Campaigns

Aug 29, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #58

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Teman Pengganti, Black atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah, akhirnya mengesahkan bahawa dia dan pasangan, Cira Khairi atau nama sebenarnya, Naquira Yasira binti Mohd Khairi, 28, bakal bernikah pada 13 September ini, bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Menurut Black, dia memilih tanggal 13 September sebagai tarikh bersejarah dalam hidupnya kerana ingin mendapatkan keberkatan pada hari Jumaat dan dalam masa yang sama, penyanyi tersebut merasakan lebih afdal untuk majlis itu diadakan sebelum masuknya solat Asar pada hari berkenaan.
Sebenarnya saya pilih tarikh tersebut sebab ianya jatuh pada hari Jumaat dan bukannya disebabkan tarikh tersebut mempunyai sebarang makna apa-apa.
Majlis akad nikah juga akan diadakan sebelum solat Jumaat, sebab saya nak dapatkan keberkatan hari tersebut.
Black di samping ibu bapa tercinta, Muslamah Othman & Md Hanafiah
Mengulas lebih lanjut mengenai perkenalan yang terlalu singkat dengan tunangnya itu, penyanyi ini menyifatkan bahawa perkara tersebut bukanlah suatu penghalang untuk dia memikirkan soal jodoh, tambahan pula sebagai seorang lelaki, dia sememangnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sekarang ini saya dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, jadi debaran untuk melangkah ke alam rumah tangga itu tak terasa sangat.
Saya anggap ini adalah jodoh. Sebelum ini saya memang kenal dengan ramai orang, tapi semuanya tak menepati ciri-ciri yang saya inginkan.
Alhamdulillah, bila kenal dengan dia, saya dapat rasakan dia adalah wanita yang saya idamkan. Di mata saya, dia seorang yang tidak memilih dan masa mula-mula kenal pun dia tak tahu saya ini seorang penyanyi sebab masa itu dia baru sahaja menamatkan pelajarannya di Melbourne, Australia.
Memandangkan sebelum ini Black pernah ditipu oleh perancang perkahwinan, oleh itu penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menyerahkan segala hal berkaitan majlis perkahwinannya kepada syarikat rakaman yang dinaunginya iaitu The 8 Unit dan Monkey Bone. 
Untuk makluman, majlis pernikahan dan resepsi penyanyi ini akan berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada 13 & 14 September 2013, manakala majlis keramaian untuk para peminatnya pula akan diadakan di padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, pada 15 September 2013.

Share:

51 comments:

  1. Senang jadi lelaki ni kan Anum, kalau glemer, banyak duit.... pompuan sure suka!

    ReplyDelete
  2. Semoga apa yang dirancang oleh beliau berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  3. Kesiannya. Penah kena tipu pulak tu. Nasib baik duit banyak.

    ReplyDelete
  4. moga kekal bahagia hendakNYA..

    ReplyDelete
  5. Isabel: tue la nasib baik artis
    Aizamia3: amin

    ReplyDelete
  6. tak lama dah nak naik pelamin

    ReplyDelete
  7. awal black kahwin dh jdoh kan.hehe

    ReplyDelete
  8. semoga kekallah selamanyakan...

    ReplyDelete
  9. tahniah untuk black dan pasangan. :)

    ReplyDelete
  10. tahniah buat black, n moga bahagia bersama pasangan...

    ReplyDelete
  11. Carlos: ala ada gambar dia ce google
    hahha

    ReplyDelete
  12. Tahniah untuk Black !!!
    Singgah khamis :D

    ReplyDelete
  13. suka suara black yg tersendiri tu !

    ReplyDelete
  14. Wantie: jodoh dia cepat kan
    Mia: thanks sudi singgah
    Masha: hahaha
    KA: best kan suara dia
    Diana: ye betul

    ReplyDelete
  15. Akhirnya Black akan nikah jua..bagus lah tu..cepat2 tamatkan zaman bujang..:)

    ReplyDelete
  16. tahniah black...suka jugak dengar lagu2 black ni

    ReplyDelete
  17. semoga menjadi suami yg berjaya membimbing isteri kejalan yg diredai...

    ReplyDelete
  18. Deqla: betul2
    Cik Kay: dah smp jodoh kan
    Wawa: best kan suara dia
    Nurul: hehe
    Kamsiah: amin

    ReplyDelete
  19. Best yer dh nak kahwin...tahniah black

    ReplyDelete
  20. Mimi: jodoh dia kan
    Hidayah: suara unik

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum