Campaigns

Apr 25, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #46


Assalammualaikum

Berikut antara kata-kata nasihat yang amat bagus dan utk renungan dikala kegelisahan / keserabutan. Selamat beramal. :)

1.Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.

2.Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3.Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.

4.Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

5.Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

6.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

7.Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

8.Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

9.Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

10.Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

11.Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

12.Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

13.Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

14.Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan




Share:

43 comments:

  1. Salam khamis....
    Terima kasih untuk peringatan... :D

    ReplyDelete
  2. moning sayang..yup ada mata pandang ada telinga dengar.ada mulut diam..good sharing

    ReplyDelete
  3. mOrning anum...
    nice sharing.. smuenye kite kne jg :)

    ReplyDelete
  4. syawal: yezaaaaaaaa
    Mia: most welcome

    ReplyDelete
  5. morning sis..
    tq for sharing :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..terubat jiwa..thanks

    ReplyDelete
  7. Kuazue: terbaik kan
    KA: most welcome

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..dpt ilmu & perkongsian yg baik harini.. thanks sharing... ;)

    ReplyDelete
  9. dalam banyak banyak yang nak kena jaga tu. Jaga Mata yang paling susuah sekali. tau je lah kan mata sentiasa terbuka, nampak semua . kekadang kita tak nak tengok dah menda tak elok tu duk depan mata pulak. cam no tu.

    then yang paling tak best, bila ada klik yang pakai seksi. dah tu duduk pulak meja depan. cam no. tak mo tengok nakkena tengok. tak kan nak tutup mata pulak. cam no nak buat kerja?

    hehehehe...

    ReplyDelete
  10. bahagia jua tg kita cari bukan harta berjuta.....

    ReplyDelete
  11. salam Jumaat Anum... Selamat pagi..terima kasih selalu snggah blog akak...anum dah breakfast? makan apa tu? hehe

    ReplyDelete
  12. Intan: salam jumaat yang indah...
    anum makan kuih je sis

    ReplyDelete
  13. Ujian , kebahagiaan dan ketenangan itu semuanya ujian dan hadiah dari Allah untuk hambanya!

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum anum...perkongsian info yg menarik ni...;)

    ReplyDelete
  15. thanks sharing..bagus katakata itu..

    ReplyDelete
  16. thanks pada semua yang sudi komen
    anum x sehat beberapa hari ini

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels