Campaigns

Oct 3, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #63

Sebelum ini para peminat sering melihat pelakon kesayangan ramai, Lisa Surihani tampil comel dan ayu dengan berambut panjang. Namun begitu, untuk edisi Oktober 2013, majalah Eh! telah menampilkan sedikit kelainan, di mana pada kali ini aktres tersebut akan tampil dengan gaya rambut pendek dan penampilan itu membuatkan wajahnya kelihatan sedikit matang dan berusia.
Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon filem Istanbul Aku Datang itu, ramai peminat melahirkan rasa hairan apabila melihat wajah Lisa kelihatan jauh berbeza daripada wajah asalnya sehingga ada yang menyamakan wajah tersebut seakan-akan pelakon terkenal, Sarimah Ibrahim dan Juliana Evans.
Mungkin disebabkan terlalu banyak proses editing dan photoshop dilakukan pada muka depan majalah tersebut membuatkan wajah Lisa kelihatan sedikit berbeza. Bagaimanapun, Lisa tetap nampak anggun dan elegan dengan gaya rambut pendek seperti itu.
Untuk makluman, edisi kali ini pihak majalah Eh! bakal mengupas pelbagai isu-isu menarik, antaranya adalah betul ke Lisa Surihani ratu media sosial, pelajari tips terbaik kecantikan, ketahui kenapa wanita gila akan kecantikan serta dapatkan informasi mengenai 15 perkara yang orang bahagia tidak akan lakukan.
Jangan lupa untuk dapatkan majalah Eh! edisi Oktober 2013 di pasaran!

Share:

47 comments:

  1. ye la lain... memula ingatkan sape tadi.... tengok bebetul lisa surihani...

    ReplyDelete
  2. Betullah anum, beza sangat rupa dia kan.....

    ReplyDelete
  3. Ayu: hahah cute kan
    Mia: sangat2 kan

    ReplyDelete
  4. betul la, nampak lain sikit wajah Lisa..

    ReplyDelete
  5. Redza, Nuyui & Fieda: lain kan tp stay cute

    ReplyDelete
  6. mmg nampak lain sangat..very vogue :)

    ReplyDelete
  7. lain benor... mcm artis hollywood pun ada

    ReplyDelete
  8. memula tgk..eh..sape nie...bler bace..oh lisa upernyer...

    ReplyDelete
  9. tak sangka lisa rupanya.. lain la..

    ReplyDelete
  10. aku suka rambut lisa dalam cerita istanbul aku datang..:d

    ReplyDelete
  11. suka muka lisa yang bulat dari yang ni. nampak runcing

    ReplyDelete
  12. Lisa tetap comel dimata akak... memang cam sarimahpun der tapi sarimah nampak lagi garang...

    ReplyDelete
  13. walla, lisa nampak sgt2 berbezalah, but still anggun gitu

    ReplyDelete
  14. mati2 aku ingat ni sarimah ibrahim

    ReplyDelete
  15. the power of make up kan..nampak lain :)

    ReplyDelete
  16. My peberet pelakon ni Anum..cute je Lisa ni...kuasa edit kot! :)

    ReplyDelete
  17. ye la..nampak beza sampai hilang rupa asal..

    ReplyDelete
  18. ye laa, lain betul muka lisa tu.. dah hilang seri wajah dia yg natural beauty tuh... melampau sgt edit...

    ReplyDelete
  19. klau anum tak bgtau...tktau pun tu lisa

    ReplyDelete
  20. Azhafizah, Atiey,Haryati,Daiana,Jaa & CM: Comel kan.. tue la make up leh ubah segalanya

    ReplyDelete
  21. memang beza sangat muka dia...tak kenal langsung kalau dia tak sebut siapa ehhehehe

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum