Campaigns

Jul 26, 2013

Zizan Razak Buru KL Zombi!

Assalamualaikum semua
Sempena kemunculan filem terbaru lakonan mantap Zizan Razak berjudul KL Zombi yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, pihak produksi Grand Brilliance dengan bangganya telah melancarkan muzik video KL Zombi 2013! menerusi laman YouTube mereka semalam.
Filem KL Zombi ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul Zombijaya, hasil karya asal penulis terkenal, Adib Zaini.
Secara umumnya, filem berkenaan menceritakan tentang penyebaran sebuah virus yang dikenali sebagai virus zombi, di mana ia bermula daripada gigitan seekor anjing yang bervirus dan akhirnya merebak keseluruh Malaysia.
Menerusi filem ini, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak telah memegang watak sebagai Nipis, di mana dia merupakan seorang kaki teori konspirasi yang telah mencadangkan agar penduduk Malaysia berpindah ke Putrajaya. Ini kerana, Nipis percaya kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear yang difahamkan mampu melindungi penduduk Malaysia daripada terkena wabak zombi tersebut.
 Izara Aishah turut melakonkan watak sebagai Zombi
Adakah dengan berbuat demikian, Nipis dapat menyelamatkan seluruh penduduk Malaysia daripada serangan Zombi? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini dipawagam berhampiran anda bermula Ogos depan.
Untuk makluman, filem tersebut turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.
Sebelum menyaksikan filem KL Zombi dipawagam, apa kata anda layan dulu muzik video KL Zombi 2013 selepas ini. Enjoice!
Share:

25 comments:

  1. Kl Zombi hehehhehe eeeeeee takut hahahha nak beli cd lah senang anum leh umi Qi tgk kt umah hehehe

    ReplyDelete
  2. Umi: ye la kan cd bleh tgk banyak kali

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum anum...wah boleh gempak ni...:)

    ReplyDelete
  4. Mas:best nie
    Redza: bleh layan gelak

    ReplyDelete
  5. wah! kena tengok cerita ni nti..
    mesti best..:)

    ReplyDelete
  6. kalau Zizan yang berlakun mesti best. hehhe nak tunggu & nak tengok.

    >> Salam 16 Ramadhan singgah petang. jalan2. maaf lambat datang (^_~)

    ReplyDelete
  7. wah macam best je cerita ni.. baru tahu ni..

    ReplyDelete
  8. seram pulak tengok muka zombi tu.. huhu..

    ReplyDelete
  9. Nuyui: comfirm best kan
    Atiey: tue la
    Nisah: x pe thanks sudi singgah gak

    ReplyDelete
  10. KA: tue la
    Cik Kay: hahaha best nie
    Isabel: hahhaa seram gak kan

    ReplyDelete
  11. wowow.. tak dapat bayangkan kalau penduduk malaysia di serang zombi..

    p/s. dah received barang tu.

    ReplyDelete
  12. Kalau zizan berlakon..konfem penuh panggung nanti..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels