Campaigns

Nov 18, 2013

# Artis # Fizo Omar

Simbolik Jongkong Emas Kepada Fizo Omar


Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Fizo Omar dan isterinya, Mawar telah memberi sentuhan kelainan dalam majlis pernikahan mereka yang berlangsung.
Selain masing-masing menerima sebuah motosikal, Fizo turut menghadiahkan jongkong emas seberat 1.011 kilogram yang berukir ‘Fizo Love Mawar’ kepada isterinya itu.
Bagi yang tidak tahu, Fizo telah menyimpan niat untuk memberi jongkong emas tersebut kepada bakal isterinya sejak tiga tahun lalu.
Sebenarnya apa yang saya berikan kepada Mawar tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan perjalanan yang saya tempuh untuk mendapatkannya (jongkong emas).
Ianya adalah simbolik hasil penat lelah saya dalam mengumpul duit termasuklah pernah ditipu sebelum ini. Saya memang berniat untuk memberi emas kepada bakal isteri walaupun pada masa itu saya masih belum tahu dengan siapa saya akan berkahwin.
Berat jongkong emas tersebut yang simbolik dengan tarikh pernikahan mereka (10 November 2013) merupakan tanda penghargaan Fizo kepada Mawar yang sudi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri kepadanya.
Sementara itu, Mawar yang kelihatan cukup cantik di hari bahagianya mengakui telah bersedia untuk menghadapi dunia penuh populariti Fizo.
Saya sedar Fizo dikenali ramai dan saya sudah bersedia sekiranya terkena tempias kontroversi atau publisiti mengenainya selepas ini. Dalam masa enam bulan kami berkenalan, sudah cukup buat saya mempercayai Fizo lebih daripada apa yang diperkatakan oleh orang luar. Malah saya lebih suka bertanya kepadanya sendiri jika terjadi sesuatu
Dalam masa yang sama, pasangan pengantin baru ini tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat kerana Fizo gemarkan kanak-kanak sejak dari dulu lagi.
Untuk makluman anda, Fizo dan Mawar akan terbang ke negara-negara Eropah dalam masa terdekat ini selama tiga minggu untuk berbulan madu.

42 comments:

  1. jokong emas tu...saya dulu beri dinar kelantan kepada isteri sebagai wang hantaran

    ReplyDelete
  2. bestla kan dapat jongkong emas tu..bertuah badan..best la dorang ber honeymoon lama tu..happy for them :)

    ReplyDelete
  3. semoga berbahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  4. Amboiii smp 3 minggu diorg p honey moon hikhikhik

    ReplyDelete
  5. best3.. 3 mgu honeymoon...
    tahniah n semoga kekal hingga ke jannah

    ReplyDelete
  6. Selamat Pengantin Baru buat mereka.. so sweet dua2nya.. dpt jongkong emas tu...bestnya...:)

    ReplyDelete
  7. pergh.. jongkong emas tuu.. hu3.. bertuah Fizo dapat wife cantik kann

    ReplyDelete
  8. selamat pengantin baru... suka tengok diaorang berdua.. semoga bahagialah hendaknyer...

    ReplyDelete
  9. Semoga bahagia Fizo dan mawar,bertuahnya mawar...

    ReplyDelete
  10. Cho, Mama, Ros,Deqla & Nazayiena: sweet kan

    ReplyDelete
  11. Moga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  12. Selamat pengantin baru buat mereka. Sama cantik sama padan.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah selamat sudah.doakan kebahgaiaan merekan kan

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/