Feb 24, 2012

Why UTM suka2 tukar tempat

Assalamualaikum semua
Pepagi Anum kena open portal UTM
sebab esok dah mula Sem baru
sekali bila Anum open ,
perasaan sgt x best bila tgk jadual kelas
ooooooooooooooo tidak
Untuk sem nie UTM
telah ubah semua kelas (tempat belajar)
sebelum nie, kelas kat KLMU Danau Kota
best sangat2.. nak makan semua senang..
Now utk Sem ni ,Anum kena dekat
Blok KULLIYYAH ICT,
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA),
(Gombak)
punya la jauh dari umah aku
perrrrrgh memang mencabar Sem ni
dah la subjek Anum daftar pun semua susah..
jap lagi lunch nak kena pg belajar jalan dulu
takut sesat esok... nanti lambat la Anum masuk kelas
Doakan Anum ya kawan-kawan


Feb 23, 2012

Good News

Assalamualaikum semua
bznya minggu nie  sampai
tak sempat nak update n3 baru
pagi nie anum dengar berita
tentang kenaikan gaji kakitangan awam
jom kita share
CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
Kalau la betul permintaan ini
jadi kenyataa, alhamdullilah
kita tunggu resultnya nanti

Feb 21, 2012

Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

Assalamualaikum semua
Melihat kepada tajuk sahaja sudah boleh senyum apatah lagi pergi menonton sendiri ke panggung. Hantu Dalam Botol Kicap filem komedi seram taruhan terbaru MIG. Filem ke 55 terbitan MIG ini merupakan filem arahan Azhari Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Zack
Elemen seram telah menjadi trademark kepada Zack namun HDBK diselitkan elemen komedi yang merupakan percubaan yang baru daripada Zack. Melihat pada respon pada tayangan bersama peminat MIG Online baru-baru ini ternyata komedi relax yang disajikan kepada penonton menjadi.
Rata-rata respon yang positif diberikan dan sambutan yang luar biasa kerana hall seat penuh sampai ke row hadapan. Gelak ketawa yang tidak henti-henti menjadikan suasana panggung tidak sunyi. Pelakon yang menjayakan filem ini merupakan pelakon di bawah pengurusan MIG Talent Unit iaitu Mon Ryanti (Rina), Mikhael Andre (Azri), Zalif Sidek (Epui), dan paling menjadikan filem ini sebuah filem komedi seram yang wajib di tonton adalah watak hantu Kopek yang dilakonkan oleh Angah Raja Lawak
Sesuatu yang lain dari yang lain apabila hantu “sebesar” Angah masuk ke dalam botol kicap. Begitu juga dengan penampilan Wawa Zainal sebagai Putri dan juga watak budak kampung yang nakal lakonan Epy Raja Lawak sebagai Epy menjadikan komedi yang ada di dalam HDBK ini lebih santai untuk tontonan semua. Lakonan yang diberikan juga bersahaja dan tidak keterlaluan dan elemen komedi juga elemen yang bersahaja. Begitu juga dengan watak Maimon Mutalib sebagai Nek Temah yang garang tetapi mendokong watak yang sangat cool.
Menonton filem sememangnya untuk merelaxkan minda selepas penat bekerja, HDBK pilihan yang tepat kerana elemen seram yang tidak keterlaluan dengan elemen komedi yang akan membuatkan anda bergelak sakan sepanjang filem ini berjalan. Begitu juga dengan elemen kekeluargaan yang ditekankan di dalam filem ini. Secara tidak langsung MIG merapatkan hubungan anda dan keluarga ketika menonton filem ;)

Jadi tunggu apa lagi? Bawaklah kaum keluarga anda pada hujung minggu untuk santai bersama sambil menonton filem Hantu Dalam Botol Kicap. Percayalah yang anda akan terhibur dan tahap stress anda akan berkurangan selepas menonton filem ini.

Feb 17, 2012

KEMBARA 08 KEM LAMBAIAN DANAU JASIN MELAKA

Assalamualaikum semua
Dah sarapan, anum baru pas makan
nasi lemak... dan teh tarik.. emmm sedap :)
Ok my n3 pagi nie just nak share
gambar2 kenangan dengan kawan2
office, yang mana saat dan waktu nie
sangat gembira, bila anum tgk gambar2
nie, boleh buat anum tersenyum..
jom kita laaaaaayan
 pertarungan bermula
 lumpur yang sangat best
 aksi kejar-mengejar
 Anum mangsanya..
 Lari......
 Ini tidak adil.....
 5 Org lawan 1 Org.. memang mati le....
 cuba melarikan diri lari.. tetapi tewas...
 kepuasan bermain lumpur
Antara peserta perang telor....dalam lumpur..

Feb 16, 2012

Feb 15, 2012

Kata-Kata Perangsang :)

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..

Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah.
Semoga semangat anda dan saya pulih seperti sediakala.
Semoga semangat juang anda kembali segar.
Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.
Agar jiwa anda kembali kental.
 Agar jiwa anda kembali bersemarak.
 Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan
segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa,
kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas.
Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak
dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup.
Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha,
selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang,
sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
 tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai
dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah,
anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.


Demikianlah 19 kata-kata hikmah motivasi umum
yang sempat Anum kumpulkan.
Kata-kata ini la yang mengembalikan
kekuatan anum untuk teruskan
kehidupan.

Feb 14, 2012

Sem baru serta Semangat baru... !!!

Assalamualaikum semua~

Fuh!fuh!berhabuk sudah blog ni..hehe..
setelah sekian lama baru la jejari ni berjaya digerakkan untuk menaip di sini dengan mood yang happy.. Anum dah buang semua kesedihan dalam diri..
Tengok one of my friend semangat masukkan entry sem baru nak mula dah.,
Anum pon rasa bersemangat nak menaip..hikhik..(rindu la tu^^)..
Alhamdulillah diri ini dah semakin sihat..dan kuat.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi mendoakan 
Anum untuk melupakan semua kesedihan^_^..
Semoga Allah memberi kalian kebaikan yang sebanyak-banyaknya~..

Next week dah bermula semester baru....
InsyaAllah dengan semangat baru sekarang,
harap-harap dapat la semangat yang betul-betul baru..hehe


!!~gogochaiyok~!!



Feb 13, 2012

Kekuatan aku!

Masa berlalu seiring dengan ketentuan DIA. Terlalu banyak perkara yang berlaku di awal tahun 2012 . suka dan duka aku tempuhi.. bermacam- macam peristiwa yang membuatkan titisan air hangat membasahi pipi. Air mata itu tidak pernah kering membasahi pipi, makin jejari ini menyapu makin laju ia menitis. Pantas mata itu aku kedip-kedipkan. Tetapi air mata tidak juga kering2!!!aku cuba untuk reda dengan ketentuan ini, tetapi kenapa jauh disudut hati ini ada kecewa yang mengambil tempat

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

ye aku kena KUAT hadapi apa juga cabaran dan dugaan hidup ni... semangat aku seolah-olah lari jauh dari aku.. dan aku sedang mengejar semangat tu supaya aku terus kuat!!! kawan-kawan sekalian doakan aku kuat hadapi semua ini...
Ya Alllah... kalau ini ketentuan-Mu, aku reda. Tapi tolong Ya Allah...berikan aku kekuatan,... aku harus bertahan demi mengharungi perjalanan hidup yang masih jauh, meskipun kini hati aku sudah menjadi kepingan-kepingan halus yang mungkin tidak mampu dicantum kembali. Kalau mampu sekali pun mungkin bukan dalam waktu yang singkat

Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku percaya, ada hikmah di sebalik ini. Jika Engkau izinkan untuk aku mengubah takdirku, aku mohon makbulkanlah doa-doaku selama ini. Sesungguhnya hidup, mati & ibadahku hanyalah untuk-Mu...
p/s:  putus cinta @ hilang kasih sayang bukan bererti putus segalanya!!! Ya… putus cinta bukan penyudah sebuah kehidupan. Dia bukan jodohku. Mungkin ALLAH nak berikan yang lebih baik pada aku nanti...
aku berharap aku akan terus tersenyum dengan semangat baru bermula hari ini :)



♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Lazada

Popular Posts

STATISTICS