Feb 28, 2013

Feb 27, 2013

Wordless Wednesday #63

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
01
02 
03
04
05 
 06
07
 08
09
10
11
12
Enjoy 


Feb 26, 2013

Venice dilanda banjir ais pula

Assalamualaikum semua
Hari ini Anum nak share gambar2 di venice
yang di landa banjir
jom kita saksikan
 01
 02
 03
 04
 05
Pada bulan November tahun 2012, Venice dilanda banjir sedalam 5 meter
Bandar itu sekali lagi dilanda banjir pada 5 hari lepas, 
namun untuk kali ini agak berbeza, ia adalah banjir ais

Gambar dah lama baru nak share..hehe

Feb 25, 2013

S A H A B A T

Assalamualaikum....
….S.A.H.A.B.A.T....

Bukan "1"
…tapi berjuta...

Bukan untuk diguna
…tapi untuk dijaga...

Bukan untuk dimusuhi
…tapi untuk disayangi...

Bukan untuk sementara
…tapi untuk selamanya...

Bukan untuk dilupakan
…tapi untuk diingati...

Bukan untuk ditingalkan
…tapi untuk dirindui...

Bukan hanya disini
…tapi dimana-mana...

Bukan setakat ini
…tapi hingga ke hujung nyawa...
Bacalah...  

1)    kawan tu bkn mcm main FUTSAL. 
      Mula-mula kejar.. dah dapat sepak.. 

2)    kawan tu bkn mcm main SKATE. 
      Mula-mula gosok..lepas tu pijak... 

3)    kawan tu bkn mcm main RAGBI. 
      Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.. 

4)    kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. 
      dah pakai, buang.. 

5)    kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. 
      Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai. 

6)    kawan tu bkn mcm PELANGI.

Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul.. 

7)    kawan tu bkn mcm KERETA. 
      Rosak skit,jual.. ambik kereta baru.. 

8)    kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. 
      kejap ade kejap takde.. 

9)    kawan tu bkn mcm BANK. 
      Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. 

10)  lagi.....kawan tu mcm ape ye???? 
     Haa.. kawan tu mcm AWAK LA. . 
     bila saya hantar msg, 
      awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis. 

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. 
bagi saya, kawan tu penting. 

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, 
sedih, berduka dan sebagainya. 

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat 
diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. 

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa
 menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)    



Feb 22, 2013

SERAM GILER BEB..

Assalamualaikum semua
Hari ini Anum nak share ceta ...
Jom bacaaaaaaaaa

sebab sebab penjara pudu ditutup.....
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil 'Bilik
Terakhir'. Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan 'BILIK
TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan 'Bilik Terakhir'
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^^
^
^
^
^
^
^
^
^^
^
'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha
Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... '


udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....


Tahniah kerana minat membaca.



Feb 21, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #38



Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Pasti ada salah dan silap di mana-mana dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dan belajar menjadi yang terbaik buat pasangan. Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda.

1. Realistik terhadap pasangan

Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya. Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis. Cintai pasangan seadanya kerana dirinya. Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh sesiapapun di dunia ini.

2. Terbuka tentang perasaan

Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian. Namun, berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka.

Oleh itu bagi isteri cubalah pelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan pasangan mereka. Bagi suami pula, belajarlah untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung ataupun bahagia. Petanda awal sebuah perpisahan adalah apabila pasangan itu berhenti berkomunikasi dari hati ke hati.

3. Gemar melakukan sesuatu yang menarik bersama

Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama-sama. Sebagai contoh melakukan olahraga kegemaran bersama pasangan ataupun melakukan suatu hobi yang anda berdua sama-sama senang. Nikmati waktu ketika bersama pasangan.

Anda boleh juga sekadar menonton VCD di rumah atau mungkin jalan berpegangan tangan di kompleks membeli-belah seperti masih waktu bercinta. Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak waktu dengan teman daripada pasangan sendiri. Itu tanda yang kurang baik dalam perhubungan.

4. Tidak terlalu perfeksionis

Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ia tidak seperti yang anda inginkan. Contohnya bila suami membantu melakukan kerja rumah, walaupun caranya menyidai kain, menyapu lantai atau memasak tidak sempurna, tetapi tetaplah berterima kasih. Dalam perhubungan ada beberapa perkara yang mana kita harus mampu memberi dan juga menerima.

5. Tunjukkan cinta

Bagi suami, cubalah membawa pulang kuih kesukaan isteri anda. Boleh jadi coklat atau apa pun yang dia sukai. Bagi isteri pula, manjakan pasangan suami anda dengan memasakkan makanan kegemarannya atau membelikan sesuatu yang diinginkannya tetapi belum sempat dibeli.

Jadikan perkara sebegini bahasa cinta anda. Ada lima bahasa cinta yang mana salah satunya boleh jadi selalu dilakukan oleh anda atau pasangan iaitu sentuhan fizikal, kata-kata semangat, waktu berkualiti, layanan dan hadiah. Tunjukkan rasa perihatin terhadap orang yang anda cintai dan sayangi, ini akan memberikan kesan yang sangat membahagiakan.

6. Saling menghormati

Jangan mempersendakan tentang rambut atau kulit pasangan di depan orang lain atau anak-anak. Meskipun maksudnya hanya untuk bergurau, tetapi fikiran di bawah sedarnya mungkin menangkap maksud yang berbeza. Boleh jadi perkara ini akan menggugat keyakinan dirinya. Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan peka terhadap perasaan pasangan.

7. Kuburkan masa lalu

Meskipun masa silam pasangan atau diri anda sendiri cukup sukar, namun cubalah sedaya upaya tidak mengungkitnya apatah lagi jika ia sesuatu yang negatif. Tiada seorang pun yang mahu diingatkan tentang sesuatu yang membuatkan diri merasa malu. Apa yang telah terjadi, biarkan saja ia berlalu.

8. Hilangkan rasa cemburu

Setiap perhubungan pasti tidak dapat lari daripada perasaan cemburu, namun jangan sesekali membiarkan perasaan cemburu itu melarat dan memudaratkan perhubungan. Rasa cemburu seperti ini ibarat racun yang secara perlahan menyebarkan ke seluruh sendi-sendi perhubungan anda. Percayalah kepada pasangan anda. Mencintai adalah tentang memiliki rasa percaya dan yakin kepada pasangan.

9. Jaga komitmen

Jangan membuat janji yang dirasakan tidak mampu untuk dipenuhi. Sekiranya tidak dapat dicapai, maka ini akan mengurangkan rasa hormat oleh pasangan. Selain itu, jagalah kepercayaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah petua perhubungan yang sihat. Jika pasangan mula merasakan bahawa ia tidak penting, maka bersiap sedialah untuk kehilangan hatinya.

10. Jujur

Jujur bukan sahaja dari aspek tingkah laku tetapi yang lebih penting kejujuran untuk mengungkapkan perasaan terdalam kita. Jika anda berasa marah, katakan bahawa anda sedang marah.

Jika anda berasa terluka, terus-terang. Luahkan dengan rasa tenang tanpa perlu menengking atau menjerit-jerit hingga melukakan hati pasangan. Jika anda tidak mampu berlaku jujur pada pasangan anda, pada siapa lagi anda harus jujur?

Fikir-fikirkan…




Feb 20, 2013

Wordless Wednesday #62

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 01
 02
 03
 04
 05
Layaaaaaaaaaaan

Feb 19, 2013

Pierre Andre dan Nurhidayah

Assalamualaikum semua...
Pierre Andre telah pun selamat melangsungkan pertunangannya 
dengan seorang gadis yang berasal dari Johor. 
Gadis yang berjaya mencuri hati Pierre ini bernama Nurhidayah.

 Cute
 Cepat-cepatlah naik pelamin. Tak sabar kami nak melihatnya.
 Khatijah Tan tentulah manusia yang paling gembira dengan berita ini 
kerana anaknya bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. 
Tersenyum lebar Khatijah Tan bergambar di sebelah bakal menantunya.
Kepada Pierre Andre dan Nurhidayah, tahniah diucapkan.

Feb 18, 2013

Sophea Natasha Anak Kedua Sheikh Muszaphar

Assalamualaikum semua
Apa khabar semua?
ok pagi nie nak ajak kawan-kawan layan gambar Natasha..
 Cantik sungguh nama anak perempuan kedua Sheikh Muszaphar dan Dr Halina ini. 
Sophea Natasha. Kalau dimurahkan rezeki dapat baby girl nanti, 
 Happy sungguh Abang Nara melihat keluarga bahagia Sheikh Muszaphar. 
Semoga akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga. 
Dr Halina pun makin cantik berseri semenjak bertudung. 
Untuk anda yang tidak tahu, Sophea Natasha telah dilahirkan 
pada 19 Januari 2013 kira-kira jam 7.53 malam di HUKM.
 comel kan
 pasangan yang sangat hebat
lena di buai mimpi :)

Feb 15, 2013

Seni jalanan oleh OakOak

Assalamualaikum semua
Sehat ? Ada yang masih bercuti kan
Comfirm best baru pas cuti panjang
hehehe Ok hari ini Anum nak ajak layan
Gambar2 yang sangat kreatif...
Jom kita layaaaaaaaaaaan
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
kreatif sangat2 Anum suka sangat idea mereka


p/s: Ni entry auto publish yek kawan2..sebab time ni 
Anum tengah Bercuti !!

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts