Campaigns

Nov 25, 2013

# Filem # Sharing

Angelina Jolie Muncul Sebagai Maleficent

 
Anda masih ingat lagi dengan kisah dongeng Sleeping Beauty? Anum pasti anda pernah menonton filemtersebut kan?
Kalau nak tahu, Sleeping Beauty mempunyai banyak persamaan dengan Maleficent kerana kedua filem berunsurkan sifat dendam dan iri hati.
Bagi anda yang meminati filem bergenre alam fantasi, tidak lama lagi sebuah filem yang hebat bakal menemui anda, Maleficent. Filem yang diarahkan oleh Robert Stromberg bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya Angelina Jolie, Sharlto Copley, Elle Fanning, Sam Riley dan ramai lagi.
Filem yang diadaptasi daripada kisah dongeng ini mengisahkan tentang dendam Maleficent (Angelina Jolie) terhadap Raja Stefan (Sharlto Copley), dimana dendam ini terjadi semenjak anggota tenteranya menyerang dan mengancam keamanan kawasan milik Maleficent. 
Elle Fanning dalam sedutan filem Maleficent
Dendam Maleficent ini turut menyebabkan anak perempuan Raja Stefan iaitu Puteri Aurora (Elle Fanning) menerima sumpahan sihir sehingga menyebabkan dia tertidur selama-lamanya apabila dia mencecah umur 16 tahun.
Apa yang pasti, cuma satu ciuman cinta sejati daripada kekasih hati Puteri Aurora iaitu Putera Phillip mampu memulihkan Puteri Aurora dari sumpahan Maleficent itu.
Apakah kesudahannya? Adakah ciuman cinta sejati itu berupaya memulihkan Puteri Aurora? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam pada 29 May 2014. 

27 comments:

  1. macam best jugak.lambat lagi tu nak keluar citer ni..ok..waiting~

    ReplyDelete
  2. takut pula bila ada tanduk nie...he heeee.....

    ReplyDelete
  3. Salam Anum...good morning...apa khabar? hope anum sihat..tq selalu jengah blog sis..
    lambat lg ke nak kuar movie n?

    ReplyDelete
  4. menarik..

    wah makin lain blog anum..comel2 gtu,..

    ReplyDelete
  5. macam bestjer... macam bestjer...

    ReplyDelete
  6. aTIEY, nUYUI & cHO: TUE LA X SABAR NIE

    ReplyDelete
  7. lambat lagi ler , taun depan tu ! jenuh nak tunggu !

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/