Campaigns

Dec 12, 2013

# SPONTANEOUS

SPONTANEOUS THURSDAY #73

Kebiasaannya setiap kali hujung tahun tiba, ibu bapa berlumba-lumba 
mendaftarkan anak mereka mengikuti aktiviti perkhemahan, seminar dan sebagainya.
Al-maklumlah, cuti sekolah yang panjang tidak semestinya memberi lesen
kepada kanak-kanak untuk berhibur, apatah lagi jika
mereka dibesarkan oleh ibu bapa yang bekerja.
Aktiviti sedemikian dipercayai mampu membuatkan ibu bapa
menarik nafas lega kerana selain kebajikan seperti makan,
minum dan keselamatan terjaga, anak-anak juga mendapat pendidikan tambahan.
Bagaimanapun, tidakkah pembaca di luar sana yang bergelar
ibu dan ayah terdetik untuk menghabiskan masa berharga
dengan anak-anak anda di musim cuti persekolahan ini?
Bila ditanya soalan begitu, ramai mengatakan percutian pada
musim-musim begini amat meletihkan kerana destinasi percutian
yang popular di kalangan kanak-kanak seperti zoo,
taman tema air, dan pulau dibanjiri dengan
pelancong di samping isu tempahan bilik hotel yang terhad.
Namun bak kata pepatah, nak seribu daya,
 tak nak seribu dalih, betul tak? Dengan kemunculan beberapa 
kemudahan yang telah diperbaharui oleh 
Club Med Cherating Beach Resorts, ibu bapa pastinya 
tiada sebab untuk memberi alasan kepada anak-anak mereka lagi. 
Tidak hanya menyediakan ruang keseronokan untuk pengunjung dewasa, 
Club Med juga telah menambah-baik hospitaliti mereka dengan 
mewujudkan aktiviti khusus untuk kanak-kanak.
Menerusi inovasi terbaru ini, Club Med menawarkan perkhidmatan
Baby Club with Splash Park untuk menjaga bayi berumur
dari 4-23 bulan sementara ibu bapa menikmati aktiviti percutian
mereka di dalam resort yang sama dengan penuh ketenangan.
Selain daripada itu, si kecil dan anak remaja juga berpeluang
mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan oleh Mini Club (4-11 tahun)
dan Pass World (11-17 tahun) untuk mengenali hidupan
liar dengan lebih dekat menerusi Jungle Walk,
Turtle Sanctuary, Clean Art Planet dan sebagainya.
Meskipun Club Med dikenali dengan destinasi percutian
 ala barat, namun ia masih mengekalkan konsep ketimuran 
dengan membuka sebuah restoran baru diberi nama 
Noodle Bar di cawangan resort Cherating untuk memenuhi 
kehendak pengunjung tempatan.
Bagi pengunjung berjiwa lasak, Club Med Cherating yang turut digelar
Eco-Nature Resorts juga menawarkan beberapa
aktiviti seperti Jungle Walks, Treetop Challenge, Rock Climbing, Archery dan banyak lagi.
Pakej percutian lengkap yang merangkumi penginapan, makan,
pengangkutan pergi dan balik, aktiviti menarik dan persembahan hiburan
di malam hari ini semestinya tidak akan mengecewakan anda.
Manakala bagi ibu bapa yang menginginkan suasana lebih rileks, 
anda boleh mengunjungi salah satu tempat rehat baru 
di Club Med dikenali sebagai Zen Space.
Untuk pengetahuan anda, Zen Space yang terletak di sebelah
lain resort berkenaan hanya boleh dimasuki oleh
orang dewasa sahaja bertujuan untuk mewujudkan
aura damai di kalangan pengunjung.
Dilengkapkan dengan mini bar berhampiran kolam mandi yang
 menghadap Laut China Selatan, pengunjung boleh
menikmati minuman mereka sambil berjemur dan menikmati kehindahan semulajadi.
Club Med memberi keistimewaan kanak-kanak untuk menginap secara percuma!
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resort ini atau
pakej percutian yang ditawarkan, anda boleh
melayari laman web rasmi Club Med.

44 comments:

  1. Morning. Mcm menarik je ni.
    Jom pi usha usha jap.hihi
    thanks share :)

    ReplyDelete
  2. menarik tp klau anak2 kecik lagi susah jgk nak wat xtvt yg agak lasak kan :)

    ReplyDelete
  3. morning anum...:)wah cam best jer nih...

    ReplyDelete
  4. Syawal, Nureen & Intan: best kan cuba la

    ReplyDelete
  5. eco-nature resort seems best! sy suka join aktiviti lasak :D

    ReplyDelete
  6. wah! mcm menarik je aktiviti anak2 ni anum..:)

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi :)
    memang best aktiviti macam ni. time sekolah dulu minatla jugak.. sekarang ni tak pasti pulak.. eh,macam mana tu.. hihi

    ReplyDelete
  8. wahh..
    mcm best je..
    ada gk tmpt khas utk anak2 ye
    tp rasanya sini rate dia sdikit mahal kan..

    ReplyDelete
  9. Mrs.Eady, Nuyui & Zura: terjah2 macam best kan

    ReplyDelete
  10. ala..kalau summer cam pun bukannya sampau sebulan. cuma seminggu je. the rest masihbolehhabiskan masa ngan anak anak kan.

    ReplyDelete
  11. singgah jgk kejap cuti2 ni ! ssh nk komen dgn tab ni

    ReplyDelete
  12. oo..best jgk..penah spi kt cni tp xleh nak masuk kt club med ni..ade security jaga..tp pantai die memang cantik..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum anum...menarik juga ni...:)

    ReplyDelete
  14. bestnya kalo dapat bercuti kat sini..

    ReplyDelete
  15. Selalu lalu aje kat depan hotel club med Cherating tu..bagus gak ada info ni...baru tahu ada macam2 aktiviti :)

    ReplyDelete
  16. Banyaknyer aktiviti boleh buat dekat sini. Nak pegi sangat! Maklumlah, saya sangat suke buat aktiviti2 macam ni dan travelling ^_^

    ReplyDelete
  17. wahhh..menarik rupanya bercuti kt Club Med ni :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/