Campaigns

Jul 23, 2013

Laporan : Bukan Sekadar Teknik Pemanduan Ekstrem

Assalamualaikum Semua
Keluhan di kala trafik sesak atau adrenalin hasil pecutan laju di lebuh raya sudah menjadi asam garam buat penduduk di sekitar Lembah Klang yang rata-ratanya menghabiskan masa selama 4 jam setiap hari di atas jalan raya!
Satu persoalan. Pernahkah anda tertanya, adakah teknik pemanduan yang selama ini anda pelajari di sekolah memandu adalah betul?
Baru-baru ini, saya dijemput ke Shell Helix D-Academy 2013 : Edisi Ekstrem yang diadakan selama 2 hari MAEPS Motorsport Park di Serdang bagi mempelajari teknik pemanduan yang amat komprehensif daripada jurulatih profesional. Antara sukatan yang diberi penekanan adalah teknik mengelakkan halangan mengejut, memandu dalam keadaan jalan basah dan juga sesi mengenai petua keselamatan untuk pemandu wanita.
Hasil anjuran bersama antara Shell & Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd ini turut menyaksikan 3 buah jenis kereta iaitu i10 compact, Elantra sedan dan Veloster Sports Coupe digunakan sepanjang kursus berjalan.
Seawal jam 9 pagi, wakil media diberi penerangan mengenai asas-asas keselamatan & pemanduan sebelum dibawa ke kawasan lapang bagi tujuan pemanduan ekstrem.
Jurulatih profesional kemudiannya memberi tunjuk ajar mengenai fungsi ABS (Anti Brake System) yang difahamkan dapat membantu pemandu mengelak daripada halangan mengejut. Setiap peserta berpeluang untuk merasai sendiri kuasa pecutan Elantra sedan dan menekan brek serta-merta bagi mengaktifkan fungsi ABS.
Ramai wakil media belajar buat pertama kalinya bagaimana untuk mengawal kenderaan mereka dalam keadaan pemanduan paling sukar.  Mereka berpeluang untuk mengendalikan kereta kompak dengan enjin berkuasa lebih rendah dan kurang dilengkapi ciri-ciri canggih seperti Hyundai i10 compact dan juga kereta lebih besar seperti Elantra sedan dan Veloster sports coupe yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti Electronic Positioning System (EPS).
Wakil media kemudiannya merasai pengalaman ‘drifting’ dengan penggunaan teknologi EPS ini. Ada perbezaan ketara apabila EPS diaktifkan dimana teknologi ini membantu untuk menstabilkan kereta secara automatik sekiranya tergelincir di atas jalan basah.
Selain itu, wakil media turut diberikan penerangan mengenai teknik pegang stereng yang lebih efektif iaitu ‘Cross Steering’. Teknik ini diakui membantu pemandu untuk memberikan reflek yang lebih pantas tanpa mengira kondisi pemanduan normal atau kecemasan.
Wakil media kemudiannya diraikan dalam majlis penutup dengan setiap seorang membawa pulang sijil penyertaan dan 1 pek -liter minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra 5W-40 sebagai cenderahati.
Share:

44 comments:

  1. setiap hari..pasti ada yg menjadi koraban atas jalanraya..sangat menyayat hati...kdg2 kita drive elok2..org lain langgar kita..

    ReplyDelete
  2. Kamsiah: ye la kan
    Nuyui:selasa sudah

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi Anum :0 singgah pagi..

    ReplyDelete
  4. Diana:pagi
    Hainom: hehe
    Atiey: betul tue

    ReplyDelete
  5. pemanduan ekstrem ini kena cekap pemanduan biasa dulu kan....bestnya dapat join :)

    ReplyDelete
  6. setuju dgn komen sis kamsiah...

    ReplyDelete
  7. Morning dear...
    Semoga ceria2 selalu....

    ReplyDelete
  8. singgah pagi...
    nasib baik la nieyl ni g keje x de sesak2 nie... :)

    ReplyDelete
  9. wah best la num dpt minyok free..smlm kuantan jadi mcm KL sbb nk test sehala dlm bandor

    ReplyDelete
  10. Nieyl: ye la kan
    Phat: tue la semua nak jalan sehala ke

    ReplyDelete
  11. fae dulu berangan2 nak try drifting hahaha

    fae dah click kat nuff ad tu. tapi x tau lah if my click tu counted in. just takut if pihak pengiklanan tu only kira click stats from m'sian je. ada masuk dalam stats x? fae bruneian btw ^^

    ReplyDelete
  12. Salam 14 ramadhan anum...
    Sampai sekarang masih tak berapa paham sistem abs tu...

    ReplyDelete
  13. mmm..tak pernah terfikir pun. tak de pun ngikut 100% cara dorang ajar tu.

    terutama time ambik lesen motor. part lambai lambai tu..tak de pun praktik on the road. hikss

    ReplyDelete
  14. pentingnyer mengamalkan cara pemanduan yng betul & selamat kan !

    ReplyDelete
  15. Redza: bagus kan
    Nur: oo ye ke nanti anum cek
    Mia: la ye ke x pe plan2

    ReplyDelete
  16. Wantie: ye la kan semua bg signal je
    KA: yezaaaaaaa

    ReplyDelete
  17. salam ramadhan anum! moga terus aktif sampai maghrib nnt ye :)

    ReplyDelete
  18. datang nak say hi je nih.. :)

    ReplyDelete
  19. bagus pemanduan berhemah..tapi kt malaysia ni..pemanduan buruk banyak le..pakat tak ada sivik semua..

    ReplyDelete
  20. Knor: tue le dia kurang sabar
    NMO3:hehehe
    Mimi:best kan

    ReplyDelete
  21. Alamak kalu citer pasal teknik pemanduan mesti Umi qi pun fail hahahha sebab suka sgt cilok hahhahaha cm ner tuh anum

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels