Campaigns

Aug 6, 2013

# Abby Abadi # Artis

Tak Mahu Jadi Isteri Kedua Atau Ketiga – Abby Abadi

Selepas melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan pada 9 Julai yang lepas secara rahsia, Abby Abadi kini dilihat semakin bahagia bersama suami barunya.
Menerusi laporan Sinar Harian semalam, anak-anak Abby juga sudah mula menerima ayah baru mereka, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, walaupun pada mulanya wujud perasaan cemburu selepas sekian lama melihat ibu mereka solo.
“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga.
“Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula.”
 Abby Abadi bersama suaminya
Menariknya, melalui laporan yang sama juga, Abby telah mendedahkan sekali lagi tentang lamaran yang pernah diterimanya dari orang lain sebelum dia berkahwin dengan Farhan.
“Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik.
“Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan.”
Untuk pengetahuan, Abby Abadi sebelum ini telah bercerai dengan Norman Hakim pada tahun 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

37 comments:

  1. akak suka tengok diorang anum.. sweet couple.. kawin org muda jiwa pun jadi muda tau.. hehe..semoga mereka bahagia sampai ke syurga..amin..

    ReplyDelete
  2. Moga abby bahagia ngan suami barunya...
    nureen pon sama la abby heheh :)

    ReplyDelete
  3. Nuyui:syukur
    Zaza:selamat pagi
    Nureen: amin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. :) jodoh dia kan :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Anum....maaf zahir batin....

    ReplyDelete
  6. moga mereka kekal bahagia.
    selmt hari raya anum.. ;)

    ReplyDelete
  7. Sweett. Usia bkn penghalang sebuah percintaan kan :))

    ReplyDelete
  8. semoga berbahagia abby n suami

    ReplyDelete
  9. semoga berbahagialah hendaknya... kalau dah jodohnyer tertulis gitukan...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...doakan yg terbaik buat mereka...

    ReplyDelete
  11. moga abby bahagia hingga ke syurga..:)

    anum? hehe..

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya :-)
    alhamdulillah...dah jodoh dye...

    ReplyDelete
  13. Mama: yezaaaaaaaa
    Nur:betul2
    Cikgu: selamat hari raya cikgu
    Masha:selamat hari raya

    ReplyDelete
  14. semoga bahagia hendaknya.

    Ramadhan dah nak labuhkan tirai..
    knor nak minta maaf jika knor ada buat salah
    sama ada knor sengaja atau tak sengaja
    tapi knor tetap hamba Allah yang jahil
    asif jiddan semua..

    ReplyDelete
  15. Akhirnya makbul jugak doa dia nk kawen dgn lelaki bujang

    ReplyDelete
  16. semoga berbahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  17. Abby nampak lebih bahagia dengan apa yang dia ada sekarang..

    ReplyDelete
  18. semoga mereka bahagia hingga ke syurga :))

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/