Campaigns

Feb 4, 2013

XPDC Gunung Datuk Rembau

Assalamualaikum semua
Hari ini Anum nak ajak kawan-kawan layan
Gambar Anum join XPDC Gunung Datuk

Ni sedikit Info pasal Gunung Datuk :

Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900 kaki (870m)
Tempat: Kg Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: 21km dari Pekan Rembau, 15km dari Pekan Tampin
Tol: dari utara; tol Pedas-Linggi, dari selatan; tol Simpang Ampat
Pendaftaran: RM5
Masa Naik: 2 jam (lebih & kurang)
Masa Turun: 1 jam (lebih & kurang)
Tahap: Medium-Easy
Trek: tanah bukit, batu
Kemudahan: elektrik, tandas, chalet, dewan serbaguna, tempat duduk, gerai, tempat letak kereta (semua ni kat bawah, kat atas xde)
Keistimewaan di puncak gunung:
1-Sekiranya cuaca baik, boleh nampak Selat Melaka
2-Tapak kaki Hang Tuah
Sejarah: Pada tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Dato’ Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato’ Lembaga

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
 14
 15 
 16
 17
 18
 19
Gunung Datuk adalah kemuncak tertinggi di Daerah Rembau dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Mempunyai flora dan fauna yang belum tercemar dan keindahan semulajadi. Mempunyai kesan lagenda tapak kaki Hang Tuah di atas batu di puncak gunung.

Mengambil masa 2 jam untuk sampai di kemuncak dengan melihat keindahan alam hingga nampak kapal belayar di Selat Melaka. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan pendakian yang meyeronokkan dan mencabar. Anda boleh bermalam di puncak gunung.

Di kaki Gunung Datuk dengan aliran sungai yang sejuk dan menyegarkan terdapat tapak perkhemahan yang luas dan semulajadi serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik, tandas, chalet dan dewan serbaguna yang boleh memuatkan sehingga 150 orang bagi aktiviti motivasi dan sebagainya.

Gunung Datuk yang terletak di Kampung Batang Nyamor mukim Gadong dalam Daerah Rembau. Tol Simpang Empat Alor Gajah, Melaka dari Selatan, Tol Pedas/Linggi dari sebelah utara pintu masuk ke Daerah Rembau dengan jarak 13km dari Pekan Rembau dan Pekan Tampin. Mengambil masa 15 minit untuk tiba di kaki Gunung Datuk dengan kemudahan jalan yang berturap dan tempat letak kenderaan.


So apa tunggu lagi Anum dah sampai puncak.... Kawan2 bila lagi....


Share:

59 comments:

  1. Penuh dengan cabaranlah aktiviti Anum ni....Happy Monday !!!

    ReplyDelete
  2. bestnya!!! kalaulah saya sihat aritu, mmg saya join xpdc ni. tapi klau preggy mmg x digalakkan la join aktiviti mencabar camni kan. hehehehe

    ReplyDelete
  3. lupa pulak. saya ada tag anum kat GA. view kat sini ---> http://suriaqistina.blogspot.com/2013/02/1st-giveaway-ibu-amirul.html

    ReplyDelete
  4. Sue: betul tue x pe sis nanti lepas bersalin sis join k

    ReplyDelete
  5. alahai lama tak join XTVT gini sejak anak dua ni

    ReplyDelete
  6. wah~bgs nyer la nyer join aktiviti cmnie..:)

    ReplyDelete
  7. nuyui: best anum suka
    Nieyl: meh2 join anum

    ReplyDelete
  8. aktiviti yg menyihatkan..buleh keluarkan peluh

    ReplyDelete
  9. salam isnin anum! wah bestnya aktiviti..kak intan sihat..anum?

    ReplyDelete
  10. salam.. syok nye bole join xtvt ni. Akak sejak2 ada cik bieha ni payah nk berenggang dgn anak dara sorg ni. xtvt shopping jerlah.hehe

    ReplyDelete
  11. TABIK SPRING LA DEKAT ANUM SBB SUKA BUAT AKTIVITI LASAK..KALAU KAK BUI JGN HARAPLAH..HIHIHI

    ReplyDelete
  12. intan: hehehe sehat je anum
    nea: shopping pun best
    Bui: hehe

    ReplyDelete
  13. macam best jer... harap2 boleh naik sana suatu hari nanti... baru plan nakgi panjat Broga jer...

    ReplyDelete
  14. Best nya ANum..
    ramai2 naik mesti seronok kan?..
    Anum, tak nak daki gunung Kinabalu ker? hehe:)

    ReplyDelete
  15. anum memang suka xtvt macam nie kan? wina jenis yang laid-back ehehehee

    tapi tgk gambar² macam seronok n mencabar jek!

    ReplyDelete
  16. Roslan: best xtvt mcm nie
    Atiey: best kan nak tp takut x lepas naik kinabalu
    Wina: sangat mencabar

    ReplyDelete
  17. akakpun dah sampai puncaktu tapi berbelas tahun yang sudahler.. ingat nak join lagiler azam tahunni...

    ReplyDelete
  18. bestnye Anum...de mik gambar tapak kaki hang tuah tak?

    ReplyDelete
  19. assalam anum..dekat ngan kampung aik tu..dulu2 acik pi naik basikal je sampai kaki gunung tu..acik sempat la 7 kali mendai gunuung datuk tu masak muda2 dulu..dah tua2 ni dah tak larat dah.sebelum sampau tu ada tempat mandi sejuk airnya..orang dulu namakan tempat tu lubuk petai

    ReplyDelete
  20. wahh beznya mmg suka pnjat gunung eh..

    ReplyDelete
  21. Bagus jugak mendaki nikan Anum... keluar peluh!

    ReplyDelete
  22. AKAK TAK SUKA MASUK2 HUTAN GINI..
    RIMAS DENGAN SERANGGA..HEHEH

    ReplyDelete
  23. Mimi: ada2
    Hidayah: xtvt yang sgt anum suka
    Acik: la ye ke

    ReplyDelete
  24. Are: best2
    Hainom: tue la utk kesihatan

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum anum...seronoknya dpt mendaki gunung macam ni hepi jer...:)

    ReplyDelete
  26. selamat petang anum..
    ntahler bile berpeluang lagi nk panjat memanjat ni..

    zaman sekolah dolu2 ye la :)

    ReplyDelete
  27. selamat petang anum..
    ntahler bile berpeluang lagi nk panjat memanjat ni..

    zaman sekolah dolu2 ye la :)

    ReplyDelete
  28. seronoknyer.. KA sampai sudah pun xkan dpt join aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
  29. Qaseh: ye ke.. x pe nanti cr peluang ek
    KA: ye ke ala ciannya

    ReplyDelete
  30. beshnye anum... tp stamina kena kuat..kan

    ReplyDelete
  31. seronoknya anum..bestnya aktiviti macam ni..

    ReplyDelete
  32. sungguh lasak aktiviti2 mcm tuh kan...bukan untuk PM...hehe

    ReplyDelete
  33. tak laratlah nak daki2 dah semputlah anum

    ReplyDelete
  34. Anum minat ye aktiviti macam ni :)
    memang best tengok.. tapi Ros tak boleh sangat terlibat aktiviti lasak lasak ni...

    ReplyDelete
  35. Haryati: tue la kena training lu sebelum pg
    Papa: hehehe
    Knor: hehe perlahan-lahan boleh kan
    Saiazuan: sgt mencabar
    Ros: ye ke.. yup anum memang minat

    ReplyDelete
  36. Seronoknya dpt gi aktiviti mcm nih.

    ReplyDelete
  37. mencabarnya..kalau akak mmg tak larat dah anum..

    ReplyDelete
  38. pernah daki masa darjah 6 dulu...pas tu x pernah2 dah..hehehehe...

    ReplyDelete
  39. bestnya anum pergi xpdc cam nie... mmg ada hasrat di hati nak join bende cam nie tp tk ade geng.. so terpaksa le dipendam je lah... hehehe

    ReplyDelete
  40. huhuhu..anum dh update..kak jue mood lom mari..tapi syok kan..ingatkan lepas beranak pinak ni..takde la nak naik gunung..tapi minat dan suka punya pasal..join jgk..Alhamdulillah..sampai jgk di puncak :)

    ReplyDelete
  41. Liya: la ye ke..
    Sangratoo: yezaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  42. siap ada tangga lagi nak naik tu yea

    ReplyDelete
  43. bestnya ! teringin nak panjat gunung lagi.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum