Sep 9, 2013

, ,

Takkan Nak Pakai Baju Kelawar Pula – Fida Ibrahim


Assalamualaikum semua
OHBULAN! telah kongsikan beberapa keping foto Fida Ibrahim yang dilihat sedang memakai pakaian ketat sehingga penampilan tersebut mengundang kritikan serta makian daripada segelintir pengikutnya.
Berikutan isu itu, Fida akhirnya tampil memberi penjelasan dan menerangkan kepada umum mengapa dia memuat naik foto sebegitu di laman sosialnya dua hari lepas.
Artikel Berkaitan :
Bercakap kepada sebuah portal berita hari ini, Fida telah menegaskan bahawa foto tersebut diambil ketika dia sedang menjalankan sesi fotografi bagi mempromosikan sebuah produk pelangsingan badan dan secara kebetulan dia turut dilantik sebagai duta produk tersebut.
Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjuk hasilnya.
Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?
ida tidak salahkan peminat yang mengutuk dirinya
Mengulas lebih lanjut mengenai segala kutukan serta kata-kata kesat yang dilemparkan oleh peminat terhadap dirinya, penyanyi ini dilihat lebih selesa untuk memandang perkara tersebut daripada sudut positif dan langsung tidak menyalahkan mereka 100%.
Masa saya upload gambar tu di Instagram, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat dah tersalah anggap.
Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu.
Susulan daripada insiden tersebut, Fida akui akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakain serta foto-foto yang bakal dimuat naik di laman sosial dan menjadikan ini sebagai satu pengajaran yang besar buat dirinya.
p/s: Macam-macam kan dunia artis nie.. ada saje yang x kena pada pandangan peminat
susah gak jadi artis nie
Share:

56 comments:

  1. Salam isnin Anum......dah jadi artis kena terima saja semua kritikan dari peminat kan. Kritikan membina apa salahnya kan

    ReplyDelete
  2. isunyer skrg bkn sbb gmbr tu xde penjelasan... peminat xnak penjelasan pun... peminat hanya mahukan fieda yg menutup aurat dgn lengkap...

    ReplyDelete
  3. Mia: ye la kesian gak
    Careno: ye la kan

    ReplyDelete
  4. macam2 kan dunia artis ni..nasib bukan artis..kakakkakakakak

    ReplyDelete
  5. Al Kisah: moning
    Umi: cute kan
    Syawal: tue la nasib bkn artis

    ReplyDelete
  6. statement dibuattu cam marahjer... kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai...
    akak tak nak komen apa2 sebab akakpun masih tidak sempurna...

    ReplyDelete
  7. peminat pun sepatutnya tegur baik2 bukan kutuk, kata kesat

    ReplyDelete
  8. Nur: macam2 kan
    Cho: sama la sis

    ReplyDelete
  9. Redza: betul2
    Knor: yezaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. morningggg anum... cantik dia ni.. suka tengok. manis senyumannya..

    ReplyDelete
  11. assalam hanum..fida memang dah kecik pun kan..

    ReplyDelete
  12. maksudnya ada jugaklah org yg sensitif pasal apa yg dia pakai, baguslah tu atleast pasni dia lebih berhati2...

    ReplyDelete
  13. Haryati: ye la kan macam2 kalau artis nie
    anum x nak komen apa2

    ReplyDelete
  14. Pst.. Dah tukar wajah blog ehh :) Hehe. Jadi artist memang susah, tp jd artist mesti dengar kata peminat juga kan. Kadang kala kita buat silap tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
  15. bila dah jadi isu begini sebenarnya ianya mengajar kita utk memperbaiki diri kita.

    itulah teguran Allah kepada kita yang mana kita tak sedar tapi menuding jari.

    Moga masing masing yang mengutuk dan menasihat sentiasa di beri hidayah.

    ReplyDelete
  16. Lumrah menjadi retis nie kan...ape yg kite pakai..ape yg kite gune...akan menjadi perhatian org.. :)

    ReplyDelete
  17. tu artis...kalau yg tak artis pon kena kutuks gaks...hehhehehe susah skit nak buat caption or statement...pantang tengok pinggang org ramping skit...habis la kena serang...ehehehhee

    ReplyDelete
  18. Aurat bukan sekadar rambut, tu pasal peminat tegur, ... Wallahhua'lam ...

    ReplyDelete
  19. berpakaian ketat... maknanya seperti tak menutup aurat laaa..sbb menampakkan susuk tubuh...

    ReplyDelete
  20. pakai baju kelawar pun cantiklah.. hihi

    ReplyDelete
  21. Deqla: macam2 kan susah jadi artis nie

    ReplyDelete
  22. hurmm... apa2 jelah !

    ReplyDelete
  23. itulah bayaran bila dah jadi public figure kan.. kita blogger ni pon apa kurang nyer... glamer per, gambo kat internet tu... hihihi

    ReplyDelete
  24. bersyukur tak jadi artis...rasa x sanggup semua life kita diperhatikan orang lain

    ReplyDelete
  25. Mas: susah kan
    Wawa: yg penting jaga diri

    ReplyDelete
  26. Sebab dah bertudung pakai ketat-ketat tu peminat marah tu.

    ReplyDelete
  27. xberani nak komen sebab diri ni pun belum sempurna... apapun moga kita semua lebih berhati2 menggunakan sosial network sekarang ni...

    ReplyDelete
  28. Nora: better x payah komen apa2 kan

    ReplyDelete
  29. Kesian fida, semua bda yg dia buat mesti kena kutuk..td baru pas baca pasal gambar yg diupload kat IG kot..

    ReplyDelete
  30. kesian....itulah risikonya. rupanya isu baju kelawar tu sbb dia jawab soalan tu. okay faham dah. sbb haritu CiM nmpk jugak artikal ni, tp malas nak baca. tp...cara foeda jawab mcm tu lagilah buat org marah kottttt

    ReplyDelete
  31. Dh jd pblic figure memg kne byk berati2

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG