Campaigns

Aug 22, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #57

Assalamualaikum semua.. sebelum memulakan bicara Anum ingin mengucapkan
Salam takziah kepada keluarga mangsa nahas bas di Genting Highlands. 
Al Fatihah kepada mangsa yg beragama Islam.

 Sempena kehadiran Hari Raya Aidilfitri, program bual bicara, Nona bakal menampilkan segmen-segmen menarik, antaranya adalah ketahui kisah kecantikan wanita Kelantan menerusi segmen Realiti, serta ikuti pengalaman menarik dan kisah bahagia pasangan suami isteri pertama Malaysia-Palestin menerusi segmenInspirasi.
Secara umumnya, untuk segmen Realiti, pihak Nona bakal merungkai kisah kecantikan dua buah keluarga di Kelantan, iaitu keluarga usahawan wanita terkenal, Hajah Bibi Ramjani Ilias Khan serta keluarga pengacara Nona sendiri iaitu Noor Neelofa.
Neelofa kongsi rahsia kecantikan keluarga
Menerusi segmen Inspirasi pula, Nona bakal mengetengahkan isu menarik tentang sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Shahrina Ahmad Sharkawi, 42 serta suaminya, Hasan Rezq Al Zahar, 27.
Pasangan ini difahamkan telah bertemu jodoh pada bulan Mac lalu di bumi Gaza dan kini mereka telah kembali meneruskan kehidupan di Malaysia.
Sepanjang berada di Malaysia, mereka gemar melakukan pelbagai aktiviti amal dan rutin harian mereka adalah memasak masakan tradisi Palestin yang dipanggil sebagai Maglubah, untuk diagihkan kepada rumah anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan.
Selain itu, program Nona Raya kali ini turut mengupas fesyen rekaan batik eksklusif yang dikenali sebagaiBatik Nadia. Secara umumnya, rekaan batik ini merupakan pilihan orang-orang kenamaan termasuk isteri Perdana Menteri serta kaum kerabat diraja.
Untuk ketahui lebih lanjut kupasan-kupasan menarik sempena edisi khas Aidilfitri ini, jangan lupa untuk menonton program eksklusif Nona Raya pada 18 Ogos depan, tepat jam 2.00 petang, hanya di TV3.
Nota: Anum pun x sempat nak tengok....:(

Share:

40 comments:

  1. Best tgk satu keluarga amal produk kecantikan sendiri

    ReplyDelete
  2. takdan nak tengok.. waktu tak sesuai.

    ReplyDelete
  3. Aiza: sama le
    Syawal:salam
    Zaza: syok2

    ReplyDelete
  4. hmmm tapi adik beradik dorg mmg lawa lawa.

    ReplyDelete
  5. aku x minat neelofa ni, tapi x dinafikan dia ni cantik...

    ReplyDelete
  6. kite pon tak tengok ! sebab dalam bas kg masa tu nak balik johor.

    ReplyDelete
  7. Cik: betul2
    Wahida: cantik kan
    Ct kektus: sama le

    ReplyDelete
  8. dah berpuluh th tak tgk Nona..entah..mcm tiada aura langsung...tak mcm zaman Normala Samsudin dulu..

    ReplyDelete
  9. wow.. 42 dengan 27 tahun. teruja

    ReplyDelete
  10. Salam takziah utk keluarga nahas yang terlibat......:-(

    ReplyDelete
  11. adeh.. tak sempat juga nak tengok... :(

    ReplyDelete
  12. hehe...for sure masha pun tak dan nak tengok....huhu

    ReplyDelete
  13. Mia: :(
    Boni: sama la
    Mas: bz kan raya
    Masha: sama la
    KA: ye betul2

    ReplyDelete
  14. Tengok...semua family neelofa cantik2...adik2 dia pun cantik2...mmg teruja tengok

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum