Campaigns

Oct 21, 2013

# Lisa Surihani # Sharing

Lisa’s Fghends Dekatkan Lisa Surihani Dengan Peminat

Boleh dikatakan sekarang ini Lisa Surihani adalah ratu di laman sosial memandangkan jumlah pengikutnya telah melebihi kebanyakan selebriti-selebriti yang lain.
Berdasarkan kepada jumlah peminat yang menyokongnya selama ini seperti di Facebook (2.6 juta), Twitter (1.6 juta) dan Instagram (404 ribu), ia telah memberi satu idea baru buat pelakon jelita itu.
Pada 5 Oktober yang lepas, Lisa dengan kerjasama Dangerous Media Sdn Bhd telah melancarkan laman web rasmi yang dinamakan sebagai Lisa’s Fghends.
Untuk makluman anda, Lisa’s Fghends ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara Lisa dan peminat-peminatnya dengan cara yang cukup mudah.
Peminat boleh mengetahui perkembangan terbaru selebriti kesayangan mereka itu menerusi ruangan Diari Lisa dan Borak Lisa.
Selain dari itu, laman web ini juga membolehkan peminat menonton video dan gambar-gambar Lisa sendiri mengenai aktiviti hariannya.
Tambah menarik lagi, peminat boleh memiliki barangan cenderahati seperti T-shirt Lisa’s Fghends, Sarung Telefon Bimbit, Payung, Mug dan sebagainya di dalam laman web tersebut dengan harga yang berpatutan.
Malah, Lisa’s Fghends turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar secara rawak.
Tidak cukup dengan itu, Lisa’s Fghends juga akan mengadakan aktiviti bersama peminat seperti beriadah mahupun peraduan. Aktiviti tersebut akan dimumkan menerusi laman sosial rasmi Lisa’s Fghends dari semasa ke semasa.
Kalau anda nak tahu apa lagi yang ditawarkan oleh Lisa buat peminatnya, sila layari laman web rasmi Lisa’s Fghends atau laman sosial seperti Facebook (Lisa’s Fghends), Twitter (@LisasFghends), YouTube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends).

51 comments:

  1. salam pagi isnin yg nyaman sis anum

    ReplyDelete
  2. cantik la payung tue.. nak jugak heee

    ReplyDelete
  3. morning anum...

    wahhh ada lisa fghends....

    ReplyDelete
  4. suka tengok lisa surihani ni. sangat sangat comel dan manja manja gitu kan.

    ReplyDelete
  5. cantik pulak payung tu :)
    Lisa ni jenis yang ceria kan :)

    ReplyDelete
  6. sbb lisa ni sweet sgt dan baik hati, sbb tu rmai suka dia

    ReplyDelete
  7. Ros, Cho & CM: Anum pun suka sangat dia

    ReplyDelete
  8. salam isnin Anum....

    singgah sini tenguk Lisa yg cun...

    ReplyDelete
  9. hai anum...suka entry ari ni sbb umi minat ngan lisa ni :)

    ReplyDelete
  10. Jenuh akak baca fghends tu hehehe da lelama baru dapat tangkap lisa tu pelat huruf R ekekeke

    ReplyDelete
  11. sy pun lpe dh follow lum lisa fghends nih

    ReplyDelete
  12. wahhhhhh...menarik ni..jom serang lisa's fghends :P

    ReplyDelete
  13. nak bukak jugaklah memang suka sangat ngan lisa ni

    ReplyDelete
  14. bunyi macam menarik je..nak tgk ape yg best

    ReplyDelete
  15. Akak suka tengok lisa..comel sangat...
    Nak terjah ke sana jugak lah....

    ReplyDelete
  16. suka lisa ni walaupun cantik, glamour masih rendah diri. kalau saya dah tak tahu nak handle peminat ramai sangat. opss.. hehe

    ReplyDelete
  17. berjuta2 fan dye kan....myb sbb dye humble n cool je :-)

    ReplyDelete
  18. Haryati, Azhafizah, Mulut, Sue, Eira, Masha & Pokok: suka sangat2 lisa

    ReplyDelete
  19. cantiklah payung tu.. bertuah sape dpt ..

    ReplyDelete
  20. cantik goodies yg sebelah payung tu...ape benda tu erk atas dia mcm bunga ros :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/