Campaigns

Jan 17, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #35

Assalamualaikum semua
Hari ini Anum nak share satu cerita ngan 
Kawan-kawan semua... Jom Bacaaaaaaaa

Masih kah ade yang sanggup........


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa...lengang, sepi!


Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra...menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ...... .....

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah... ... ... ... ... ...

MOTIF CERITA

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ..

So apa lagi yg lelaki....kot kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang.. ADA BERANI? Gerenti tak berani punya.... ambik kesempatan dalam kesempitan adalah.....



Share:

60 comments:

  1. Sanggup bakar jari tu. kalau lelaki lain takde maknanya haha

    ReplyDelete
  2. :) kalau orang lain tingal berdua cam tu, dah jadi lain kot

    ReplyDelete
  3. cha: tau x pe
    Mazliza: betul tue

    ReplyDelete
  4. Untung sapa dpt lelaki tu.....(^_^)

    ReplyDelete
  5. Mia: ye la
    Nuyui: mane nak cari kan zaman skrg
    Izan: ermmmmmmm

    ReplyDelete
  6. ada ke yg berani nak bakar jari? ngeee~

    ReplyDelete
  7. perempuan yg baik dijanjikan ALLAH lelaki yg baik juga..In Sha ALLAH..

    ReplyDelete
  8. nak bakar jari cemana noks, lilin pun takde... hahaha

    ReplyDelete
  9. hohohoho..ada lg ke lelaki camtu zaman skang ni. x sempat nak wat pape dia dah ngap..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Cikmoon: hehehe
    Redza: yezaaaaaaaaaa
    Kamsiah: betul2

    ReplyDelete
  11. NMO2: hahahaha
    Tirana: thanks
    Sue: sisah nak cari ni sis

    ReplyDelete
  12. bagusnya jika masih ada lagi insan macam ni..

    ReplyDelete
  13. Bagus citer nih. Tapi zaman skang ni susah nak cari lelaki mcm tu kan.

    ReplyDelete
  14. perrgh.. sanggup bakar jari dr melakukan maksiat..tabik spring!. susah dah nak jumpa lelaki mcm tu skrg..;)

    ReplyDelete
  15. dah baca kisah ni..lelaki zaman la ni..???

    ReplyDelete
  16. are: tue la zaman nie ada lagi ke

    ReplyDelete
  17. anum, terbaiklah cerita ni , suka sgt!

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum anum...kuat iman dia bagus la mcm tu..:)

    ReplyDelete
  19. Bagus nya lelaki ni. Para lelaki sekalian, sila baca ye :-)

    ReplyDelete
  20. Bagus nya lelaki ni. Para lelaki sekalian, sila baca ye :-)

    ReplyDelete
  21. Salam anum..bagus citer nih..pengajaran utk semua ni

    ReplyDelete
  22. untung pompuan yang dapat lelaki tu...

    ReplyDelete
  23. KA: HEHEHE
    Mas: hebat kan
    Ros: yezaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  24. Intan: betul2
    Mas: tue la bertuag sgt2
    Wina::)

    ReplyDelete
  25. de ke yg sgup buat mcm nih skang nih ye?

    ReplyDelete
  26. Bakar habislah jari2 kaki..Kalau lagi tak tahan bakar diri lah jawap nye...kan anum...hahahahahaha

    ReplyDelete
  27. eh!!akak pernh tulis citer ni..tapi lain sikit...entry lama..3 tahun lepas..malas dah nak godek2..heheh

    ReplyDelete
  28. Mimie: tul2
    mea: ahhahhah
    Diana:oo ye ke

    ReplyDelete
  29. pengajaran untuk lelaki buaya darat!potong teloq buaya baru tau..erk??buaya ade teloq ke?

    ReplyDelete
  30. Susan nk dot laki zaman sekarang mcm tu Num...

    ReplyDelete
  31. Salam...lama tak singgah...dah penah dah baca cerita ni...menginsafkan...

    ReplyDelete
  32. kuatnya iman laki tu.. alhmdulillah klu dpt laki mcm tu

    ReplyDelete
  33. Cheq: hahahah
    Hainom: betul tue
    Sue: best kan

    ReplyDelete
  34. WAH,BIAR BENAR..UNTUNG LA DIA DPT KAWEN DGN POMPUAN CANTIK..HEHE

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah dia berfikiran waras...

    ReplyDelete
  36. Bui: tue la untung sgt nie
    Haryati: amin

    ReplyDelete
  37. ada ke lelaki mcm tu kat dunia malaysia ni.

    aduss... terasa romantik pulak baca citer ni.

    ReplyDelete
  38. masih ada ke lelaki cam tu?? hhehe

    ReplyDelete
  39. wow...kalo lah ade lagi lelaki zman skrg mcm ni

    ReplyDelete
  40. Liya: tue la
    Idati: best kan

    ReplyDelete
  41. ahaha!!!!maukh lelaki2 diluar sna mbakar jari?????

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum