Oct 24, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #66

Di awal kemunculannya dulu, Mat Luthfi gemar berkongsi pendapat melalui video-video berunsur jenaka dan parodi.
Namun sejak kebelakangan ini, Mat Luthfi dilihat lebih selesa menggunakan medium YouTube untuk menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai sesuatu isu.
Beberapa Minggu lepas, Mat Luthfi telah memuat naik sebuah video baru berjudul Dokumentari – Ninja yang mana pada zahirnya menceritakan tentang kisah hidup seekor kucing.
Melalui video berdurasi 5:17 saat itu, seekor kucing diberi nama Ninja dijaga dengan baik oleh tuannya, Yung Un namun tidak berapa disukai oleh teman serumah tuannya, Along. Pada satu hari, Ninja secara tak sengaja telah bunting dan Yung Un sangat marah terhadap kedegilan Ninja. Jika anda menonton video tersebut dengan mata kasar, pastinya anda hanya dapat melihat kecomelan Ninja dan anak-anaknya yang baru dilahirkan.
Tetapi di sebalik semua itu, Mat Luthfi sebenarnya cuba menyampaikan mesej tentang gejala sosial yang semakin kerap berlaku di kalangan remaja. Dalam masa yang sama, anak muda ini turut mendedahkan respon yang biasa diberikan oleh masyarakat atau ahli keluarga mengenai masalah ini melalui watak Yung Un dan Along. Menurut Mat Luthfi menerusi videonya, manusia ada kelebihan untuk berkongsi ruang dengan benda ataupun dengan manusia yang dia tak suka jika dia berjaya ketepikan egonya.
Jadi, marilah kita menonton video Dokumentari – Ninja di bawah dan hayati maksud tersirat yang terkandung sebelum menilai sesuatu perkara. Semoga terhibur!
Share:

48 comments:

  1. Mia, Mrs.Eady & Ayu: selamat pagi

    ReplyDelete
  2. rara dh lama x tgk video matluthfi ni.hehehe

    ReplyDelete
  3. KA x follow dier sgt lah !

    ReplyDelete
  4. selalu juga tgk Video Lufti ni..
    mmg mengandungi unsur2 kesedaran..:)

    ReplyDelete
  5. pernah tengok parody dia. kelakar pun ada.

    gejala sosial sekarang makin menjadi jadi.

    makin mencabar parent nak didik anak untuk menjadi orang. dalam ertika lain menjadi manusia yang sebenarnya manusia.

    ReplyDelete
  6. video mat lutfi semuanya memang best... bukan video suka-suka.. tapi di sebalik setiap video beliau, semuanya ada maksud yang baik..

    ReplyDelete
  7. Wantie, Ros,Nuyui &Haryati: banyak pengajaran kan

    ReplyDelete
  8. hari tu md lutfi ni ada kuar kat satu rncgan ni kan...follow juga video dye sblum ni...yg baru ni xd pulak...

    ReplyDelete
  9. Masha: banyak pengajaran kan

    ReplyDelete
  10. comel2 anak kucing tu.. tapi sayang, akak tak bela kucing sebab kesian, takde sape nak jaga.. :(
    akan datang tak taulah camane.. ;)

    ReplyDelete
  11. video2 dia mmg sgt membuatkan kita berfikir...

    ReplyDelete
  12. Azhafizah,Qalam&Nora: banyak pengajaran kan

    ReplyDelete
  13. dah lama akak tak tengok video amat lutfi...bagus juga kalau ada anak muda yang sama-sama menolong remaja lain dengan kesedaran sebegini..

    ReplyDelete
  14. Tengok video Mat Luthfi yang baru-baru ni, makin lama, maki serius temanya. Masa mula-mula dulu je dia banyak melawak. Mungkin disebabkan pemikiran beliau yang semakin matang agaknya.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum anum...mmg best kalau tengok videonya...:)

    ReplyDelete
  16. Alaaaa...YT dah kena blocked lah anum.

    ReplyDelete
  17. Anum....umi Qi suka sgt tgk video mat lutfi nih tau...byk mesej berguna yg dia cuba sampaikan...terkenal dah dia kan...so talented

    ReplyDelete
  18. In shaa Allah.. ade masa nk tengok :)

    ReplyDelete
  19. sape mamat ni eyh....ketinggalan sket haha

    ReplyDelete
  20. Nntink tgk lah youtube...hehehe
    tq share!

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG