Campaigns

Jan 25, 2013

XPDC Gua Batu Maloi

Assalamualaikum semua
Hari ini ramai yang cuti
Anum tak cuti pun sebab x de plan
nak pg mane-mane.. Hari ini suasana office
sunyi... Ok la Anum nak ajak kawan-kawan
layan gambar Anum join XPDC Gua Batu Maloi
Jom kita layaaaaaaaaaaan
JIKA dilihat dari sudut geografinya, Gua Batu Maloi terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Kami diminta memasukkan barang berharga ke dalam beg kalis air kerana hampir 80 peratus laluan adalah kawasan berair.Sumber air itu adalah dari Gunung Datok yang mengalir turun melalui rekahan batu dan dinding gua.Untuk melepasi segala bentuk halangan dan cabaran yang tersedia menanti di dalam gua ini, kami perlu merangkak, mengiring, memanjat serta menuruni batu-batu sungai yang licin. Ada ketikanya kami terpaksa menyelam sambil berjalan selama beberapa saat di dalam air!Terdapat 24 check point (CP) di sepanjang laluan yang mengambil masa perjalanan dua hingga tiga jam, bergantung kepada keadaan dan keupayaan peserta.Selain itu, terdapat sembilan jenis laluan sepanjang 980 meter di dalam gua ini, bermula dari peringkat santai sehingga ke peringkat paling ekstrem.
Laluan yang agak mencabar bermula dari CP1 hingga CP12. Selesai taklimat dan bacaan doa, kumpulan kami seramai 28 orang memulakan perjalanan dari CP1. Oleh kerana kebanyakan daripada kami sudah lali dengan aktiviti lasak, maka kami dibawa merentasi gua ini mengikut Laluan 7 yang agak ekstrem.Pada mulanya, perjalanan agak mudah. Kami merangkak di bawah bongkah-bongkah batu di kawasan yang sedikit berair menuju ke CP2. Cabaran penerokaan ekstrem bermula di sini apabila kami mula menggunakan tali dan meniti lereng batu licin yang terdapat aliran air agak dalam di bawahnya. Nah!, setibanya di CP3, kami berada di dalam air yang kedalamannya pada paras pinggang orang dewasa. Aksi melepasi halangan batuan yang sempit bermula. Ada ketikanya, kami menggunakan tali keselamatan untuk menuruni beberapa bongkah batu yang agak tinggi. 

Lampu suluh (headlamp) mula dipasang apabila cahaya matahari yang masuk dari beberapa lubang di sudut bumbung gua mulai lenyap.Pelbagai ragam dan kerenah peserta mula kelihatan. Suasana di dalam gua yang pada mulanya suram mula bertukar menjadi riuh-rendah dek keseronokan meredah laluan sempit sambil mengharungi kesejukan air.Di pertengahan laluan antara CP 4 dan CP5, bertemankan cahaya lampu suluh, kami perlu menyelam dan berjalan di dalam air bagi melepasi halangan. Selang beberapa minit kemudian, kami keluar dari kawasan berair menuju ke kawasan yang dihuni oleh beberapa haiwan seperti katak. Terdapat juga beberapa koloni kelawar yang tinggal dan bersarang di bumbung gua ini. Perjalanan kami diteruskan ke CP6. Terdapat sebuah bongkah batu yang menyerupai bentuk sebuah perahu. Batu ini dikenali sebagai Batu Kapal. Selang beberapa minit perjalanan, kami tiba di kawasan yang agak lapang sedikit. Di sini terdapat akar-akar pokok yang menembusi dinding gua dan ada juga yang terpacak di lantai gua
Kami dimaklumkan oleh penunjuk arah bahawa akar-akar itu adalah akar pokok meranti dan cengal. Beliau menyatakan kedudukan kami adalah kira-kira 152 meter di bawah tanah. Berhampiran kawasan CP7, terdapat sebuah lagi bongkah batu membentuk ukiran patung Buddha yang kebiasaannya dapat dilihat di dalam kuil. Batu tersebut dipanggil Batu Buddha. Kami meneruskan perjalanan sehingga kelihatan aliran air yang agak deras keluar dari celah batu yang agak tinggi dan curam, menghasilkan panorama 'air terjun bawah tanah'. 
 layaaaaaaaaaaaaaaan
 Best sangat-sangat
 berehat sebentar
 hehehehe
 Di sini, bermulalah satu lagi cabaran mengharung dan melawan arus air untuk naik ke permukaan batu yang agak licin. Kerjasama dan semangat bantu membantu dapat dilihat antara setiap peserta bagi melepasi halangan ini.Setelah mengharungi pelbagai cabaran ekstrem sepanjang laluan dari CP1 hingga CP12, kami dibawa keluar ke permukaan gua untuk berehat dan menikmati udara segar sambil menjamah juadah tengah hari yang dibawa di dalam beg kalis air.Setelah setengah jam berehat, kami meneruskan penerokaan ke CP 13 hingga CP 24 dengan mendaki dan menuruni sebuah batu sungai sebelum sekali lagi memasuki gua. Laluan kali ini agak mudah berbanding dengan laluan dari CP1 hingga CP12.
Gua Batu Maloi 
 Kawasan Tempat Perkhemahan
 Besarnya....
 Kebanyakan laluan di sini paling hampir dengan permukaan bumi dengan laluan merangkak dan sesekali terpaksa melepasi celahan batuan yang agak besar dan licin.Deruan air yang menyusup masuk dari dinding sebuah bongkah batu yang membentuk seperti aliran air terjun bawah tanah ini sungguh menyegarkan dan mengasyikkan.Kami akhirnya selamat keluar dari Gua Batu Maloi yang berakhir di CP 24. Di situ, terdapat tulisan di atas sebuah bongkah batu iaitu "Tahniah...anda telah berjaya".
 Yes Berjaya
Kami dah sampai.. kawan-kawan bila lagi ???
Share:

48 comments:

  1. seronok jugak yer ber xpdc beramai2 ni. Akak dh lama tak join xtvt mcmni.
    selamat bekrja ;)

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok xpdc yang mencabar macam ni...sya mungkin tak dapatlah join camni...hehe

    ReplyDelete
  3. Nea: best sis xtvt mcm nie hilangkan stress
    Mia: nape sis?

    ReplyDelete
  4. best lah pergi ramai ramai . kite xdek geng la nak g mcm nie =(

    ReplyDelete
  5. Nadiah: la ye ke nanti join anum k

    ReplyDelete
  6. bestnya..teringin jugak nak pergi nih

    ReplyDelete
  7. sama lah Anum.. Kak pun kerja hari ni..sunyi je kan?..
    best nya ada aktiviti mcm yg Anum selalu buat ni..happy2 gitu! :)

    ReplyDelete
  8. Atiey: hehehehe
    selamat bekerja la kita sis

    ReplyDelete
  9. lama tak buat macam nie.. rindu plak

    ReplyDelete
  10. Amanina: BEST tau buat semula k

    ReplyDelete
  11. tak tahulah bila nak sampai sini.. huhu
    eh, ulat apae tu.. besarnya.. geli pula rasa..

    ReplyDelete
  12. Ros: hehehe best nie
    tue lipan

    ReplyDelete
  13. kak pernah juga berxpdc ni..dulu2lah..

    terbaru dgn family..ke gua tempurung..

    ReplyDelete
  14. x cuti ker sis?eee...geli nyer tgk lipan tuh..naik bulu roma...

    ReplyDelete
  15. knor: best kan
    nieyl: x cuti huhu

    ReplyDelete
  16. *sampai ke tua pun belum tentu sampai..hehe..

    tgk gmbr dan baca cerita anum pun dah ok dah..

    (menumpang hepiii)

    ReplyDelete
  17. Hidayah: hehehe ok
    Haryati: yezaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  18. dah lama tak uat xtxt ni. last buat kat langkawi dulu ;D

    join kEDA ;D

    njoy n happening kan :D

    ReplyDelete
  19. part serangga tu yang tak best. eee kala jengking. memang takut sangat.

    ReplyDelete
  20. Nuyui: tue la syok
    Wantie: seram

    ReplyDelete
  21. adoi la..akak peninh baca tulisan merekot2 tu..heheh..

    ReplyDelete
  22. Kasih: thanks sudi singgah
    Fazilzura: hehe

    ReplyDelete
  23. nampak seronok sgt2 tu anum. lagi ramai ngan kawan2 ni best !

    ReplyDelete
  24. sesekali buat aktiviti macam tuh seronok gak kan...

    ReplyDelete
  25. Papa: best leh hilangkan stress

    ReplyDelete
  26. bestnye gi xpdc kat gua batu maloi...

    ReplyDelete
  27. bestnye dapat pergi , fara terinbgin gak buat aktivitio mcm nie m, tapi geng semua lembut and tak ganas ,hehehhe

    ReplyDelete
  28. Nampak aje pendiam orangnya... tapi hatinya cukup kental dan challengingkan Anum ni!

    ReplyDelete
  29. oh ni dkt dgn kampung i ni :D

    ReplyDelete
  30. as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
    http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

    ReplyDelete
  31. bestnya anum...CiM dh lama tk brxpdc

    ReplyDelete
  32. serius baru first time tahu pasal gua batu maloi ni wujud..hu,,

    ReplyDelete
  33. Nur: best nie
    Hainom: hehehe
    Cha: ye ke?
    Zila: best kan
    Kuazue: thanks
    Rohayu: best

    ReplyDelete
  34. Cinta: best jom2
    Zehan: best wow

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum