Campaigns

Jul 15, 2013

Amy Mastura Elak Tawaran Menyanyi Sepanjang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Oleh itu, sebagai seorang penyanyi dan suri rumah tangga, Amy Mastura mempunyai perancangan serta strateginya yang tersendiri buat keluarga tercinta.
Menurut Amy Mastura, sepanjang bulan puasa nanti dia akan cuba perbanyakkan amalan ibadah bersama keluarga serta mengurangkan segala aktiviti nyanyian demi menghormati bulan yang mulia itu.
Sepanjang bulan Ramadhan saya akan buat seberapa banyak ibadah yang boleh dan saya faham bukan sahaja di bulan puasa kita perlu lakukan itu, tapi saya rasa di bulan yang mulia ini adalah lebik elok sekiranya ia dilebihkan.
Saya pun ada anak, jadi kalau boleh nak juga mencetus dan bagi contoh yang terbaik kepada mereka seperti menunaikan solat tarawih bersama atau sebagainya.
Untuk bulan puasa ini saya juga akan mengurangkan aktiviti nyanyian dan kalau boleh nak elakkan mengambil tawaran sebegitu. Tapi kalau ada undangan rakaman raya yang memerlukan saya menyanyi, saya akan cuba fikir-fikirkan dahulu.

Sempena kehadiran bulan Ramadhan ini juga, Amy Mastura turut dilantik sebagai jurucakap untuk produk pencuci pinggan mangkuk terkenal iaitu Sunlight dan Cif.
Menurut penyanyi ini, sebagai suri rumah tangga, pastinya pada bulan puasa nanti akan banyak sajian makanan lazat yang ingin dihidangkan buat keluarga tersayang dan secara tidak langsung ia turut meningkatkan kuantiti pinggan mangkuk yang kotor.
Akan tetapi degan adanya pencuci pinggan mangkuk seperti Sunlight, ia dilihat mampu memudahkan segala tugasan pembersihan tersebut secara efektif dan cepat.
Apa yang sesuai melalui produk ini adalah sebab tidak lama lagi kita akan sambut bulan Ramadhan dan Hari Raya, jadi pastinya pada ketika itu para ibu akan menyediakan pelbagai menu masakan yang enak buat keluarga mereka bukan? Jadi, dengan adanya produk macam ini ia memudahkan kerja para ibu untuk mencuci pinggan mangkuk serta kuali yang banyak.
Sebelum ini saya akui banyak gunakan pelbagai produk pencuci pinggan mangkuk, akan tetapi setelah menggunakan Sunlight saya dapat lihat kesannya dengan bagus sekali.
Saya telah mencuba produk ini selama 6 bulan dan setakat ini produk Sunlight tidak memberi sebarang kesan sampingan pada kuku serta tangan saya.
Amy Mastura difahamkan akan mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat produk terbabit dan sewaktu berlangsung majlis perlantikannya sebagai duta semalam, nama syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Ini adalah kerana, syarikat berkenaan telah berjaya menghasilkan kuali serta kompor gas terbesar di Malaysia dan ukuran sebenar kuali tersebut adalah 3 meter, manakala kompor gas pula sebesar 4 meter.
Dengan itu, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto menarik sekitar majlis perlantikan Amy Mastura sebagai duta produk Sunlight dan Cif buat tatapan anda semua.

Share:

41 comments:

  1. Salam isnin Anum...singgah sini :D

    ReplyDelete
  2. salam anum..acik suka tengok amy ni..

    ReplyDelete
  3. Bagus juga kurangkan aktiviti di bulan Ramadhan ni..insyaAllah byk kan ibadah kan sis? :)

    ReplyDelete
  4. masih comel walau dah berusia 40an

    ReplyDelete
  5. Salam Isnin. singgah sini melawat kawasan hehheeh :)

    ReplyDelete
  6. bagus lah mcm tu...

    thank anum

    ReplyDelete
  7. bagus.. papepun keluarga lebih penting

    ReplyDelete
  8. maintain muda je amy mastura ni !

    ReplyDelete
  9. Hainom: cute kan
    KA: kecik molek
    Aizu: salam

    ReplyDelete
  10. amy tetap comel... gituler hendaknyer...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..
    mmg bagus la kurangkan xtvt menyanyi tu kan..

    ReplyDelete
  12. tengok amy...teringat Asia Bagus

    ReplyDelete
  13. ehh amy mastura la.. haha.. amy azura tu nama kwn deqla.. ;p

    ReplyDelete
  14. Wawa: hehehe
    Deqla: ye betul kecik2

    ReplyDelete
  15. lama x tgk amy..maintain comelll :))

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum