Campaigns

Sep 10, 2013

Memey & Norman Hakim Punya Wajah Seiras?

Betul ke orang tua-tua selalu cakap, kalau muka seseorang itu seiras dengan wajah pasangannya, itu tandanya mereka memang ditakdirkan bersama dan panjang jodoh?
Bercakap soal panjang jodoh dan muka seiras, tiba-tiba OHBULAN! ternampak akan sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon jelita, Memey Suhaiza di laman sosial Instagramnya beberapa hari lalu.
Melalui foto tersebut, penampilan Memey kelihatan sedikit berbeza dan wajahnya pada ketika itu saling tidak tumpah seperti wajah suami tercinta, Norman Hakim.
Nampaknya bukan Anum sahaja yang perasan akan persamaan tersebut, malah peminat-peminat lain turut merasakan perkara yang sama.
 
Dalam pada itu, nampaknya bukan wajah Memey dan Norman sahaja yang kelihatan seiras, malah wajah anak mereka iaitu Darwisz turut dilihat mempunyai persamaan dengan pelakon lelaki tersebut.
Seperti perumpamaan Bahasa Inggeris ada menyebut Like Father, Like Son.
 Wajah Norman & Darwisz kelihatan seperti pasangan kembar
Wah, bukan senang nak cari pasangan suami isteri yang mempunyai wajah seiras kan?
Untuk makluman, pasangan ini telah bernikah pada 24 September 2011 dan hasil perkongsian selama hampir dua tahun, mereka telah dikurniakan seorang putera comel yang diberi nama sebagai Mohamed Darwisz Hakim.
Bayi comel tersebut telah selamat dilahirkan pada 2 Februari 2013.
Apa pun, diharapkan semoga rumah tangga Norman & Memey akan terus berkekalan!

Share:

49 comments:

  1. Semoga mereka kekal hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. memey ni manis orangnye..suke tgk

    all the best to them!

    ReplyDelete
  3. semoga jodoh mereka berkekalan..anak dgn abby jgn diabaikan pula norman!!

    ReplyDelete
  4. Wina: amin
    Redza: betul tue
    Aizu: moning
    Kisah: amin

    ReplyDelete
  5. comel depa..mula2 byk halangan tp skg alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. rumah anum ke ni? heheheh
    langsir, sofa semua baru yer.... cun2.

    ReplyDelete
  7. Maybe la perumpaan tu
    But anak dia mmg sebijik copycat NH

    ReplyDelete
  8. Moga dorang kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum anum...sweet jer mereka anak beranak kan..;)

    ReplyDelete
  10. dulu aku tak minat minah perampas ni...lama2 aku suka pulak tgk dia...nak pulak dia dah berhijab ni...suka suka...

    ReplyDelete
  11. pic last tu...muka anak dan norman hakim masa baby tu memang seiras

    ReplyDelete
  12. makin bahagia dengan ada nya cahaya mata yang semakin membesar..:)

    ReplyDelete
  13. Aminn... comelnya ba b y die.... nak jugak...

    ReplyDelete
  14. sweet hek...tapi bnyak org kata kalau jodoh tu memg muka ada iras2 kan...tak tahu la...hehe

    ReplyDelete
  15. muka deqla ngan hubby ada iras2 tak? haha

    ReplyDelete
  16. moga panjang jodoh mereka.... amin...

    P/s: lama tak ziarah blog anum... dah bnyk perubahan... suka template baru anum ni... sweet...!

    ReplyDelete
  17. Diana: betul tue
    Ayu: comel kan
    Masha: ye la
    Carlos: seakan-akan kan
    Deqla: hahaha ada2
    Nora: amin

    ReplyDelete
  18. smga hubungan kekal sampai ke jannah..

    ReplyDelete
  19. checkk checkkkk jap. hurmmmm seram nak cakap, muka CiM ngan en.hubby...erkkkk TAK SAMA.

    harapnya jodoh kami berkekalan selamanya tdk hanya pd rupa.

    ReplyDelete
  20. Memg de iras..yg best gmbr norman mse kecik sejibik mcm ank die

    ReplyDelete
  21. yang menyakinkan..pic last..norman n his son..sebijik oooo... :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum