Campaigns

May 3, 2013

# Sharing # Suka-suka

Hidup Ibarat Pen Yang Digerakkan Oleh Penulis

Assalamualaikum Semua
Salam Jumaat yang indah
Ok hari ini Anum nak share renungan
Jom kita baca.....

Subject: Untuk Renungan....Rezeki

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".


Kepada semua yang balik undi
berhati-hati di jalan raya ya
Selamat mengundi

47 comments:

  1. salam jumaat anum..semoga harini lebih baik dr semalam

    ReplyDelete
  2. salam jumaat sis..
    happy working :)

    ReplyDelete
  3. Norzila: salam jumaat
    Zaza: salam sis
    Mia: salam

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat anum..menarik cerita yg dikongsikan

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat anum..menarik cerita yg dikongsikan

    ReplyDelete
  6. salam jumaat anum..
    best baca citer ni.. smoga kita sntiasa mensyukuri nikmat-Nya.. Dan yakin rezki itu dpd ALLAH. AMinnn

    ReplyDelete
  7. terbaik!!! slmt mengundi anum

    ReplyDelete
  8. salam jumaat yg indah juga

    ReplyDelete
  9. Nuyui: u too
    Redza: u too
    Knor:sama le

    ReplyDelete
  10. Peringatn yang baik buat manusia yang sering lupa rezeki datang dari Allah sepeeti saya.

    Terima kasih sister.

    ReplyDelete
  11. selamat pagi...
    selamat mengundi.. :)

    ReplyDelete
  12. Sharing is caring....jom balik ngundi anum...

    ReplyDelete
  13. Sharing is caring....jom balik ngundi anum...

    ReplyDelete
  14. dua kisah ini, amat terkesan... berfikirkah kita sebagai manusia?

    thanks anum...

    ReplyDelete
  15. salam jumaat num... esok dan lusa cuti.. kalau dah mendaftar jangan lupa mengundi...

    ReplyDelete
  16. tengok tajuk entr pun,dah menarik untuk dibaca..sama2 kita ambik pengajaran dari entry ni..nice :)

    ReplyDelete
  17. Nice entry. rezeki kena cari sendiri dan sudah pastinya Allah akan bagi.
    -mcm sang semut ckp tu kan..

    Happy Election Day!

    ReplyDelete
  18. Cho: salam...jom undi
    Mas: thanks
    Sya: betul2

    ReplyDelete
  19. KA:tq
    Wantie:setuju
    Haryati: most welcome

    ReplyDelete
  20. nice sharing..rasanya pernah baca kisah ni dulu

    ReplyDelete
  21. ya setuju.
    singgah ptg

    *thanks ye anum sllau singgah..ciksu sibuk so, lambt blas jejak ye

    ReplyDelete
  22. salamanum...hari Jumaat yg barakah inshaaAllah :)

    ReplyDelete
  23. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini sedang diadakan sehingga 30 mei. Jangan lupa follow ye.. :)

    Terima kasih
    ~ Hijab valley ~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini sedang diadakan sehingga 30 mei. Jangan lupa follow ye.. :)

    Terima kasih
    ~ Hijab valley ~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Perkongsian yg menarik..Thnks dear....
    Selamat mengundi....

    ReplyDelete
  26. Salam !! :D
    Lama tak singgah sini.. hehee

    ReplyDelete
  27. Sue: hehe
    Qaseh: x pe
    QA:salam
    Isabel: thanks
    Hijab:insyaallah
    Mulut: selamat2
    Nurul: yezaaaaaaaaaa
    Papa:salam
    Cha:hihi
    Eiqa: thanks sudi singgah

    ReplyDelete
  28. Moral of the story?..... Cer cite num

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/