Campaigns

Feb 21, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #38



Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Pasti ada salah dan silap di mana-mana dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dan belajar menjadi yang terbaik buat pasangan. Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda.

1. Realistik terhadap pasangan

Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya. Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis. Cintai pasangan seadanya kerana dirinya. Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh sesiapapun di dunia ini.

2. Terbuka tentang perasaan

Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian. Namun, berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka.

Oleh itu bagi isteri cubalah pelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan pasangan mereka. Bagi suami pula, belajarlah untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung ataupun bahagia. Petanda awal sebuah perpisahan adalah apabila pasangan itu berhenti berkomunikasi dari hati ke hati.

3. Gemar melakukan sesuatu yang menarik bersama

Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama-sama. Sebagai contoh melakukan olahraga kegemaran bersama pasangan ataupun melakukan suatu hobi yang anda berdua sama-sama senang. Nikmati waktu ketika bersama pasangan.

Anda boleh juga sekadar menonton VCD di rumah atau mungkin jalan berpegangan tangan di kompleks membeli-belah seperti masih waktu bercinta. Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak waktu dengan teman daripada pasangan sendiri. Itu tanda yang kurang baik dalam perhubungan.

4. Tidak terlalu perfeksionis

Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ia tidak seperti yang anda inginkan. Contohnya bila suami membantu melakukan kerja rumah, walaupun caranya menyidai kain, menyapu lantai atau memasak tidak sempurna, tetapi tetaplah berterima kasih. Dalam perhubungan ada beberapa perkara yang mana kita harus mampu memberi dan juga menerima.

5. Tunjukkan cinta

Bagi suami, cubalah membawa pulang kuih kesukaan isteri anda. Boleh jadi coklat atau apa pun yang dia sukai. Bagi isteri pula, manjakan pasangan suami anda dengan memasakkan makanan kegemarannya atau membelikan sesuatu yang diinginkannya tetapi belum sempat dibeli.

Jadikan perkara sebegini bahasa cinta anda. Ada lima bahasa cinta yang mana salah satunya boleh jadi selalu dilakukan oleh anda atau pasangan iaitu sentuhan fizikal, kata-kata semangat, waktu berkualiti, layanan dan hadiah. Tunjukkan rasa perihatin terhadap orang yang anda cintai dan sayangi, ini akan memberikan kesan yang sangat membahagiakan.

6. Saling menghormati

Jangan mempersendakan tentang rambut atau kulit pasangan di depan orang lain atau anak-anak. Meskipun maksudnya hanya untuk bergurau, tetapi fikiran di bawah sedarnya mungkin menangkap maksud yang berbeza. Boleh jadi perkara ini akan menggugat keyakinan dirinya. Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan peka terhadap perasaan pasangan.

7. Kuburkan masa lalu

Meskipun masa silam pasangan atau diri anda sendiri cukup sukar, namun cubalah sedaya upaya tidak mengungkitnya apatah lagi jika ia sesuatu yang negatif. Tiada seorang pun yang mahu diingatkan tentang sesuatu yang membuatkan diri merasa malu. Apa yang telah terjadi, biarkan saja ia berlalu.

8. Hilangkan rasa cemburu

Setiap perhubungan pasti tidak dapat lari daripada perasaan cemburu, namun jangan sesekali membiarkan perasaan cemburu itu melarat dan memudaratkan perhubungan. Rasa cemburu seperti ini ibarat racun yang secara perlahan menyebarkan ke seluruh sendi-sendi perhubungan anda. Percayalah kepada pasangan anda. Mencintai adalah tentang memiliki rasa percaya dan yakin kepada pasangan.

9. Jaga komitmen

Jangan membuat janji yang dirasakan tidak mampu untuk dipenuhi. Sekiranya tidak dapat dicapai, maka ini akan mengurangkan rasa hormat oleh pasangan. Selain itu, jagalah kepercayaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah petua perhubungan yang sihat. Jika pasangan mula merasakan bahawa ia tidak penting, maka bersiap sedialah untuk kehilangan hatinya.

10. Jujur

Jujur bukan sahaja dari aspek tingkah laku tetapi yang lebih penting kejujuran untuk mengungkapkan perasaan terdalam kita. Jika anda berasa marah, katakan bahawa anda sedang marah.

Jika anda berasa terluka, terus-terang. Luahkan dengan rasa tenang tanpa perlu menengking atau menjerit-jerit hingga melukakan hati pasangan. Jika anda tidak mampu berlaku jujur pada pasangan anda, pada siapa lagi anda harus jujur?

Fikir-fikirkan…




Share:

50 comments:

  1. Kalau kakcik ada perasaan 'tidak senang' dengan suami, biasanya kakcik akan cari satu masa di mana kami sama2 dalam keadaan tenang untuk meluahkannya...

    ReplyDelete
  2. Kakcik: bagus tindakan kak cik
    Acik:sama2

    ReplyDelete
  3. tiada yg sempurna melainkan kt sndrii yg cuba utk mencari ksempurnaan =)

    ReplyDelete
  4. saling hormat menghormatikan.. cuma kami 2 laki bini ni baran, so mmg cpt sgt naik angin, so bila dh cool baru bleh bersidang balik hehehe

    ReplyDelete
  5. Kalau apa yg Anum listkan tu semua ada dalam pasangan kita mesti tak ada rumahtangga yg bercerai beraikan Num

    ReplyDelete
  6. singgah pagi...
    tiada yang sempurna...

    ReplyDelete
  7. setiap insan pasti nakkan yg terbaik dlm berumahtangga. terbaik bkn bererti sempurna, cukuplah sekadar antara yg terbaik dari yg terbaik. yg kosong, kita penuhkan. yg buruk, kita elokkan. give and take :D

    ReplyDelete
  8. the malay: sama2 la kita ya
    Hainom: betul tue

    ReplyDelete
  9. Niey: kt harus perbaiki kekurangan kt kan
    Sue: yezaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. baru senang nak baca.. hehhee...
    thx sbb dh ubah tulisan :)

    ReplyDelete
  11. KAK DIAM AJE..

    DAH LAMA DIAM SUAMI TYA KENAPA SENYAP AJE..

    MASA TULAH KAK AKAN BERSUARA..DGN TENANGNYALAH..

    ReplyDelete
  12. kuburkan masa lalu... betoi2.. betooiiii ... jujur.. m

    ReplyDelete
  13. <-- x bole lg jd psgn yg baik . huhu .

    ReplyDelete
  14. Nureen: hehehe baik
    Knor: bagus gak
    Cho: yezaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  15. Yang penting saling percaya dan jujur kepada pasangan masing2 :-)

    ReplyDelete
  16. tq share.. KA pun klau ada masalah akan cari masa terbaik untuk citer2 dgn en hubby lagi2 bila dah lama bersama ni.. faham sgt dah

    ReplyDelete
  17. Are: betul2
    KA: sama2 la kt berubah kan

    ReplyDelete
  18. Antara yg effective btween us..bila salah sorang marah..yg sorg lg diam...And klau rsa sunyi n hambar..cpt2 plan activity sama2 :)...slalu jgk recall on those sweet moments shared :)

    ReplyDelete
  19. Antara yg effective btween us..bila salah sorang marah..yg sorg lg diam...And klau rsa sunyi n hambar..cpt2 plan activity sama2 :)...slalu jgk recall on those sweet moments shared :)

    ReplyDelete
  20. Nice sharing ANum...
    tolak ansur juga amat penting dlm sesebuah hubungan dan terima kelemahan msg2...:)

    ReplyDelete
  21. dalam hubungan suami isteri harus ada saling menerima..sbb kita bukan semua sempurna kerana kita bersama untuk saling melengkapi bak sudu dan garpu..hiihi

    ReplyDelete
  22. DLM HUBUNGAN SUAMI ISTERI NI,SIFAT TOLAK ANSUR TU YG PALING PENTING..

    ReplyDelete
  23. Izan: betul setuju sangat2
    Sunnah: hehe
    Tirana: thanks sudi lawat
    Bui: betul2
    Hana: ermmmmmmm

    ReplyDelete
  24. Izan: betul setuju sangat2
    Sunnah: hehe
    Tirana: thanks sudi lawat
    Bui: betul2
    Hana: ermmmmmmm

    ReplyDelete
  25. No 7. Setuju sangat. Klu nak bahagia kuburkan kisah silam.... look forwarded ok.

    ReplyDelete
  26. insyaAllah, perkara2 itulah yg CiM lakukan utk mengekalkan hubungan kami, perasaan kami, jalinan kasih syg kami.

    ReplyDelete
  27. Tirana: sama2
    Wantie: betul2
    Cinta: betul2

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum