Campaigns

Sep 5, 2013

AIB

Assalamualaikum semua

Entry kali ini mungkin sedikit beremosi. Maaflah, kerana penulisnya ialah manusia bukannya malaikat. Maka saya rasa saya perlu gunakan emosi saya juga sesekali.
Apa korang rasa kalau orang lain buka aib korang? Mesti geram tahab gaban kan? Kekadang ada yang terjadi dalam kalangan kawan-kawan kita. Mungkin juga ada di antaranya kawan yang kita percaya. Bila jadi macam tue rasa nak percaya orang pun dah tak boleh kan?

Ditikam belakang dengan kawan baik sendiri memang sedih la juga. Mana tidaknya, orang yang kita percaya yang dia boleh jaga rahsia kita sebenarnya MUSUH DALAM SELIMUT!! HAH Huruf besar Anum kasi.
Rasa Geram sangat dengan manusia macam ini. Kita percaya pada dia, cerita semua benda kat dia , kononnya boleh simpan rahsia kita, alih-alih tikam belakang kita. Tanpa sedar orang lain tahu rahsia kita yang dia bocorkan tue. Aih!! Manusia macam ini memang tak tahu nak jaga aib orang kan!! Geramnya

Kembali kepada tajuk diatas, "sahabat baik tikam belakang. Apa nak buat?"..Agak sukar Anum nak menjawab soalan itu sebenarnya. Kerana.. Anum baru sahaja melalui pengalaman yang boleh dikatakan seperti ditikam dari belakang oleh sahabat baik yang Anum anggap seperti adik-beradik sendiri. Sungguh! Anum sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah friendship yang telah terbina itu, Anum lupakan sahaja. Namun, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.

Tipu la andai Anum katakan perasaan apabila dikhianati sahabat baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang diambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET".


Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Bukan mudah bagi Anum yang ditikam dari belakang untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas diri Anum lebih lagi jika ianya melibatkan maruah Anum yang telah tercalar dan diketahui oleh umum. Oleh itu, berwaspadalah bila kita berbicara kerana kita tidak sedar adakalanya kita membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit. 
Akhir kata, setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, anggap ianya sebagai asam garam dalam kehidupan. Kita tidak meminta untuk semua itu tetapi kita juga tidak boleh menolak apa yang telah tertulis ke atas diri dan berusahalah untuk memperbaiki kehidupan agar lebih ceria di samping sahabat-sahabat yang Anum sayang. Ingatlah, apa jua yang kita lakukan biarlah ikhlas kerana Allah. 

 Peace! No war.


Share:

35 comments:

  1. kawan makan kawan..ada jugak terjadi pada akak..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum anum...x baik kan mcm tu kesian nyer...:)

    ReplyDelete
  3. Mas: tue la sis sedih sgt bila anum terkena

    ReplyDelete
  4. Kalau orang yang kita pecaya dan jugak kawan baik kita sendiri tikam belakang, memang lepas tu susah nak percaya lagi la.

    ReplyDelete
  5. siannya anum... takpe dia akan dpt balasannya so true kita boleh forgive tapi takleh forget, anum anta email mana? tak dpt poms...

    ReplyDelete
  6. Hazmin: betul tue hilang semua kepercayaan terhadap dia
    Hanis: sis anum nak email sis.. betul kan sis x pe la anum jadikan pengajaran

    ReplyDelete
  7. Anumm
    saya penah rasa.....
    sampai sekarang masih bersisa dalam hati ni anum....
    mmg pengajaran sangat..
    bahaynya musuh dalam selimut...

    ReplyDelete
  8. Aine: ye la kan anum rasa sedih, menyesal semua ada, memang x sangka

    ReplyDelete
  9. bukak aib sendiri pun x baik, apa lagi aib org.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  10. hurm, kalu sekali masih boleh terima, tapi kalu dah berkali2... oh say sorry la pada kawan tu yerk.. lupakan dia

    ReplyDelete
  11. mmg ada..jenis mcm ni..sabor ajelah

    ReplyDelete
  12. memang sedih dan geram kan kalau terjadi. tabahkan hati ye anum.

    ReplyDelete
  13. banyakkan sabar ye.. memang ada yg macam tu.

    ReplyDelete
  14. Mas: tue la sis nie dah berkali-kali
    Knor: tue la dia selagi termampu anum sabar

    ReplyDelete
  15. kawan yg mcm tu mmg tidak layak di jadikan kawan

    ReplyDelete
  16. yang baik jadikan teladan yang mana buruk jadikan sempadankan.. moga jumpa kawan yang benar2 memahami....

    ReplyDelete
  17. ermm..sabar jela..itu menunjukkan anum dah makin dewasa..makin byk cabarannya..:)

    ReplyDelete
  18. don't put 100% trust to anyone :) sabar ye anum

    ReplyDelete
  19. yea.. we can't even trust our own BFF. even family member.

    ReplyDelete
  20. Hati2 pilih kawan. & Hati2 dgn percakapan. Jika rahsia, biarlah kekal rahsia. Itu lebih baik. Take care

    ReplyDelete
  21. Memang pernah terjadi juga Anum....memang sakit hati bila teringat tapi apa yang dapat kita buat hanyalah sabar....

    ReplyDelete
  22. Phat: betul2
    Cho: amin
    Mama: alhamdullilah
    Azhafizah: insyaallah

    ReplyDelete
  23. Nur: ye la kan anum percaya kata2 tue
    Cik Viva: betul2 x de dugaan x de pengalaman
    ZQ: thanks
    Mia: sabar dan sabar

    ReplyDelete
  24. Rasanya jarang Anum meluahkan sesuatu ...OKje tau ni mesti tak boleh nak tahan dah ni...
    Apa pun benda dah berlaku... Sabar dan maafkan ajelah.... OKje cakap ni mmg mudahkan Anum... org yg menghadapainya hanya dia ajelah yg tahu...

    ReplyDelete
  25. anum....byk2kn bersabar ye..serahkan segalanya pd Allah...pasti sgala2nya akan baik buat anum :)

    ReplyDelete
  26. Hainom: itu la mybe kesabaran anum teruji sangat2 kali ini
    QA: amin thanks

    ReplyDelete
  27. faham sgt perasaan itu... sabar byk2 yer

    ReplyDelete
  28. bila dah luahkan ada rasa lega tak?? :) ye la anum manusia memang mcm tu tau tak habis-habis ada je tak boleh nak tenteram...bagi saya, kalau anum nak marah...marah je lepaskan...kadang2 apa terjadi merupakan pelajaran untuk kita juga kan..kalau tak terjadi kita tak lalui bak kata org tak gain more experience gituw...yg penting satu hari nanti anum akan belajar juga "to let go" ;) setiap kejadian yg tak best berlaku..ada pelajarannya...so study smart bebeh :) chill...

    ReplyDelete
  29. sabar k anum...akak pun selalu berdoa mintak dijauhkan semua ni...anggap la ni ujian untuk anum dari Allah...pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  30. Bitt: setuju sangat ngan sis, thanks
    Wawa: amin

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum