Campaigns

Oct 4, 2013

# Artis # Sharing

Zizan Razak Buka Perniagaan Burger

Nampaknya rezeki pelawak popular, Zizan Razak semakin melimpah ruah. Tidak cukup dengan hanya bergelar penyanyi dan pengacara, terbaru Zizan dikhabarkan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan francais.
Baru-baru ini Zizan dilihat begitu aktif mempromosikan perniagaan Burgerbyte yang dikendalikan olehnya dan menerusi status yang dikongsikan, restoran pelawak itu baru sahaja memulakan operasinya awal bulan ini di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
Zizan menyediakan Burgerbyte buatan sendiri
Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang selebriti, Zizan masih lagi sempat meluangkan masa untuk melawat restoran barunya itu dan jika bernasib baik, berkemungkinan besar peminat akan merasa sendiri air tangan pelawak tersebut.
Wah, untunglah siapa dapat rasa burger buatan Zizan kan?
Jika diteliti daripada setiap foto-foto yang dikongsikan, nampaknya sudah ramai juga yang singgah dan merasai sendiri kelazatan Burgerbyte daripada restoran Zizan ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu restoran Zizan hujung minggu ini.
Sebelum itu, apa kata kita layan dulu beberapa foto menarik pelawak tersebut bersama restoran barunya.
Sebagai rujukan, francais Burgerbyte turut beroperasi di beberapa kawasan lain seperti Sentul, Senawang dan terbaru akan dibuka di Sri Iskandar, Perak.
 Nampak sedap kan
 Jom try ramai2
 dekat je ngan rumah Anum nie
All the best Zizan

47 comments:

  1. all the best zizan.... selagi ade peluang jalan je kan...

    ReplyDelete
  2. kena try ni kalau lalu damansara :)

    ReplyDelete
  3. Wina, Nuyui & Redza: tue la bertambah rezeki zizan

    ReplyDelete
  4. murah rezeki si idung beso ni
    ahahahhaa
    untung la sape jdi bini dia esok
    burger bako
    ahahha
    tak teruja lagi la zizan weih
    even burger rawang ke ape lain2 jenis burger bako lain yg tgh meletop2 dipasaran pun kami tak pnh singgah lansung
    homememade la jwbnya
    ehehhe
    ni yg ade balik umah karang buat burger ni
    pagi2 jumaat lagi dah buat ngences nengok bege bako nih

    ReplyDelete
  5. Hainom: tue la rezeki dia bertambah-tambah

    ReplyDelete
  6. sementara lakukan ... buatlah macam2...

    ReplyDelete
  7. wah..jual beger plak encik zizan ye..

    ReplyDelete
  8. Moga dia dan kita semua terus berjaya dalam kehidupan seharian.. ;)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..bgs la tuh kan....

    ReplyDelete
  10. duit byk..apa lgi melaburlah dgn perniagaan..bagus2..

    ReplyDelete
  11. untung la sangat kalau time pergi tu tetiba zizan muncul. hehehehe

    ReplyDelete
  12. trend skrg bukak gerai burger... fizo omar pun jual burger jugak.

    ReplyDelete
  13. semoga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT..aminnn

    nampak sedap sangat je burger tu kan :)

    ReplyDelete
  14. Wantie,Al Kisah,Deqla,Nea,Azhafizah & Atiey: bagus kan zizan pandai rancang masa depan

    ReplyDelete
  15. bagus.. ada perancangan nak berbisness :)

    ReplyDelete
  16. moga zizan terus maju jaya lah hendaknyer

    ReplyDelete
  17. Salam kenal yer..

    Murah rezeki zizan.. dari tukang buat kepok lekor da jadi tokey besar cenggini.. hehehe

    ReplyDelete
  18. Macam2 dye buat. Mesti loaded dye nie.

    ReplyDelete
  19. wahhh murahnya rezeki dia. bagus la tu buat bisnes, masa depan akan lebih terjamin nanti. insyaALLAH...

    ReplyDelete
  20. Hani,Isabel,Haryati,Jaa,Bitt: sekalung tahniah kan pandai zizan tambah aset

    ReplyDelete
  21. Nak terjah lah kedai baru zizan nih...kt sentul ada ye yeyyyyyyyy tq anum

    ReplyDelete
  22. Duit byk, senang dpt modal.. Huhuh. Dah cuba ke, sis??

    ReplyDelete
  23. Semakin maju dan murah rezeki zizan sekarang ni. Harap dapat bertahan lama la perniagaan dia ni.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/