Campaigns

Jul 16, 2013

Saya Bukan Perempuan Macam Itu – Nabila Huda

Assalamualaikum semua
Bagi mereka yang mengikuti drama bersiri Teduhan Kasih, pasti anda akan rasa geram dan menyampah dengan watak Ayu yang dibawakan oleh pelakon berbakat, Nabila Huda bukan?
Memandangkan watak seorang wanita penggoda dan materialistik yang dibawakan oleh Nabila kelihatan sangat hidup dan semulajadi, oleh itu terdapat segelintir penonton telah salah faham serta mendakwa kononnya perangai sebenar pelakon wanita tersebut adalah sama seperti dalam lakonan.
Namun begitu, sewaktu bertemu dengannya Selasa lalu, Nabila telah menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa dia sendiri tiada masa untuk berbuat perangai tidak elok seperti itu. Baginya karakter terbabit hanya sekadar lakonan dan bukan realiti.
Sudah tentu itu bukan saya. Saya tak ada masa nak buat macam itu. Saya bawa watak tersebut pun berdasarkan imaginasi saya sendiri sebab saya memang suka berimaginasi, jadi lebih mudah untuk saya bawa watak sebegitu dan kadang-kadang kita lakukan sesuatu yang tak dijangka.
Saya sendiri tak boleh tengok diri saya dalam karakter seperti itu. Saya tak suka perempuan yang berperangai sebegitu dan saya benci. Saya bukan macam itu.
 Nabila bersama barisan pelakon drama Teduhan Kasih
Menyentuh mengenai karjaya seninya yang kian berkembang dan semakin diterima oleh penonton, Nabila telah melahirkan rasa syukur kerana akhirnya penonton boleh terima bakat yang ada pada dirinya tanpa perlu mencampur adukkan antara kisah peribadi dan kerjaya lakonannya.
Alhamdulillah, syukur dari situ orang boleh nampak saya kerja bersungguh-sungguh. Bukan kerja sebab nak duit atau populariti. Saya bekerja dengan sendirinya dan saya cuba buktikan yang saya memang ada bakat untuk dikongsikan kepada semua. Saya bukan ada masalah peribadi sahaja.
Usaha keras saya selama ini bukan senang. Susah sangat nak capai sampai tahap macam sekarang.
Beralih kepada perkembangan terbaru, Nabila kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiriJodoh Itu Milik Kita dan bakal muncul dengan drama terbaru tayangan TV9 berjudul Sangkar.

Share:

46 comments:

  1. Abil pelakon yang bagus sbrnya!

    ReplyDelete
  2. Lakonan abil mmg best! mantap..cuma kekadang kontrovesi dia byk sgt..hehe:)

    ReplyDelete
  3. Zaza: tue la
    Atiey: lakonan dia meletop

    ReplyDelete
  4. salute dengan lakonan dia.. huhu.. meyampah tul.. huhuhu
    gd luck abil

    ReplyDelete
  5. saya lebih suka layan amy search

    ReplyDelete
  6. Eitan: good luck abil
    Redza: dua2 pun terbaik

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan...
    singgah pagi...
    haha~watak jahat mmg menjadi kan klu nabila nie bawak...suke...n benci pun de dlm drama laaa...

    ReplyDelete
  8. Nieyl: betul tue
    Isabel: pelakon terbaik

    ReplyDelete
  9. alaaaaa, x tgk la crita ni, so mmg x tau critanyer mcm mana hehee

    ReplyDelete
  10. aku kalau dia ni berlakon, mmg aku kagum la...menjadik habis...dari dulu lagi aku suka dia...dia ni pun antara artis yg natural beauty pada pandangan aku, tak risau nak putihkan kulit dia bagai...dia dah cantik dgn hitam manis dia tu...

    ReplyDelete
  11. x minat dier tapi suka lakonan dier , mmg menjadi !

    ReplyDelete
  12. hehe memang pon, mase tgk TK ritu rase nak ketuk2 aje kepala ayu ni. tp sebenarnya die ok je .. BTW, lakonan die memang bagus. puas hati. bawak watak apepun semua jadi . :)

    ReplyDelete
  13. Nisah: teringat-ingat kan
    Hainom: ye betulllll

    ReplyDelete
  14. sape yang suka nonton lakonannya tu tak yah la nak emo sangat. be matured ok. namapun lakonan jgn la nak samakan dengan kehidupan dia yang sebenar.

    ReplyDelete
  15. Itu maknanya lakonannya berkesan... :D

    ReplyDelete
  16. masa dia umur belas2 dulu akak pernah tengok drama lakonan dia..masa tu dia baru lagi..rasa meluat pun ada..sekarang best tengok dia belakon..

    ReplyDelete
  17. Wantie: ye betullll
    Mia: yezaaaaaaaa
    Diana: hahaha

    ReplyDelete
  18. bagus la dia sibuk bekerja...datangkan untung dari org sibuk bergosip yg negatif utk dia datangkan dosa je kan hehehe

    ReplyDelete
  19. NABILA NI ADA ATTITUDE DIA SENDIRI..ORG TAK KENAL MMG AKAN BERANGGAPAN YG BUKAN2..^_^

    ReplyDelete
  20. suke lakonan dia dalam cite nie..thumbs up!

    eerr kenapakah muka dia mcm tu dalam gambar kedua tu?? candidkah? thehehehee

    ReplyDelete
  21. lakonan dia tak pernah mengecewakan..

    ReplyDelete
  22. kalau org tk suka dia dlm cerita tu..

    betuinya mmg mjadi la lakonan dia..

    thumbs up..hehe

    ReplyDelete
  23. memang nampak real lakonan nabila huda dalam cerita tu...perubahan reaksi muka tu nampak natural....maybe sebab tu penonton salah anggap kot...adat berlakon kan

    ReplyDelete
  24. mmmm..

    anum, tinggalkan link kat situ boleh:)

    ReplyDelete
  25. x baik la kata gitu.. mentang2 la lakonan dia menjadi..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum