Campaigns

Jan 31, 2013

Jan 30, 2013

Wordless Wednesday #59

8:54 AM 59 Comments
Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description  
 01
 02
 03
 04
 05
 06 
 07
 08
 09
 10
 11
 12 
Holiday...

Jan 28, 2013

Gambar-Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin

8:00 AM 36 Comments
Assalamualaikum semua

Smart gila!!! Itulah yang terkeluar daripada bibir Anum apabila menatap 
gambar-gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin 
yang telah diambil oleh CandidSyndrome. 
Memang semuanya awesome-awesome belaka.
Jom kita layaaaaaaaaaaaaan

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
Kepada Liyana Jasmay dan Fathuddin, semoga persiapan untuk hari 
bahagia anda berjalan dengan lancar. 9 lagi gambar pra perkahwinan 
mereka berdua dengan membaca entri ini sepenuhnya.

p/s: Ni entry auto publish yek kawan2..sebab time ni 
Anum tengah Bercuti !!

Jan 25, 2013

XPDC Gua Batu Maloi

8:00 AM 48 Comments
Assalamualaikum semua
Hari ini ramai yang cuti
Anum tak cuti pun sebab x de plan
nak pg mane-mane.. Hari ini suasana office
sunyi... Ok la Anum nak ajak kawan-kawan
layan gambar Anum join XPDC Gua Batu Maloi
Jom kita layaaaaaaaaaaan
JIKA dilihat dari sudut geografinya, Gua Batu Maloi terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Kami diminta memasukkan barang berharga ke dalam beg kalis air kerana hampir 80 peratus laluan adalah kawasan berair.Sumber air itu adalah dari Gunung Datok yang mengalir turun melalui rekahan batu dan dinding gua.Untuk melepasi segala bentuk halangan dan cabaran yang tersedia menanti di dalam gua ini, kami perlu merangkak, mengiring, memanjat serta menuruni batu-batu sungai yang licin. Ada ketikanya kami terpaksa menyelam sambil berjalan selama beberapa saat di dalam air!Terdapat 24 check point (CP) di sepanjang laluan yang mengambil masa perjalanan dua hingga tiga jam, bergantung kepada keadaan dan keupayaan peserta.Selain itu, terdapat sembilan jenis laluan sepanjang 980 meter di dalam gua ini, bermula dari peringkat santai sehingga ke peringkat paling ekstrem.
Laluan yang agak mencabar bermula dari CP1 hingga CP12. Selesai taklimat dan bacaan doa, kumpulan kami seramai 28 orang memulakan perjalanan dari CP1. Oleh kerana kebanyakan daripada kami sudah lali dengan aktiviti lasak, maka kami dibawa merentasi gua ini mengikut Laluan 7 yang agak ekstrem.Pada mulanya, perjalanan agak mudah. Kami merangkak di bawah bongkah-bongkah batu di kawasan yang sedikit berair menuju ke CP2. Cabaran penerokaan ekstrem bermula di sini apabila kami mula menggunakan tali dan meniti lereng batu licin yang terdapat aliran air agak dalam di bawahnya. Nah!, setibanya di CP3, kami berada di dalam air yang kedalamannya pada paras pinggang orang dewasa. Aksi melepasi halangan batuan yang sempit bermula. Ada ketikanya, kami menggunakan tali keselamatan untuk menuruni beberapa bongkah batu yang agak tinggi. 

Lampu suluh (headlamp) mula dipasang apabila cahaya matahari yang masuk dari beberapa lubang di sudut bumbung gua mulai lenyap.Pelbagai ragam dan kerenah peserta mula kelihatan. Suasana di dalam gua yang pada mulanya suram mula bertukar menjadi riuh-rendah dek keseronokan meredah laluan sempit sambil mengharungi kesejukan air.Di pertengahan laluan antara CP 4 dan CP5, bertemankan cahaya lampu suluh, kami perlu menyelam dan berjalan di dalam air bagi melepasi halangan. Selang beberapa minit kemudian, kami keluar dari kawasan berair menuju ke kawasan yang dihuni oleh beberapa haiwan seperti katak. Terdapat juga beberapa koloni kelawar yang tinggal dan bersarang di bumbung gua ini. Perjalanan kami diteruskan ke CP6. Terdapat sebuah bongkah batu yang menyerupai bentuk sebuah perahu. Batu ini dikenali sebagai Batu Kapal. Selang beberapa minit perjalanan, kami tiba di kawasan yang agak lapang sedikit. Di sini terdapat akar-akar pokok yang menembusi dinding gua dan ada juga yang terpacak di lantai gua
Kami dimaklumkan oleh penunjuk arah bahawa akar-akar itu adalah akar pokok meranti dan cengal. Beliau menyatakan kedudukan kami adalah kira-kira 152 meter di bawah tanah. Berhampiran kawasan CP7, terdapat sebuah lagi bongkah batu membentuk ukiran patung Buddha yang kebiasaannya dapat dilihat di dalam kuil. Batu tersebut dipanggil Batu Buddha. Kami meneruskan perjalanan sehingga kelihatan aliran air yang agak deras keluar dari celah batu yang agak tinggi dan curam, menghasilkan panorama 'air terjun bawah tanah'. 
 layaaaaaaaaaaaaaaan
 Best sangat-sangat
 berehat sebentar
 hehehehe
 Di sini, bermulalah satu lagi cabaran mengharung dan melawan arus air untuk naik ke permukaan batu yang agak licin. Kerjasama dan semangat bantu membantu dapat dilihat antara setiap peserta bagi melepasi halangan ini.Setelah mengharungi pelbagai cabaran ekstrem sepanjang laluan dari CP1 hingga CP12, kami dibawa keluar ke permukaan gua untuk berehat dan menikmati udara segar sambil menjamah juadah tengah hari yang dibawa di dalam beg kalis air.Setelah setengah jam berehat, kami meneruskan penerokaan ke CP 13 hingga CP 24 dengan mendaki dan menuruni sebuah batu sungai sebelum sekali lagi memasuki gua. Laluan kali ini agak mudah berbanding dengan laluan dari CP1 hingga CP12.
Gua Batu Maloi 
 Kawasan Tempat Perkhemahan
 Besarnya....
 Kebanyakan laluan di sini paling hampir dengan permukaan bumi dengan laluan merangkak dan sesekali terpaksa melepasi celahan batuan yang agak besar dan licin.Deruan air yang menyusup masuk dari dinding sebuah bongkah batu yang membentuk seperti aliran air terjun bawah tanah ini sungguh menyegarkan dan mengasyikkan.Kami akhirnya selamat keluar dari Gua Batu Maloi yang berakhir di CP 24. Di situ, terdapat tulisan di atas sebuah bongkah batu iaitu "Tahniah...anda telah berjaya".
 Yes Berjaya
Kami dah sampai.. kawan-kawan bila lagi ???

Jan 23, 2013

Wordless Wednesday #58

8:00 AM 64 Comments
Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
Sangat Best :)



Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/