013.
InsyaAllah selepas selesai majlis resepsi nanti, kami akan pergi berbulan madu. Kami berdua suka pulau. Jadi kami rancang nak berbulan madu di Krabi atau Koh Samui.
Selain sibuk menguruskan majlis resepsi yang diadakan seminggu selepas sambutan Hari Raya nanti, Amar turut menyatakan akan membawa isterinya pulang beraya ke rumah mertuanya di Bidor, Perak.
Dalam perkembangan lain, Amar bakal muncul dalam telemovie khas raya menerusi Setia Hujung Nyawa Raya di samping Nelydia Senrose. Pastinya ramai peminat tidak sabar menantikan gandingan comel antara kedua-dua pelakon ini dalam drama fenomena ini.
 

Aug 22, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #57

Assalamualaikum semua.. sebelum memulakan bicara Anum ingin mengucapkan
Salam takziah kepada keluarga mangsa nahas bas di Genting Highlands. 
Al Fatihah kepada mangsa yg beragama Islam.

 Sempena kehadiran Hari Raya Aidilfitri, program bual bicara, Nona bakal menampilkan segmen-segmen menarik, antaranya adalah ketahui kisah kecantikan wanita Kelantan menerusi segmen Realiti, serta ikuti pengalaman menarik dan kisah bahagia pasangan suami isteri pertama Malaysia-Palestin menerusi segmenInspirasi.
Secara umumnya, untuk segmen Realiti, pihak Nona bakal merungkai kisah kecantikan dua buah keluarga di Kelantan, iaitu keluarga usahawan wanita terkenal, Hajah Bibi Ramjani Ilias Khan serta keluarga pengacara Nona sendiri iaitu Noor Neelofa.
Neelofa kongsi rahsia kecantikan keluarga
Menerusi segmen Inspirasi pula, Nona bakal mengetengahkan isu menarik tentang sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Shahrina Ahmad Sharkawi, 42 serta suaminya, Hasan Rezq Al Zahar, 27.
Pasangan ini difahamkan telah bertemu jodoh pada bulan Mac lalu di bumi Gaza dan kini mereka telah kembali meneruskan kehidupan di Malaysia.
Sepanjang berada di Malaysia, mereka gemar melakukan pelbagai aktiviti amal dan rutin harian mereka adalah memasak masakan tradisi Palestin yang dipanggil sebagai Maglubah, untuk diagihkan kepada rumah anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan.
Selain itu, program Nona Raya kali ini turut mengupas fesyen rekaan batik eksklusif yang dikenali sebagaiBatik Nadia. Secara umumnya, rekaan batik ini merupakan pilihan orang-orang kenamaan termasuk isteri Perdana Menteri serta kaum kerabat diraja.
Untuk ketahui lebih lanjut kupasan-kupasan menarik sempena edisi khas Aidilfitri ini, jangan lupa untuk menonton program eksklusif Nona Raya pada 18 Ogos depan, tepat jam 2.00 petang, hanya di TV3.
Nota: Anum pun x sempat nak tengok....:(

Aug 21, 2013

Wordless Wednesday #85

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 Persiapan Malam raya
 Menu Raya Pertama
 Masih mengamalkan tradisi berarak dari umah ke rumah
 Di pagi raya..
 My family brother
 Berkunjung ke rumah saudara mara
 Raya kedua
 Raya ketiga
 Raya keempat
 Posing kereta baru.. hahaha
 setiap kali raya.. kampung anum adakan sukan utk mengeratkan hubungan..
Last day sebelum balik KL

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Lazada

Popular Posts

STATISTICS